bahejabella: March 2017

Antara habit atau minat kakak baheja yang ketara sekarang selain eksperimen ialah menulis. Macam-macam la yang ditulis. Kadang-kadang pasal abuya, bonda dan adik. Kadang-kadang tu melukis ye jugak

Stok-stok kertas A4 yang abuya beli untuk print kerja-kerja abuya selalu jer cepat habis. Kalau sorok stok kertas A4 tu pun, adakalanya diorang boleh jumpa. Dah habis boring conteng lukis dan tulis, ermm disuruhnya pulak kita buat jet atau origami burung

Antara perkara yang dia kerap tulis tu pasal nama kawan-kawan dia kat Tadika (transit). Petang tadi abuya terjumpa lagi tulisan dia hari ini


Itulah tulisannya budak baru nak masuk 6 tahun ni. Panjang pendek, tinggi rendah, huruf kecik dan besar bercampur skali. Kedudukan bilangan (nombor) pulak ditulis sebelah kanan. . haha.. Nombor 6 pun terbalik. Meh abuya terjemah tulisan dia. Kakak tulis nama-nama kawan perempuan dia kat tadika tu sebenanrya

Perempuan - AlBaghdadi

1- Nursofiya Ilhami - 6 tahun
2-Nuraliyah Sofiya - 6 tahun
3- Baheja Nafeesa (nama kakak laa ni) - 6 tahun
4-Ir Nadira - 6 tahun
5-Nur Nadia Najihah- 7 tahun
6- Nur Amira Saniyah- 8 tahun
7-Nur Nadia Nafisya- 8 tahun
8- Aida Amani - 7 tahun

Berkerut jugak dahi abuya nak faham tulisan dia ni. Harap-harap selepas ni makin cantik la kan..huhu

Pagi semalam , last hari cuti sekolah ni abuya dah plan sepatutnya nak pergi servis kereta. Dah lebih seribu km dari yang sepatutnya kena servis.. aiyoo

Tapi, sejak tengah malam tu, lebih kurang 3 kali jugak la kakak bangun nak ke tandas. Ingatkan kakak jer, rupanya adik pun cirit sekali. Elok jer tetiba sedar sebelum subuh sambil berdiri mohon di basuhkan. Bersambung si adik ni membuang dalam pampers 2 kali jugak la sampai pukul 10.00 pagi macam tu

Tak cukup dengan itu, dengan abuya sekali pun ada rasa sikit nak cirit birit. Rasanya budak-budak ni salah makan nasi basi kot petang semalam. Gulai ayam pun aku ada rasa sedikit masam. Kes aku tu mungkin la sebab telan Herblax untuk cuci kerak usus, munasabah laa kan

Selalunya kalau pegi servis kereta memang angkut satu kerabat laa pegi menunggu kat service centre. Sibuk nak mengikut masing-masing

Dah terkena cirit birit tu terpaksa cancel laa plan abuya. Duk rumah jer tak keluar mana-mana. Kangg tak pasal-pasal susah nak ulang alik ke tandas kat service centre tu. Orang dewasa ok lagi, main dengan budak-budak ni takmo laa kan. Dibuatnya tak sempat tahan dan terbuang atas lantai, matiilanakk. Kalau kat rumah senang sikit, bebas. Nak membebel pun senang..haha. 


Dah habis cerita cirit,  nak masuk malam, ada hint demam nak menyinggah pulak. Kakak mengadu. Selesema pun ada sikit. Rasanya musim panas nak start kot. Abuya terus beri Nutriferon Shaklee. Telan macam tu jer, macam gula-gula/habuk kelapa parut manis tu (kalau orang Ganu panggil 'sagung')


In sya Allah, kebah hint nak deman tu secara semulajadi. Kalau boleh nak elak selalu ambil antibiotik, pain killer atau panadol. Nutriferon ni up kan sistem imun.  Ada orang buat stok 4 kotak sebulan tanpa gagal. Alhamdulillah, ikhtiar jugak la tu kan. Bahan utama dalam Nutriferon tu labu... labu pun makanan kegemaran Nabi kan? Bukan kurma dan madu je kan


4 bahan utama Nutriferon


Antara cadangan shaklee untuk set kuatkan sistem imun badan kita 


TESTIMONI LAIN NUTRIFERON






Ada 2 gedung buku yang famous , besar, sedap sayup mata memandang dan menarik kat bandar iaitu PSI (Pustaka Seri Intan) dan Syarikat Muda Osman (SMO). Paling terbaru dibuka di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu ialah cawangan terbaru SMO. Memang jadi port baik punya bila nak cari buku atau alat tulis atau bahan bantu mengajar bagi guru. Pilihan pun banyak dan ruang luas siap 2 tingkat lagi. Aku suka SMO untuk pilihan kitab atau buku agama yang lebih banyak berbanding PSI... Novel? hurmmm... banyak jugak la

Tapi itu semua bukanlah matlamat utama si adik (naurah salsabeela) ni bila sampai ke sini. Kalau kakak baheja ada lah juga motif kebukuan dia tu bila sampai di SMO. Nampak la dia cari buku yang dia nak. Tak pun nak colour pencil. Abuya rasa dah berkotak-kotak berbakul-bakul dah colour pencil duk beli... akhirnya? ghaib entah ke mana

Apa matlamat adik sebenarnya...? Jeng..jeng..jeng


Ni haa.. nak main je. Asal masuk je sini terus tarik tangan kita nak pergi section mainan ni. Tak boleh tahan tu, ajak kita tunggu dan teman dia main. Malu katanya. Macam mana abuya nak cari buku ni...


puas abuya ajak balik... taknak.. nak main lagi.. kadang-kadang cari buku sekejap ajer, tunggu dia main ni lama, jenuhlah abuya


ni hari lain pulak.. sama je motif dia..lagi-lagi bila takde orang conquer kawasan tu..
kakak baheja minat jugak mainan ni, tapi kakak sibuk pusing rak buku



antara koleksi pensil warna yang masih elok riwayatnya


Kadang-kadang tak cukup lagi dengan buku yang beli. Pantang nampak abuya bukak laptop, sibuk jer diorang ni nak suruh abuya print lakaran kartun untuk mewarna. Tuu tak sabar sangat la tuu masing-masing tunggu depan printer


Ish...ish..ish macam raya sungguh bila berkumpul ramai-ramai di desa yang tak berapa nak desa ni. Asyik makan ajer, macam mana laa nak kurus..hehe

Selepas era laksa penang mak dan nasi himpit kuah kacang sambal ikan semalam tu, salah satu aktiviti wajib bila berkumpul ialah projek kambing perap di sebelah petangnya. Beli yang frozen, daging import je. Adalah dalam 4-5 kilo



dalam proses

Takda lah nak bakar, panggang atau masak dalam oven pun. Sebab nanti kalau buat stail gitu, daging jadi keras dan berhajat kepada kuah jugak. Kitorang masak dalam kuali-kuali ajaib yang ada berserta dengan sos perapan sendiri

dah siap.. daging lembu pun ada, khas untuk yang tak gemar makan kambing..
hurmmm sangat nallarekkkekk kan

selingan dengan kuih seri muka mak lagi.. haha

Musim cuti sekolah macam biasa berkampung di rumah mak. Anak-anak nak jumpa kawan-kawan sepupu sepapat diorang yang ramai tu duk riuh rendah rumah tok diorang. Elok juga kalau berkumpul, sebab aku tengok kakak baheja tu kalau dengan sepupu diorang, rajin sikit nak solat berjemaah. Sekali suruh je, terus nak join sepupu diorang solat. Kalau kat rumah tokma, agak liat sikit. Kadang-kadang menangis dulu, baru buat

kat rumah tokma

Paling syok kat rumah tok tentulah makanan yang tok masak.. heheh... Dan sudah semestinyalah gambar makanan tu di snap dengan jayanya. Biasalah, blogger dengan gambar makanan kan tak dapat dipisahkan. Sebab gambar makanan antara yang cepat dan banyak dapat like.. gitu.

Pagi ni siap ada 2 menu macam hari raya pulak. Walaupun sekali sekalia bingit jugak telinga dengar tok berleter, tapi bab masakan tok (mak aku lah) dah boleh cover semua kebingitan itu. Mana mau carikk, kan. Dari semalam duk kecoh kat dapur. Tumbuk, goreng sambal ikan dan kuah laksa penang siap dengan begitu cemerlang sekali


Selalunya, favourite aku laksa kuah lemak putih, tapi kali ni mak tukar angin buat laksa penang. Sedap, cukup rasa dan bahan. Dari breakfast, lunch, hitea, dinner, supper semua telan laksa penang je. Cukup

selamatttt dihadam


Menu kedua yang ada atas meja ialah nasi himpit, kuah kacang dan sambal ikan.. Sambal tu selalunya ada banyak, boleh bawak balik untuk buat stok simpan dalam peti. Boleh cicah ketupat goreng pulak lain kali. Tapi ni tak tahulah sempat ke tidak nak tapau. Baru tengah hari dah hilang 3/4 bekas

tudiaa nasi himpit kuah kacang + sambal ikan

Yang ni selingan jer lah.. basah tekak..
beli kat pasar tani 


Kehadapan kok ping, one that i ever impressed with your poetry. Maaf lah, rasa nak komen jugak isu pegangan fatwa oleh kak fynn solat lelaki dan wanita sama, minggu lepas. Sebab tengok kak fynn pun dah delete setiap komen ahli ilmu dalam status timbal balas kak fynn untuk isu tersebut. Kenapa delete? Macam mana orang ramai nak tahu perbandingan dan pencerahan?


Alhamdulillah, bagus dan pujian sebenarnya buat anda yang selalu mahu berkongsi ilmu dan feel dalam setiap tulisan anda sedari dulu.. itu bukan kesalahan pun

Sepatutnya tiada siapa kisah atau persoalkan who ever you are, artis? ayah orang masjid, salasilah sekolah agama dan hafaz beberapa juzuk Alquran? Hatta hijrah dari tak pakai tudung kepada bertudung dan berniqab. Alhamdulillah. 

Penghijrahan kepada bertudung itu sebenarnya fitrah, kembali kepada fitrah. Sunnatullah nya diri mahukan kepada sesuatu yang lebih baik. Begitu juga orang yang sebelumnya bukan Islam masuk Islam, itu kembali kepada fitrah. Orang yang dulunya berjuang dalam Jemaah Toghut dan menentang Islam akhirnya berubah perjuangan kepada Jemaah Islam yang memperjuangkan Islam dan kebenaran, itu juga kembali kepada fitrah 

Tapi....

Bukan mudah-mudah atau terlalu ghairah untuk terus sebar dan ajar sesuatu ilmu yang baru kita dapat (yang nampak baru) dan nadir dalam kalangan masyarakat. Selain berhajat kepada dalil sohih dan kefahaman yang sohih, kita semua juga sangat berhajat kepada warak, berlapang dada, teliti dan insof ketika bertaamul dengan dalil-dalil syarak... usah ghairah

Bukan mudah-mudah nak faham ilmu dari guru dan kitab kalau tak bertentang mata dan lutut dek lamanya menuntut. Sejarah bersekolah agama belum cukup syarat

Sedangkan terjemahan huruf ba', lam, kaf, wau, alif dan sekalian banyak huruf dalam Alquran dan kitab itu pun dah ada banyak makna dan berbeza-beza mengikut keadaan

Itu baru huruf, apatah lagi nak terjemah kalimah dan ayat.. tak boleh faham dan hurai secara literal sahaja.. sasteranya lebih mendalam dari sastera yang pernah kamu tulis.. seninya lebih halus dari apa yang pernah kamu puisikan. Itu belum lagi masuk kena menguasai ilmu-ilmu lain untuk menguasai Alquran dan Hadith. Ilmu baadi', ma'ani, bayan, asbabul nuzul, usul fiqh, nahwu, sorof, balaghah, nasakh mansukh. Apatah lagi belajar agama wajib mahir bahasa arab. Bukan baca terjemahan youtube dan buku bahasa melayu sahaja

Dalam dunia ilmu zaman moden yang kita boleh dengar ilmu melalui youtube ni (tak salah dengar youtube), bukan Dr Zakir Naik dan Mufti Menk sahaja yang patut kita berpegang

Sekalipun khilaf ummah itu rahmah, tapi tokoh-tokoh ini dah dikenali dengan kontroversi aliran pemikiran dan method yang berbeza dengan mazhab kita

Imam Nawawi Rahimahulloh di zamannya walaupun sudah terkenal dan diiktiraf dengan ketinggian ilmu hatta dikatakan boleh menubuhkan (mencipta) mazhab ke-5.. dengan rendah diri dan penuh sifat tawadhu'... beliau tetap masih mahu berada dalam mazhab Imam AsSyafie'

Kita semua tak berkemampuan pun nak faham kitab-kitab besar. Nak faham satu Alquran dan jutaan hadith pun makan umur juga. Makanya ikut ulama' kita sudah lah. Ulama' mazhab kita
Bismillah. Ni cerita orang dewasa la ya. Rasanya baru lagi dengar kes brader yang tersangkut cincin bearing di alat sulit. Terlalu ghairah nak mencuba akhirnya derita. Tak cukup dengan derita, malu satu negara pun dapat
 
Semalam ada lagi kes serupa, kompius la aku, yang mencuba tu pulak umur 20 an. Cincin apa awak pakai tu? Dah kahwin ke belum tu? Alahaii macam macam ya korang nak cuba. Tanpa fikir baik buruk kesan menda alah tu. Senjata kita berharga dik, nak guna seumur hidup. Duk guna segala cincin dan alat mengarut tu, silap haribulan rosak dan tak berharga lagi. Menyesal menangis air mata darah pun tak guna

Ni abang nak bagitahu dik... itu jam kalau, dah rasa lemah atau dah kurang persembahan, cari lah rawatan cara yang selamat. Jumpa doktor sakit tuan atau tukang urut. Tukang urut pulak yang professional. Yang memang mahir, ada ilmu dan kepakaran. Bukan urut macam sapu-sapu, lap lap je. Toksah duk try la menda-menda mengarut dan ubat ubatan entah apa-apa. Racun, kimia dan segala macam campuran dadah telan. Nanti diri sendiri merana. Nikmat mungkin sekejap, merana seumur hidup dik.Na'uzubillah


Untuk ikhtiar cara shaklee masalah kesuburan atau mati pucuk, cuba ambik vivix. Organik dari bahan semulajadi. Vivix bukan ubat kuat (abang tak jual obat kuat ye). Tapi kandungan resveratrol dalam vivix tu, In sya Allah baiki kerosakan dan tingkatkan stamina serta kesuburan



Kalau nak gabungan vitamin cinta untuk kesuburan suami ambil vivix, vita e complex dan zinc complex. Untuk isteri pula ada gabungan gla complex, alfalfa dan vivix jugak

Alhamdulillah. Ramai pasangan yang sudah berjaya hamil dengan asbab ikhtiar  vivix dan vitamin cinta ni





Baca lagi testimoni berjaya hamil dengan ikhtiar vivix dan kisah 5 tahun cuba untuk hamil akhirnya dikurniakan Allah rezeki kehamilan yang ditunggu-tunggu selama ini
Kalau duduk sebelah orang hisap rokok yang selamba hembus asap tanpa rasa bersalah, mesti kita geram kan. Gelisah dan rasa macam nak lari je. Paling angin tu kalau kat kedai makan. Diorang tak kesian ke dengan anak-anak kita kat sebelah ni kan


Bukan senang sebenarnya nak terus berhenti ketagihan merokok. Nak kecam pun tak boleh jugak. Sekaligus dan sekelip mata tu memang susah, tapi tak mustahil sebab ramai yang berjaya. Ia perlukan sedikit pengorbanan dan mujahadah. Nak seribu daya

Kalau bermacam-macam cara dah dicuba untuk hentikan tabiat merokok ni tapi tak berjaya? Apa kata anda cuba VIVIX , sirap merah pekat , sang tonik ajaib yang sangat banyak kebaikan

Jom kita tengok respon orang ramai yang telah minum vivix, sekaligus membantu bagi kurang tagih merokok tu


hisap rokok separuh je


Berhenti Merokok Setelah Minum Sirap Merah Pekat

kredit testimoni : Noorzulaidah Abdul Kadir


Berhenti Merokok Setelah Minum Sirap Merah Pekat

ketagihan hilang

kredit : Encik Huzair



rokok jadi pahit

Berhenti Merokok Setelah Minum Sirap Merah Pekat


rokok dah tak sedap

Berhenti Merokok Setelah Minum Sirap Merah Pekat


bebas rokok tanpa menghadapi 
withdrawal symptom

Berhenti Merokok Setelah Minum Sirap Merah Pekat


stok rokok buang macam tu jer

Berhenti Merokok Setelah Minum Sirap Merah Pekat





Kredit dan ucapan terima kasih buat semua rakan-rakan dari keluarga besar nutrisi shaklee yang sudi berkongsi testimoni. Minum vivix untuk hentikan ketagihan merokok, tak boleh la nak harapkan minum malam ni, esok terus berhenti merokok, kan. Kena konsistan la dan usaha yang gigih tanpa putus asa



ni abang long sado ben...founder kelab blogger ben ashaari,
sangat teruja time nak try vivix yang diorder dari saya

antara set kesihatan yang ben order



4 bahan utama vivix dan manfaat utama setiap satunya. Vivix produk paling premium dalam shaklee, namun ia tetap menjadi sebutan dan rebutan sepanjang masa