20 March 2017

Kehadapan kok ping, one that i ever impressed with your poetry. Maaf lah, rasa nak komen jugak isu pegangan fatwa oleh kak fynn solat lelaki dan wanita sama, minggu lepas. Sebab tengok kak fynn pun dah delete setiap komen ahli ilmu dalam status timbal balas kak fynn untuk isu tersebut. Kenapa delete? Macam mana orang ramai nak tahu perbandingan dan pencerahan?


Alhamdulillah, bagus dan pujian sebenarnya buat anda yang selalu mahu berkongsi ilmu dan feel dalam setiap tulisan anda sedari dulu.. itu bukan kesalahan pun

Sepatutnya tiada siapa kisah atau persoalkan who ever you are, artis? ayah orang masjid, salasilah sekolah agama dan hafaz beberapa juzuk Alquran? Hatta hijrah dari tak pakai tudung kepada bertudung dan berniqab. Alhamdulillah. 

Penghijrahan kepada bertudung itu sebenarnya fitrah, kembali kepada fitrah. Sunnatullah nya diri mahukan kepada sesuatu yang lebih baik. Begitu juga orang yang sebelumnya bukan Islam masuk Islam, itu kembali kepada fitrah. Orang yang dulunya berjuang dalam Jemaah Toghut dan menentang Islam akhirnya berubah perjuangan kepada Jemaah Islam yang memperjuangkan Islam dan kebenaran, itu juga kembali kepada fitrah 

Tapi....

Bukan mudah-mudah atau terlalu ghairah untuk terus sebar dan ajar sesuatu ilmu yang baru kita dapat (yang nampak baru) dan nadir dalam kalangan masyarakat. Selain berhajat kepada dalil sohih dan kefahaman yang sohih, kita semua juga sangat berhajat kepada warak, berlapang dada, teliti dan insof ketika bertaamul dengan dalil-dalil syarak... usah ghairah

Bukan mudah-mudah nak faham ilmu dari guru dan kitab kalau tak bertentang mata dan lutut dek lamanya menuntut. Sejarah bersekolah agama belum cukup syarat

Sedangkan terjemahan huruf ba', lam, kaf, wau, alif dan sekalian banyak huruf dalam Alquran dan kitab itu pun dah ada banyak makna dan berbeza-beza mengikut keadaan

Itu baru huruf, apatah lagi nak terjemah kalimah dan ayat.. tak boleh faham dan hurai secara literal sahaja.. sasteranya lebih mendalam dari sastera yang pernah kamu tulis.. seninya lebih halus dari apa yang pernah kamu puisikan. Itu belum lagi masuk kena menguasai ilmu-ilmu lain untuk menguasai Alquran dan Hadith. Ilmu baadi', ma'ani, bayan, asbabul nuzul, usul fiqh, nahwu, sorof, balaghah, nasakh mansukh. Apatah lagi belajar agama wajib mahir bahasa arab. Bukan baca terjemahan youtube dan buku bahasa melayu sahaja

Dalam dunia ilmu zaman moden yang kita boleh dengar ilmu melalui youtube ni (tak salah dengar youtube), bukan Dr Zakir Naik dan Mufti Menk sahaja yang patut kita berpegang

Sekalipun khilaf ummah itu rahmah, tapi tokoh-tokoh ini dah dikenali dengan kontroversi aliran pemikiran dan method yang berbeza dengan mazhab kita

Imam Nawawi Rahimahulloh di zamannya walaupun sudah terkenal dan diiktiraf dengan ketinggian ilmu hatta dikatakan boleh menubuhkan (mencipta) mazhab ke-5.. dengan rendah diri dan penuh sifat tawadhu'... beliau tetap masih mahu berada dalam mazhab Imam AsSyafie'

Kita semua tak berkemampuan pun nak faham kitab-kitab besar. Nak faham satu Alquran dan jutaan hadith pun makan umur juga. Makanya ikut ulama' kita sudah lah. Ulama' mazhab kita
Bismillah. Ni cerita orang dewasa la ya. Rasanya baru lagi dengar kes brader yang tersangkut cincin bearing di alat sulit. Terlalu ghairah nak mencuba akhirnya derita. Tak cukup dengan derita, malu satu negara pun dapat
 
Semalam ada lagi kes serupa, kompius la aku, yang mencuba tu pulak umur 20 an. Cincin apa awak pakai tu? Dah kahwin ke belum tu? Alahaii macam macam ya korang nak cuba. Tanpa fikir baik buruk kesan menda alah tu. Senjata kita berharga dik, nak guna seumur hidup. Duk guna segala cincin dan alat mengarut tu, silap haribulan rosak dan tak berharga lagi. Menyesal menangis air mata darah pun tak guna

Ni abang nak bagitahu dik... itu jam kalau, dah rasa lemah atau dah kurang persembahan, cari lah rawatan cara yang selamat. Jumpa doktor sakit tuan atau tukang urut. Tukang urut pulak yang professional. Yang memang mahir, ada ilmu dan kepakaran. Bukan urut macam sapu-sapu, lap lap je. Toksah duk try la menda-menda mengarut dan ubat ubatan entah apa-apa. Racun, kimia dan segala macam campuran dadah telan. Nanti diri sendiri merana. Nikmat mungkin sekejap, merana seumur hidup dik.Na'uzubillah


Untuk ikhtiar cara shaklee masalah kesuburan atau mati pucuk, cuba ambik vivix. Organik dari bahan semulajadi. Vivix bukan ubat kuat (abang tak jual obat kuat ye). Tapi kandungan resveratrol dalam vivix tu, In sya Allah baiki kerosakan dan tingkatkan stamina serta kesuburan



Kalau nak gabungan vitamin cinta untuk kesuburan suami ambil vivix, vita e complex dan zinc complex. Untuk isteri pula ada gabungan gla complex, alfalfa dan vivix jugak

Alhamdulillah. Ramai pasangan yang sudah berjaya hamil dengan asbab ikhtiar  vivix dan vitamin cinta ni





Baca lagi testimoni berjaya hamil dengan ikhtiar vivix dan kisah 5 tahun cuba untuk hamil akhirnya dikurniakan Allah rezeki kehamilan yang ditunggu-tunggu selama ini
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu