Pulut Kuning Zarina Zainuddin Sedap Sangat

Pulut Kuning Zarina Zainuddin Sedap Sangat

Sibuknya (buat-buat sibuk) bulan ni. Baru nak masuk entri kedua april ni. Punyalah sibuk tu macam orang nak jadi calon wakil rakyat. Tahniah buat bakal-bakal wakil rakyat nanti. Saudara ada, senior ada, saing sohabat pun ada yang jadi calon. Semoga semuanya dipermudahkan

Tunaikanlah tanggungjawab dengan penuh amanah. Tiket YB bukanlah jalan singkat untuk kumpul harta dunia atau beli lembu guna duit rakyat dan kumpul kondo mewah di luar negara. Buat YB YB yang tidak lagi tercalon, jangan laa merajuk dan sentap sangat. Bagi can laa abuya pulak jadi pengganti. Abuya pun nak merasa juga naik kereta ada driver. Isi minyak tak pakai duit sendiri. Bil telefon boleh free free. Dalam dewan sepakat sokong usul naik gaji yb yb

Dalam kecoh nak pru14 ni, sempat juga meng-order pulut kuning zarina zainuddin. Ye lah, asyik terliur je tengok video pulut kuning dia tu dalam instagram. Bila dapat tahu ada ejen dari kuala terengganu yang nak ambil order, sepantas kilat lah aku whatsapp dia. 4 bekas sekali gus walaupun harga termasuk delivery tuu macam dua kali ganda kalau dibeli di kedai area rumah sini. Tapi dek kerana kuasa marketing  yang power, telah berjaya menambat hatiku ini untuk membeli. Apatah lagi aku dan pulut kuning memang tidak dapat dipisahkan.. kihkih


yaaa... tudiaaa



pulut pandan sambal bilis petai pun ada



Rasa? Secara jujurnya pulut memang sedap, perfect 10. Cukup lemak, santan dan rasa segala, lembut pulak tu. Lembut dia bukan melekit-lekit macam ada gam tu. Tapi lembut sempurna sebiji-biji beras pulutnya. Letak dalam peti semalaman, makan keesokan pagi pun masih sedap

Rendang tu ok lah dan masih boleh ditelan dan dihadam. Cuma ada rasa kurang 'kick' . Namun ia masih boleh diterima walaupun rendang mak tetap terbaik

Bagi yang nak order, boleh jenguk ig beliau dan alert dengan setiap pengumuman nama-nama ejen, waktu dan kawasan delivery seluruh negara

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif


Hurmm rasanya baru lagi terima rangkaian semburan Dashing ni mada kempen trip ke Manchester, sekarang terima lagi dari Dashing Malaysia. Nampaknya sampai akhir tahun laa kot rasanya boleh guna, tak perlu beli, jimattt gitu

DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING SPORT pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. 


DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif




Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang. 

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian. 

Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml


Rangkain produk DASHING Sport boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot. 

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif. 

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan. 



Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com