10 July 2015

Musim raya biasa la kuih raya banyak. Beraneka warna , bentuk dan gaya. Kadang-kadang dalam bulan Ramadhan pun , kuih raya dah habis di makan barang satu dua balang. Kadang-kadang rasanya macam hampir nak sama , bahan asas cara buatnya sama , tepung dan mentega , cuma dipelbagaikan dengan sedikit rasa berbeza. Ada rasa epal , strawberi . rasa kacang dan macam-macam rasa

Kalau nak ikutkan, setiap tahun, kuih raya yang wajib ada kat rumah kami atau di rumah tok ialah semperit , popia mini , almond london , muruku, batang buruk, kekacang. Aku dari kecil sampai sekarang memang suka popia mini tu , walaupun along (rahimaim) dah sebut kuih tu kegemaran dia. Popia mini ni selalu juga aku buat sendiri , intinya mak buat , beli ikan dan jadikan serunding , tak susah pun setakat nak gulung popia kecil tu kan

Tapi dalam banyak-banyak segala aneka kuih raya tu , satu kuih ni memang rare dan sukar dijumpai di rumah-rumah lain. Mungkin caranya berbeza. Kuih itu ialah ketupat. Hehe.. ketupat pun dianggap kuih raya kan. Tapi kegemaran kami bukan sebarang ketupat. tapi ketupat goreng. Mak pun selalu rebus ketupat , gotong royong sehari sebelum raya. Hari pertama raya selalu banyak ketupat. Pergi beraya pun memang rata-rata jumpa ketupat. Bila hari kedua dan seterusnya , kami dah kurang nak makan ketupat rebus biasa tu , jadi kami gorengkan saja. Goreng ketupat tanpa kulitnya ye. Bukan digoreng bersama daun-daun ketupat tu , barulah rare. Dicicah pula dengan rendang yang mak masak , perghhhh terangkat

Nak rasa ketupat goreng bersama rendang mak ni , jemput la datang rumah beraya ya. jangan segan-segan

gambar raya tahun lepas , ketupat goreng
gambar raya tahun lepas , ketupat goreng







#Cabaran20Hari  #Day13
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari


petua tun dr siti hasmah
Petua Tun Dr Siti Hasmah


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu