Sahur Ikan Kering

Sahur Ikan Kering

Berbuka tadi acah diet tak jamah nasi. Ni tengah-tengah malam, sambil siapkan kerja sikit sambil tonton Ninghtline berita politik tanah air, tetiba mertua turun goreng ikan kering. Bertabah je abuya tengok juadah sahur itu walaupun baru jam 1.00 pagi

Perghhh semerbak baunya menusuk qolbu, menggelegak jiwa raga ku nak makan nasi jugak dengan ikan kering.. dan dan time tu juga... argghh. Akhirnya signal sampai ke otak saraf suruh pergi goreng ikan kering


Dah siap. Goreng sendiri ok!. Digabungkan dengan gulai ayam menu berbuka tadi. Makan ajer lah, tak makan rugi.. hih hi. Kang esok kempunan nak ikan kering

Selamat bersahur ye. Korang sahur apa tu
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com