31 August 2015

HARGA PETROL BULAN SEPTEMBER 2015 

HARGA MINYAK TERKINI


HARGA PETROL BULAN SEPTEMBER 2015
HARGA PETROL BULAN SEPTEMBER 2015

RON95: RM1.95 sen seliter

RON97: RM2.35 sen seliter 
(Termasuk GST)

Diesel: RM1.80 sen seliter

Rakyat Terengganu jangan lupa, bagaimana negeri Terengganu, negeri yang mempunyai lebih 90% orang Melayu beragama Islam, dibawah sedari pemerintahan yang silam, hasil bumi petroleumnya disedut untuk mengkayakan negeri-negeri lain

Rakyat Terengganu jangan lupa, selepas beralih pemerintahan silam, royalti minyak yang cuma barang 5% pula dinafikan. Kononnya mahu digantikan atas nama ihsan. Tidak cukup membaham 95% untuk Kerajaan Pusat

Jangan lupa , sudah berdekad rakyat Terengganu dibodohkan konon-kononnya itu bukan bukan hak negeri tapi hak pusat?

Sehinggalah akhirnya , mantan menteri besar hanelang Dato' Ahmad Said bersumpah dalam Mesyuarat Agong Bahagian Kemaman membongkarkan segala-galanya di hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Malah turut memberitahu Sultan Terengganu untuk menubuhkan  Jawatan Kuasa mengkaji undang-undang Tubuh Negeri Terengganu untuk membuktikan petroleum sebenarnya hak negeri Terengganu. Hak rakyat Terengganu!

Itu lah dia parti khianat pada bangsa sendiri. Tapi slogan keramat tak nak kalah , membela rakyat dan bangsa? Hingga Terengganu yang berbelanja besar pun masih berada di ranking nombor 2 paling miskin rakyatnya di Malaysia? Kaya dengan hasil , tapi negeri miskin , hanya menganga saja tengok pembangunan negeri luar?

Rakyat Terengganu jangan lupa , siapa yang salah guna wang Terengganu untuk pelaburan PERWAJA berbillion ringgit. Siapa yang mulakan henti bayaran royalti petroleum Terengganu? Era siapa?

LPT 2
LPT 2
Terengganu dapat lebuhraya (setelah 25 tahun pemerintahan silam dengan hasil petroleum??). Tapi lebuhraya jadi jolokan lebuhraya ngeri. Kesian sungguh negeriku ini. Tak segah lebuhraya lain. Lebuhraya kita dibuat cincai dari bahan second hand. Tidak jarang , sepanjang perjalanan atas lebuhraya itu kadang terlupa sambil memandu , "aku ni naik kereta ke naik kuda". Lihat saja sesetengah tempat rehat dan rawat di lebuhraya kita yang sendu ibarat hidup segan mati tak mahu. Itu belum masuk lagi cerita mistik

Bukan soal tak bersyukur atau rungut dan kondem tak tentu hala. Tapi ini hal ambil kesempatan dan agenda pembodohan , dulu kini dan selamanya!

Merdeka!

30 August 2015

video

Bersih 4.0

Video viral

Bukan entri erotik atau blog versi 18 tahun ke atas atau sekadar nak pancing trafik. Bukan juga mengambil kesempatan menjual pakej-pakej cadangan vitamin. Cuma ia perkongsian ilmu sangat bermanfaat hasil tulisan Doktor Zubaidi Hj. Ahmad untuk pasangan suami isteri yang mungkin malu berbicara secara terbuka masalah kesihatan

KENCING MANIS PUNCA MATI PUCUK : DOKTOR ZUBAIDI

AKIBAT KEROSAKAN SARAF

Kerosakan saraf akibat kencing manis berlaku kerana paras gula yang tidak dikawal dan juga kerana saluran darah halus yang rosak (microangiopathy) menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Akibat kerosakan saraf ini maka isyarat dari otak gagal sampai ke zakar yang menyebabkan ianya tidak menegang apabila berlaku stimulasi seksual

Saluran darah yang menyempit kerana faktor atherosclerosis menyebabkan aliran darah yang lemah dan kurang untuk menegangkan zakar dan mengekalkan ketegangan zakar dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah akibat atherosclerosis ini. Kebiasaannya , pesakit kencing manis juga mengalami masalah tekanan darah tinggi yang menambahkan lagi penyempitan saluran darah. Terdapat juga beberapa jenis ubat darah tinggi yang mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan masalah mati pucuk ini

Pesakit kencing manis yang tidak mengambil rawatan dengan betul dan mempunyai masalah gula yang tidak terkawal juga menyebabkan berlakunya kekurangan bahan ‘nitrik oksida’ yang membantu dalam proses menenangkan zakar. Paras gula yang tinggi juga mengurangkan nafsu syahwat atau libido. Mengawal paras gula dengan lebih baik dengan mengikut nasihat doktor maka masalah ini boleh dikurangkan kerana paras gula yang terkawal akan mengembalikan nafsu syahwat tadi

Masalah mati pucuk ini sangat kerap berlaku dikalangan pesakit kencing manis 10 ke 15 tahun lebih dahulu berbanding lelaki yang tiada penyakit kencing manis tetapi kebanyakan pesakit menyembunyikannya atau mendapatkan rawatan tradisional seperti mengurut atau mencuba ubat kuat yang banyak dijual di kaki lima dan FB tanpa nasihat doktor

Terdapat juga pesakit kencing manis menghadapi masalah ‘pancutan berbalik’ (retrograde ejaculation) kerana kerosakan pencerut pada leher pundi kencing. Kerosakan ini berlaku kerana saraf yang mengawal pencerut ini rosak akibat paras gula yang tinggi dalam darah dikalangan pesakit kencing manis. Masalah ini boleh menyebabkan kemandulan dikalangan pesakit kencing manis lelaki

SYAHWAT MENURUN

Kajian juga menunjukkan nafsu syahwat menurun kerana paras hormon lelaki iaitu testosteron dikalangan pesakit lelaki yang mengidap kencing manis adalah rendah. Ini adalah kerana paras insulin yang tinggi akan menyebabkan paras testosterone menurun. Oleh kerana itu, kebanyakan pesakit kencing manis mempunyai masalah perut buncit, otot mengecut dan lemah yang merupakan tanda luaran kekurangan hormon testosteron ini

Bagi wanita juga akan menghadapi masalah kurang nafsu syahwat apabila mengidap penyakit kencing manis. Pesakit kencing manis wanita akan menghadapi masalah kekeringan faraj, sakit semasa bersetubuh, susah mencapai orgasma dan tidak bernafsu jika paras gula tinggi dan tidak terkawal. Masalah kekeringan faraj adalah kerana pengaliran darah yang tidak lancar ke faraj kerana faktor penyempitan saluran darah akibat masalah pengerasan saluran darah (atherosclerosis)

CARA TERBAIK  KEKALKAN KESIHATAN

Cara terbaik mengekalkan nafsu syahwat yang sihat ialah dengan tidak mendapat penyakit kencing manis dan jika anda mengidap kencing manis maka pengawalan gula kepada paras yang stabil dan terkawal akan mengurangkan kesan kepada masalah seksual lelaki dan wanita. Kepentingan hubungan seksual diantara lelaki dan wanita amat penting bagi suami dan isteri untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga ke akhir hayat


KREDIT : DOKTOR ZUBAIDI HJ. AHMAD

artikel asal Doktor Zubaidi
artikel asal Doktor Zubaidi

CADANGAN NUTRISI , PAKEJ MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH 


SET KAWAL PARAS GULA
SET KAWAL PARAS GULA
BACA FUNGSI SET KAWAL PARAS GULA : DISINI




Allah jua Maha Memberi Sembuh


Bernutrisi dan konsultasi PERCUMA & EKSKLUSIF dengan saya..


Muhammad Nizam Yusof
SMS / WHATSAPP : 013 976 1627

FB : Muhammad Nizam

Emeil : alluana35@gmail.com

IG : BAHEJABELLADOTCOM

BAHASA ARAB MUDAH

Terima Kasih - Syukran  (شكرًا ) ,, Sama sama - afwan ( عفواً )
Saya minta maaf - Aseef (asif) ( آسف )
Baiklah - Hasanan ( حسناً )
Mungkin - Rubbama (ربما )
Awas! - Intabih ( انتبِه )
Berhati hatilah - ihzar ( احذر )
Jangan lupa - La tansa ( لا تنسىٰ )
Samiinun - Gemuk ( سمين )
Tawiilun - Panjang ( طويل )
Qasirun - Pendek ( قصير )
Khofiidhun - Rendah ( خفيض )
Nahiifun - Kurus ( نحيف )
Yaum - Hari ( يوم )
Usbu' - Minggu ( أسبوع )
Syahr - Bulan ( شهر )
Sanah - Tahun ( سنة )

UCAPAN DALAM BAHASA ARAB

Selamat malam - Laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
Sobahul khair - Selamat pagi ( صباح الخير ) ,, capan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )

semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
Jazakallahu khairan - Semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )

'Azzhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
Uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
Uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )

Jazakallahu khairan khatsiira = Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
Jazakillahu khairan khatsiira = Semga Allah membalasmu dengan kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
Jazakumullahu khairan khatsiira = 
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
Wa iyyaka (L) = dan untukmu jua..Balasan untuk ucapan ( وإياك)
Wa iyyaki (P) = dan untkumu jua..Balasan untuk ucapan( وإياكِ )

KATA GANTI NAMA BAHASA ARAB

Aku/saya - ana ( أنا )
Kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
Kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
Dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
Dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
Dia (lelaki/perempuan - 2 orang) - huma ( هماَ )

Dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
Dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
Kami - nahnu ( نحنُ )
Kalian (ramai) - antum ( أنتم )
Mereka - hum ( هُمْ )

Cantik = jameelah ( جميلة )
Buruk = qabih ( قبيح )
Bersih = nadziifun ( نظيف )
Malas = kaslaan ( كسلان )
Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
Akulu = saya makan ( أاكل )
Asyrobu = saya minum ( أشرب )
Aqrou = saya membaca ( أقرا )
Aktubu = saya menulis ( أكتب )
Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
Amsiku = saya memegang ( أمسك )
A'malu = saya mengerjakan/saya buat ( أعمل )
Albasu = saya memakai ( ألبس )

Toriiqon = jalan ( طريق )
Baytun = rumah ( بيت )
Mirsamun = pensil ( مِرسم )
Qolamun = pulpen ( قلم )
Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
Mishbaahun = lampu ( مصباح )
Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )

Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
Umri- umur saya ( عمري )
Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
Ahlam Sa'eedah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
Syafakallah-smoga Allah menyembuhkan kamu ( شفاك الله )

Ukhwahfillah = Persahabatan Kerana Allah ( اخوة في الله )
Ukhtin = Kakak/Saudara Perempuan ( اخت )
Akhun = Abang/Saudara Lelaki ( أخ )
Zauj = Suami ( زوج )
Zaujah = Isteri  ( زوجة )

Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
Ukhwahfillah Abadan Abada = Persaudaraan kerana Allah Selama-lamanya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
Fa'idza Adzamta fatawakkal 'aAllah = Setelah kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )

Inni Akhafullah = Sesungguhnya aku takutkan Allah (إني أخاف الله)
Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
Naltaqi Ghadan = Kita jumpa esok ( نلتقي غداً )
Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
SyafakAllah = moga Allah menyembuhkan awak (L)(شفاكَ الله)
Syafakillah = moga Allah menyembuhkan awak (P) (شفاكِ الله)
Tafaddhol = Silakan (تفضل )
La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )

Allahukhairuljaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
Ijhad wala taksal = Bersungguh-sungguh dan janganlah kamu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
La Tahzan InnAllaha Ma'ana = Janganlah bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita 
( لا تحزنْ انا الله معنا )

Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kematian itu menjadi peringatan ( كفى بالموت واعظاً )
Bi idznillah = Dengan izin Allah ( بإذن الله )
In sha Allah, kull khayr ! Aamiin = In shaa Allah, semuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
BarakAllahu Fik = Semoga Allah merahmati kamu/memberkati kamu ( بارك الله فيك )
Masa ul khair = selamat petang ( مساء الخير )
Na'am = Ya ( نعم )

Syukran,, Selamat beramal , bersambung lagi

28 August 2015



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

27 August 2015

Sudah bermula baheja dalam fasa-fasa meneroka sekelilingnya. Bertanya itu dan ini. Mencuba cuba sesuatu yang baharu. Meniru-niru perbuatan orang dewasa, loading , install , save , dan sudah tentu lah sedikit sebanyak akan di apilkasikan dalam dunia keseronokan dia sendiri. Jika install dan save perbuatan baik orang dewasa , maka baik lah juga tabiat dia begitu juga sebaliknya. Hati-hati ibu-ibu bapak-bapak , fasa yang mencabar ni perlu sepenuh kasih sayang dan perhatian. Nabi ajar stage ini (anak berusia 4 tahun) kita kena bermain-main dengannya. Terapkan disiplin semasa berumur 7 tahun hingga awal remaja dan selepas era itu harus lah menjadi kawan paling akrab dengan anak-anak

AKSI DI TASKA

Tadi belek-belek buku rekod kakak baheja, sempat snap komen cikgu-cikgu dia ni ha. Macam-macam ragam dan aksi kat taska


tak sabar-sabar nak beraktiviti
Tak sabar-sabar nak beraktiviti

dalam nak berdikari , masih perlukan pertolongan kawan
Dalam nak berdikari , masih perlukan pertolongan kawan

suka gigit
Suka gigit
 Bukan setakat sepupu je , adik dia dan aku sekali pun kadang nak digigitnya. Yang ni buntu juga aku macam mana nak bagi dia faham bahawa menggigit itu menyakitkan orang. Mak aku cakap menurun tabiat aku kot, sebab masa kecil suka gigit adik aku. Erkkkk. Siapa ada idea nak bagi baheja berhenti tabiat ni boleh cadang ye, kalau berkesan, nanti aku bagi sampul raya. Sampul je la, isi dalam sampul tak tahu lagi ada apa

suka-suka hati cakap kawan macam hantu
Suka-suka hati cakap kawan macam hantu

kakak baheja
Kakak baheja

Tuhan , jagakan dia..... dia kekasihku

25 August 2015

RUMAH UNTUK DI SEWA

Tentu anda masih ingat gambar rumah ini yang sedang dalam pembinaan suatu ketika dulu menjadi agak viral kerana pembinaannya yang dikatakan berisiko. Kini telah pun siap untuk disewa. Jika berminat , boleh hubungi Allan untuk maklumat lanjut , 
019-9888089 seperti yang tertera di pintu pagar 

gambar rumah yang masih dalam pembinaan jadi viral
gambat rumah yang masih dalam pembinaan jadi viral

siap dibina
Siap dibina

pandangan hadapan
pandangan hadapan

hubungi nombor tertera
hubungi nombor tertera


MESEJ CINTA

Setiap bulan , mesej dia la yang selalu memjengah kotak pesanan ringkas dalam telefon ni. Mesej dia kadang-kadang menjadi igauan ngeri. Tidak jarang juga berdebar-debar menantikan dan membacanya. Kadang-kadang rasa rimas , adakalanya buat senyum sendiri

MESEJ AFFIN BANK
MESEJ AFFIN BANK


 Itulah dia mesej cintanya. Mesej cinta dari affin bank. Mesej bulanan bayar ansuran kereta. Yang atas tu mesej amaran nak bagitahu tarikh bayar ansuran bulanan dah makin hampir. Setiap 22 haribulan. Tapi selalunya aku tunggu gaji 25 haribulan, baru nak bayar. Sampai lah sekali lagi mesej kat bawah tu. 3 hari je pun lewat. Dah bayar pun , ok

Dan kat bawah ni tempat dating bulanan. Affin Bank. Ramai juga aku jumpa orang yang tengah berdating di sini setiap 25 haribulan

affin bank
Affin bank

Satira petang, senyum sikit!

VIDEO LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN 2015

LAGU #SEHATISEJIWA


#SEHATISEJIWA




LOGO , TEMA KEBANGSAAN DAN LIRIK SEHATI SEJIWADISINI



24 August 2015


VIDEO PANAS , DATO' AHMAD SAID DEDAH ASAL USUL RAHSIA KELAHIRAN IMDB




Ucapan Dato' Ahmad Said di Kemaman

ANTIOKSIDANT

Selalu duk dengar perkataan "antioksidant" apabila membicara fasal ubat-ubatan dan tumbuh-tumbuhan untuk kesihatan. Sebenarnya "antioksidant" itu apa ye?

Antioksidant ialah bahan yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita untuk melawan dan memusnahkan "radikal bebas". Apa pula "radikal bebas" itu? Ia adalah bahan yang terjana dalam peroses "metabolisme" atau pun peroses penggunaan oksigen oleh sel-sel untuk menukar nutrien kepada tenaga

RADIKAL BEBAS PUNCA KANSER

Bayangkan hari demi hari radikal bebas ini terus terjana tanpa sekatan, ia akhirnya akan melemahkan sistem pertahanan badan kita lalu mengundang berbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, mata(katarek), arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, serta proses penuaan yang cepat. Apatah lagi hari ini , kehidupan setiap hari tersedut semburan aerosol , tersedut asap udara kotor , makan makanan yang dimasak dengan minyak recycle (sampai minyak jadi hitam legam pun masih nak guna lagi) , mercuri dan bahan berbahaya dalam kosmetik , makanan proses/segera , makanan dalam tin , sosej , donut , pop corn, sardin , mi segera. Burger? pizza? errmm order online sahaja, setengah jam boleh sampai depan rumah , kan . Makan buah-buahan pun dah kurang rasa selamat , sebab ada yang diimport telah di lilin wax kan untuk bertahan lama atau melalui proses tumbesaran genetik


PUNCA KANSER
PUNCA KANSER


MAKANAN PUNCA KANSER
MAKANAN PUNCA KANSER


AMBIL ANTIOKSIDANT


Untuk melawan aktiviti radikal bebas dalam badan, kita perlu mengambil antioksidant dari peringkat awal. Antioksidant ini boleh didatangi dalam bentuk vitamin C dan vitamin E (supplement) dan beta-carotene (buah-buahan dan sayuran) yang berwarna pekat kuning,perang dan merah

Antioksidan wujud dalam berbagai jenis seperti Vitamin A, C & E, mineral iaitu selenium, beta karotin seperti lobak merah, dan labu kuning, paprika kuning-merah-hijau (sekadar beberapa contoh). Apa yang perlu diketahui tentang antioksidan ini ialah tiap-tiap jenisnya mempunyai tugas sendiri untuk melindungi tempat yang berbeza dalam tubuh. Misalnya setengah antioksidan baik untuk melindungi otak, dan yang lain untuk melindungi buah pinggang



ANTIOKSIDAN TERBAIK PILIHAN SAYA TENTULAH : VIVIX


ANTIOKSIDANT TERBAIK PILIHAN SAYA : VIVIX
ANTIOKSIDANT TERBAIK PILIHAN SAYA : VIVIX





Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


INFO LANJUT :-

FB : Muhammad Nizam

sms/whatsapp : 013-976-1627
emeil : alluana35@gmail.com

23 August 2015

DOWNLOAD NOTA SEPARA PERUBATAN


Musim temuduga sudah tiba. Ucapan semoga berjaya buat rakan taulan , sahabat handai, junior-junior yang bakal menempuh peperiksaan dan temuduga separa perubatan

NOTA SEPARA PERUBATAN
NOTA SEPARA PERUBATAN

DOWNLOAD NOTA SEPARA PERUBATAN DI LINK INI :




22 August 2015

IBU MENGANDUNG BERBUKA PUASA ,WAJIBKAH QADHA' PUASA ?


sekadar memberi jawapan kepada beberapa persoalan pasca Ramadhan baru-baru ini , kita masukkan artikel dari jomfaham ini. Semoga bermanfaat


Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari ditanya:Bagaimanakah keadaan ibu yang mengandung berbuka puasa?

1) Jawapan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari:


Ibu yang mengandung berbuka puasa kerana khuatir tentang diri dan anak dalam kandungan DIKEHENDAKI MENGQADHA'KAN PUASA DAN MEMBAYAR FIDYAH.Jika dia hanya khuatir tentang dirinya sahaja, dia DIKEHENDAKI MENGQADHA'KAN PUASA SAHAJA.
(Rujukan Soalan 186; Q & A Bersama Syeikh Nuruddin mukasurat 244)

2) Dalam kitab Matan Abi Syuja',Imam Abu Syuja' Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad al-Asfahani Rodiyallahu 'Anhu menegaskan dalam Bab Qada' dan Kaffarah,Kitab As Siyam:

والحامل والمرضع إن خافتا على أنفسهما : أفطرتا وعليهما القضاء
وإن خافتا على أولادهما أفطرتا وعليهما القضاء والكفارة عن كل يوم مد وهو رطل وثلث بالعراقي

"Sekiranya orang hamil dan menyusui bayi khuatir dengan dirinya,dia BOLEH BERBUKA PUASA DAN WAJIB MENGGANTINYA.

Sekiranya orang hamil dan menyusui bayi khuatir dengan bayinya,dia boleh berbuka puasa.Kemudian,dia WAJIB MENGGANTINYA dan MEMBAYAR KAFFARAH UNTUK SETIAP HARI YANG DITINGGALKANNYA DENGAN SATU MUD

Ia bersamaan dengan satu ritel dan satu pertiga ritel Iraq
(Rujukan kitab Matan Abi Syuja',Imam Abu Syuja' Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad al-Asfahani Rodiyallahu 'Anhu menegaskan dalam Bab Qada' dan Kaffarah,Kitab As Siyam,cetakan PTS,mukasurat 103)

3) Syeikh Daud al-Fatoni Rodiyallahu 'Anhuditanya: Adakah diwajibkan qada' dan fidyah ke atas orang yang berbuka puasa semata2 kerana hendak menolong orang lain yang dalam keadaan bahaya sama ada manusia mahupun haiwan,atau ia BERBUKA KERANA BIMBANGKAN KESIHATAN ANAK DI DALAM KANDUNGANNYA BAGI PEREMPUAN YANG MENGANDUNG ATAU YANG SEDANG MENYUSUI BAYINYA? 

Adakah diwajibkan qada' sahaja tanpa fidyah atau kedua2nya,dan mereka yang berbuka semata2 kerana bimbangkan keselamatan diri? Adakah hanya diwajibkan qada' sahaja atau bagaimana?

Jawapan Syeikh Daud al-Fatoni Rodiyallahu 'Anhu:


WAJIB KE ATASNYA QADA' BESERTA FIDYAH,berlainan jika ia bimbangkan keselamatan dirinya (perempuan yang mengandung) maka IA HANYA DIWAJIBKAN QADA' SAHAJA TANPA FIDYAH.Begitu juga bimbangkan keselamatan anak yang dikandungnya maka ia hanya DIWAJIBKAN QADA' SAHAJA TANPA FIDYAH
(Rujukan Kitab Furu' al-Masail,Syeikh Daud al-Fatoni,Kitab Puasa,Bab Fidyah Puasa,mukasurat 737,Bahasa Moden cetakan Telaga Biru)

4) Habib Zein Bin Ibrahim bin Sumait dalam kitabnya Hidayah At-Tolibin Fi Bayan Muhimmat ad-Din atau terjemahannya Syarah Hadis Jibril pada Bab Puasa menyatakan:


والحامل والمرضع عليهما القضاء فقط إن خافتا على أنفسهما ولو مع الولد
والقضاء مع الفدية إن خافتا على ولديهما فقط

"Bagi perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anak,makaWAJIB KE ATAS MEREKA QADA' SAHAJA sekiranya keduanya takut mudharat ke atas diri mereka,mahupun beserta anak tersebut,dan WAJIB KE ATAS MEREKA BERDUA QADA' DAN MEMBAYAR FIDYAH sekiranya ditakuti mudharat ke atas anak sahaja"
(Rujukan Buku Syarah Hadis Jibril,Habib Zein bin Sumait,mukasurat 220)

5) Jawapan Dr Asmadi Mohamed Naim​ :

Ibu hamil dan menyusu wajib qada sahaja, atau qada dan bayar fidyah bila meninggalkan puasa.

Ada diposkan oleh sesetengah org kata-kata Ibn Abbas yang mengatakan ibu hamil dan menyusu hanya wajib bayar fidyah tanpa wajib qada puasa.

Pendapat ni sebenarnya pendapat lemah kerana bertentangan dengan dalil Syarak iaitu dalil Quran, sebab ibu hamil dan mengandung tidak dimasukkan dalam kumpulan orang-orang tua, tetapi diklasifikasi dengan golongan sakit.

Imam-imam 4 mazhab menolak pandangan ini, sebab bukan kerana mereka tak tahu kata-kata ni, tetapi di atas pertimbangan menggunakan dalil-dalil yang lebih kuat.

Fatwa Mufti Saudi Bin Baz pun menolak kata-kata Sahabat, bila bertentangan dengan nas Quran.

Ni nasnya dlm Bahasa Arab oleh Syeikh Bin Baz:

ج : الصواب في هذا أن على الحامل والمرضع القضاء، وما يروى عن ابن عباس وابن عمر أن على الحامل والمرضع الإطعام هو قول مرجوح مخالف للأدلة الشرعية، والله سبحانه يقول: وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ، والحامل والمرضع تلحقان بالمريض وليستا في حكم الشيخ الكبير العاجز بل هما في حكم المريض فتقضيان إذا استطاعتا ذلك ولو تأخر القضاء، وإذا تأخر القضاء مع العذر الشرعي فلا إطعام بل قضاء فقط، أما إذا تساهلت الحامل أو المرضع ولم تقض مع القدرة فعليها مع القضاء الإطعام إذا جاءها رمضان الآخر ولم تقضها تساهلاً وتكاسلاً، فعليها القضاء مع الإطعام، أما إذا كان التأخير من أجل الرضاعة أو الحمل لا تكاسلاً فإن عليها القضاء فقط ولا إطعام، وما أنفقت من الإطعام فهو في سبيل الله ولك أجره، ويكفي عن الإطعام الواجب في القضاء إذا كنت تساهلت في القضاء، وعليك القضاء تصومين حسب الطاقة ولا يلزمك التتابع، تصومين وتفطرين حتى تكملي ما

Pasal Athar Ibn Abbas dan Ibn Umar, telah sabit Ibn Abbas menarik balik pandanganhanya perlu fidyah (tanpa qada). Sebaliknya beliau telah berubah kpd berpuasa, atau berpuasa dan bayar fidyah sebagaimana pandangan jumhur.

Lagipun, kata-kata Sahabi bukan hujah bila berlawanan dengan kata-kata sahabat yg lain. Tak boleh juga, mengeluarkan hukum berdasarkan satu kata-kata sahabat.

Pembacaan di bawah boleh membantu kawan-kawan yg boleh berbahasa Arab. Pandangan Jumhur ulama lebih dekat dgn dalil Quran, sunnah dan amalan sahabat dan Tabiin.

Wallahu ta'ala a'lam.

ذكر أهل العلم أنه ثبت رجوع ابن عباس وابن عمر عن هذا القول ، فلم يعد يقل به أحد من الصحابة ، فلايصح نسبته إليهما وقد رجعا عنه
في كتاب (الصوم والإفطار لأصحاب الأعذار ) طبع دار العاصمة
الصفحة 152 _ 153
( ج) من المعلوم أن قول الصحابي لا يكون حجة إذا عارضه قول صحابي آخر ، كيف وقد نقل عنهما نفسيهما وجوب القضاء عليهما في زمن الاستطاعة وهو الذي يتفق مع قول الجمهور
فقد روى البيهقي في السنن الكبرى بالسند المتصل عن ابن عمر أن امرأة حبلى صامت في رمضان فاستعطشت ، فسئل عنها ابن عمر : فأمرها أن تفطر وتطعم كل يوم مسكينا مدا ثم لا يجزيها فإذا صحت قضته (2 )
(2) السنن الكبرى (4/230)
أما ابن عباس ، فقد ذكر عبد الرزاق بسنده وجوب القضاء ولفظه (( عن الثوري وابن جريج عن عطاء عن ابن عباس قال : تفطر الحامل والمرضع في رمضان وتقضيان صياما ولا تطعمان )) (1)
(1) مصنف عبد الرزاق (4/218)
ثم قال هذا ما نقل عن ابن عمر وابن عباس في وجوب القضاء عليهما وقد نقل عنهما عدم وجوبه أيضا بيد أن المصير إلى الرواية التي تتفق مع الجمهور هو المتعين وهو الذي عليه جمهور التابعين والذين نقل عنهم عدم القضاء نقل عنهم القضاء أيضا
__________________
عبدالرحمن بن عمر الفقيه الغامدي
مكة بلد الله الحرام

Kredit :

1. Ustaz Haniff Talib​
2. Dr Asmadi Mohamed Naim

www.jomfaham.blogspot.com

20 August 2015

BAHEJA YANG SEKSI

4 tahun lalu cukup pantas. Suka duka , tangis tawa. Yang seksi pun ada. pejam celik pejam celik , sekejap benar baby baheja dah jadi kid , gegirl, forever abuya's sweetheart. Tengoklah tu keseksian dia dari zaman lampau 

usia beberapa bulan selepas dicukur botakkan
usia beberapa bulan selepas dicukur botakkan


keboringan tunggu bonde pergi shopping
kebosanan tunggu bonde pergi shopping

cuba menggoda sambil mengantuk
cuba menggoda sambil mengantuk


sempat posing sebelum masuk tandas
sempat posing sebelum masuk tandas



aksi selepas swimming
aksi selepas swimming

main syampu
main syampu


Love & Faith
Sayangmu, abuya

Ramai  sebenarnya yang memilih dan menggunakan shaklee. Selebriti tempatan mahupun antarabangsa. Secara langsung atau tidak langsung. Ada yang secara terang-terangan reveal dalam instagram mereka. Oppps mereka tidak dibayar. Langsung tidak . Mereka tidak menjadi duta atau jurucakap. Mereka tidak mewakili syarikat. Ada yang selalu pergi sendiri ke HQ untuk membeli produk . Mereka sendiri rela hati berkongsi kesan hebat yang dialami setelah menggunakan produk terlanjur laris shaklee ni

ARTIS GUNA SHAKLEE

1-OPRAH WINFREY - my childhood days , selalu jugak tertengok oprah winfrey talkshow , antara episod paling di ingati ialah episod oprah & her team pergi disneyland. Phewww, biasalah zaman kanak-kanak kan penuh dengan dunia disney, siapa yang tak terliur nak pergi, kan

SET GET CLEAN tersenarai dalam oprah's favorite things through the years

Oprah telah bercakap mengenai Shaklee dalam episod  " Going Green " dan " Oprah's Favorite Things". Dia jelas menggemari "Get Clean" produk kerana dia selalu bercakap mengenainya dalam pelbagai  rancangan tv lain. Pakej get clean shaklee ni mengandungi set dishwash , set laundry dan household. Tidak mengandungi bahan kimia dan peluntur. Penggunaan sangat jimat dan berbaloi-baloi


oprah pilih set get clean
oprah pilih set get clean



2- RITA RUDAINI - ni sudah ramai yang tahu, dulu rita hanya menjadi penggemar setia shaklee. Bukan sahaja untuk diri sendiri , tapi juga untuk anak-anak beliau. Sekarang , rita telah pun menjadi pengedar , shaklee independent distributor


instagram rita
instagram rita

instagram rita
instagram rita


instagram rita
instagram rita


instagram rita
instagram rita

instagram rita
instagram rita


3- MIZZ NINA 


mizz nina amal shaklee
mizz nina amal shaklee


4 - ATLET OLIMPIK - artikel Eli Brimer

atlet
atlet



5- HARLEY SAMUEL PASTERNAK -  seorang personal trainer,penceramah motivasi, writer dan host tv. Pasternak terkenal kerana buku beliau The Body Reset Diet and The 5-Factor Diet ...bekerja dengan ramai selebriti sebagai personal trainer... Pasternak dikenali penonton sebagai salah seorang host bersama ABC's 2012 


harley samuel pasternak
harley samuel pasternak

harley samuel pasternak
harley samuel pasternak


6 - UCAPAN ARNORLD SCHWARZENEGGER 

 petikan ucapan arnorld

Gov. Arnold Schwarzenegger speech during the celebration of the Millionth tree that Shaklee planted. He said that he has been aware of the Shaklee company for decades because with a Fitness background and coming here as a Body Building Champion to continue winning competitions having good nutritional supplements, vitamins, minerals, proteins were very important and Shaklee was the outstanding company that most of the athletes used. 

Back then he partnered with Shaklee to take care of his body, Now they partner up to take care of the Planet.




video



7- ASHRAF MUSLIM - video bersama Tuan Haji Roslan


video


video


8 - LEUNIEY NATASHA , isteri kahirul fahmi (apek) , penjaga gol pasukan bola sepak Harimau Malaya, amal set bersalin dan berpantang shaklee


instagram leuniey natasha
instagram leuniey natasha


9 - RACHAEL RAY - dalam program tv Rachael Ray , menunjukkan Lara Spencer bercakap tentang Shaklee  Get Clean Starter Kit sebagai satu cara untuk membersihkan rumah anda dan membantu planet ( go green ) dan lebih jimat , menyelamatkan dompet anda.


10- EMMA MAEMBONG , minum vivix , merasai kesan dalam tempoh 24 jam katanya. Ayat dia sendiri ye , bukan ayat dibayar


emma amal vivix
emma amal vivix


11 - ELFIRA LOY  minum performance drink. Performance drink ni sesuai sangat untuk musim panas sekarang dengan gejala strok haba ni


elfira loy
elfiraloy


Setakat yang di ketahui ramai lagi selebriti turut bershaklee , antaranya gwyneth paltrow ( model & bekas tunang brad pitt ) , yasmin hani juga dihadiahkan set berpantang shaklee , ayu raudhah dengan vivix nya ,  anang & ashanty ( indonesia ) 





Bernutrisi & konsultasi PERCUMA dengan saya..?


Muhammad Nizam Yusof
SMS / WHATSAPP 013 976 1627

EMEIL : alluana35@gmail.com
FB : Muhammad Nizam


19 August 2015

BAYAR HUTANG CINTA DENGAN ANAK KITA!

Nota purba untuk aku sendiri . Terjumpa di facebook bulan jun yang lalu , ayatnya mengegarkan juga tulang rusuk aku ni. Jiwa ni terobek bagai disiat-siat sembilu bisa. Saat habis ku hadam segala , pantas aku teringat dua jantung hati yang sedang ketiduran. Ku peluk , cium dan mengusap ubun-ubunnya sambil mata ego aku sedikit berkaca

bayar hutang cinta anak
bayar hutang cinta anak



bayar hutang cinta anak
bayar hutang cinta anak


bayar hutang cinta anak
bayar hutang cinta anak


bayar hutang cinta anak
bayar hutang cinta anak



mega kredit : page family guide  & blog seberang : http://kisah-renungan.blogspot.com/

ANAK ASET KE SYURGA



video


Ya Allah , ampuni dosa mak. Ampuni dosa ayah. Aku saksi kebaikan dan seluruh pengorbanan mereka ,aku saksi mereka sudah jadi mak ayah terbaik. Sanggup apa pun, rela susah segala. Banyak tenaga dan masa mereka korban untuk kami . Sesekali air mata mereka tertumpahkan demi kami. Tuhan , haramkan api neraka menyentuh mak dan ayah. Belas kasihani mereka, syurgakan mereka , yaa Rabb, tempatkan mereka nanti sebaik-baik tempat disisiMu, ya Rabb

18 August 2015

JANIN KEMBAR DIJUMPAI DI TANDAS SURAU KUALA TERENGGANU

Tergempar 2 hari lepas terdengar berita dalam radio , ada orang jumpa mayat janin kembar dalam tandas di sebuah surau di kuala terengganu. Ya Allah , mengucap panjang jugalah kita , urut dada sambil mulut mengomel. Sebentar tadi baru terbelek facebook abang ipar aku , haji amzad hashim , gambar dia tengah tengok janin tu. Rupa-rupanya surau yang dimaksudkan ialah surah depan rumah aku. Kampung durian burung. Dua kali la mengucap panjang sambil urut dada lagi

janin
Janin

haji amzad dan polis
haji amzad dan polis

Tu dia abang amzad (setiausaha surau) dan polis yang datang untuk menyiasat. Sekali dengar pulak orang-orang disini bercakap itu bukan janin manusia. Wah menyeramkan betul.Macam-macam yang bermain di fikiran, janin siapa ni? janin langsuir kah? Nampak betul-betul dah terbentuk macam manusia

MISTERI TERUNGKAI

Rupa-rupanya itu janin kucing. Polis dan hospital dah sahkan selepas dibuat bedah siasat , dah tersebar pun berita kesahihan

LAPORAN BERNAMA

Polis Sahkan Janin Dijumpai Di Tandas Surau, Janin Kucing
KEMAMAN, 17 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan janin yang ditemui seorang remaja di sebuah tandas surau di Durian Burung Kuala Terengganu petang semalam, adalah janin kucing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membuktikan janin berkenaan bukan janin manusia.

"Maklumat awal mengatakan ia janin manusia namun hasil laporan (bedah siasat) mengesahkan ia adalah janin haiwan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Semalam seorang jemaah lelaki terkejut apabila menjumpai dua ketulan yang disyaki janin kembar di pintu masuk tandas surau berkenaan dalam kejadian pada kira-kira 3 petang.

Wan Abdul Aziz turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar dan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden berkenaan 

Jersi Bola Murah

Jersi berkualiti, harga murah


jersi murah

Musim bola sepak antarabangsa telah pun bermula. Bagi yang kaki bola, perkara utama yang perlu ada ialah Jersi Bola

jersi murah


Memang wajib pakai jersi bola bila kita nak tengok bola dekat mamak ataupun di bawa pergi jalan-jalan.

Jadi, macam mana nak dapatkan jersi bola ni? Jom kita terjah Stylo Outfit.

Pelbagai jenis jersi

Nak tahu apa yang Stylo Outfit ada? Jom kita tengok.

Antara jersi yang di jual di  Stylo Outfit ialah:

  1. Jersi EPL
  2. Jersi La Liga
  3. Jersi Serie A
  4. Jersi League 1
  5. Jersi kelab Jepun
dan tak lupa juga:-

      6. Jersi kelab Malaysia
     7. Jersi Malaysia

Kalau yang berminat dengan kelab Eropah tu, boleh la beli jersi kelab Eropah. Mana yang suka kelab Malaysia, boleh jugak beli jersi Selangor ke, JDT ke, Kelantan ke, Negeri Sembilan ke.

Harga berpatutan


Dekat Stylo Outfit ni, harga jersi di jual mengikut gred/kualiti jersi itu sendiri. Terdapat 2 jenis gred/kualiti jersi iaitu:-
  1. Gred AAA - RM45.00 (termasuk pos)
  2. Gred PI (player issue) - RM56.00 (termasuk pos)
Macam mana harganya? Ok kan? Murah dah tu. Termasuk pos lagi tu!!!!

Jam tangan tawaf

Selain jersi, Stylo Outfit juga menjual jam tangan tawaf untuk lelaki ada, untuk perempuan pun ada.


Apa lagi tunggu?

Jom kita terjah Stylo Outfit dengan klik banner kat bawah ni.



#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Monthly Top Commentators

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

FREQUENTERS

Popular Posts

Blog Archive

PALS

G+

BLOGGERS SEPERJUANGAN