RENDAM KAKI DALAM AIS UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN

RENDAM KAKI DALAM AIS UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN

Semalam aku terbaca post facebook page aktor Mustapha Kamal tu sebab nampak ada orang share. Dalam banyak-banyak post, aku berkenan satu posting yang beliau share dari Pusat Perubatan Islam AlMujahidin tentang rendam kaki dalam ais untuk buang angin dalam badan. Memang tertarik bab buang angin dalam badan sebab artikel paling meletup dan mendapat jutaan views dalam ni pun mengenai cara buang angin medu dan sebu perut . Korang pun asyik bertanya tentang amalan dan suplimen buang angin, jadi aku rasa artikel dari Pusat Perubatan Islam AlMujahidin tersebut boleh dijadikan sebagai panduan


*********************************************************************************
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..

Jika angin Tak di buang dalam badan boleh mengakibatkan bisa seluruh sendi badan.Ada Masa jadi susah tidur malam..

Sebelum ini Saya Ada share #Rendam kaki dalam ais.Sy share semula agar bermafaat pada mereka yang memerlukan..

Tahukah anda amalan rendam kaki dgn Air yg di campur dgn sedikit ais dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan Dari #GangguanJin..

Terapi rendam kaki dgn air yg dicampur sedikit ais bagi org yg sukar tidur malam baik jika di amalkan..

Bagi masalah sakit kepala,Bisa sakit badan,elok amalkan rendam kaki dgn Air yg dicampur ais ini..

Sekiranya anda ada gangguan jin yg Kronik anda pasti sakit seperti menyucuk2 di kaki yg di rendam..Itu tanda yg tubuh kita ada gangguan makhluk halus..Sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda..

Lagi baik jika di campurkan dgn daun bidara limau dan garam bukit dalam air berais itu..

Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita..

Cuba la ..

Sy setiap hari setiap pagi dan sebelum tidur pasti akan rendam..

Amalkan sebelum rendam kaki baca

#Al_Fatihah7x

#AlI_khlas7x

#Dan_selawat7x


Cuba la kesan nya amat memberangsangakn..

InshaaAllah Izin Allah Kaki badan akan Rasa ringan..


Kesan Gangguan makhluk halus..

=Kaki Rasa Pijau bila di rendam kaki dalam Ais

=Lenguh kebas pada kaki

=Sakit mencucuk di kaki

Sekiranya anda ada kesan ini nasihat sy dapatkan rawatan islam berhampiran ...

Harus di ingat ini adalah Salah satu Alternatif dalam rawatan islam sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit..inshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh.Semua atas izin Allah..

Baik Juga anda amalkan Mandi Ais seperti yang Saya sendiri share artikel sebelum ini....

Siapa yang Tak tahan Mandi ais boleh la Cara di atas..

Moga bermafaat pada mereka yang memerlukan InshaaAllah Aamiin

#SilakanShare..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

#Whatsap➡0173574498/0173574478

#AddFollow➡Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin




*********************************************************************************

Boleh la cuba mandi ais atau rendam kaki dalam lepas ni. In sya Allah mana tahu mujarab dan angin dalam badan berkurang. Ataupun kalau korang nak telan nutrisi dan herba boleh cuba set ni : 





BACA :

 16 TESTIMONI BUANG ANGIN DALAM BADAN

BILA DATUK SITI NURHALIZA MAKAN BAWANG PUTIH

HALIA GORENG UNTUK BUANG ANGIN



Spageti Aglio Olio Mudah

Spageti Aglio Olio Mudah

Siapa jer yang tak pernah menelan spageti (spaghetti) aglio olio kan, antara menu wajib ada dalam kebanyakan restoran western atau tak western sekalipun. Tapi aku kadang-kadang frust gak makan aglio olio ni sebab dah terkena udang dalam spaghetti tu mentah, tekak jadi loya.. hehe sensitif betul


Pagi tadi saje je buat hal terasa nak goreng aglio olio seafood (udang) ni haa sekaligus boleh buat bekal anak ke sekolah, lagi pun diorang memang suka udang


Sebelah malam dah ready rebuskan spaghetti, buang kulit udang, dan kupas garlic. Bangun esok takde la kelam kabut sangat. Basic spaghetti aglio olio macam yang korang dah tahu iaitu olive oil dan bawang putih, maka sediakanlah semuanya

CARA MUDAH MASAK SPAGHETTHI AGLIO OLIO


1. Panaskan kuali, masukkan 2 - 3 sudu besar olive oil

2. Masukkan bawang putih (setengah labu, ada la dalam 6-7 ulas) yang telah di ricik halus

3. Masukkan udang.. nak masuk ayam, daging, sotong pun terpulang la

4. Masuk dua tiga cubit garam secukup-cukup rasa

5. Masukkan spaghetti. Aku rebus sebungkus, guna separuh sahaja sebab tak muat kuali. Separuh lagi kita masak esok pulak

6. Tak ada stok mix herbs kat rumah. Parsley flakes, oregano semua dah habis. Jadi kita masukkan sedikit sos black pepper, sos masam manis dan serbuk lada hitam. Semuanya lebih kurang sesudu teh

 7. Chilli flakes pun tak masuk. Sayur pun taknak masukkan. Sebab nanti budak-budak tak makan.. haha


Dah siap bekal ke sekolah. Disediakan dengan penuh kasih sayang dan paling lazat di dunia (siapa lagii nak puji kann)

 
Alahai Kasut Sekolah Zaman Sekarang

Alahai Kasut Sekolah Zaman Sekarang

Aku...rasanya jaranglah nak mengondem dan mengeluh di laman sosial atau setakat ambik pahala komplain jer orang kata dan menampakkan kejelekan serta kurang cerdik diri sendiri, macam semua menda tak kena. Sekali sekala guna bahasa kiasan atau satira tuu biasalah. Tapi rasanya masih berlapik (kottt). Kalau sesiapa pernah rasa tercuit tuu, maaf laa ye.. hehe

Tapi satu hal ni aku rasa nak kena bagitahu jugak la luahan rasa hati.. kahkah. Pasal kasut jer pun. Kasut-kasut sekolah zaman sekarang cepat nauu rosak musnah, koyak, hancur dan sewaktu dengannya. Teringat dulu kala kalau lah tak silap, time sekolah rendah memang guna sepasang tu je lah dari awal tahun sampai akhir tahun, siap pakej redah banjir sekali, masih elok

Time sekolah menengah, pernah sekali kasut yang ditinggalkan kat surau hilang (maklumlah duduk asrama, kononnya nak biar je park kat surau, ambik je anytime). Rupa-rupanya tak selamat jugak, kasut aku yang size gajah tu pun boleh hilang. Mintak duit dengan ayah nak beli kasut baharu, tahan pedih je la telinga dengar ayah bebel. Itu baru nak beli untuk kali kedua, dah kena bebel

Sebelum ni, hanya dengar cerita kawan-kawan je bahawasanya diorang ada yang terpaksa beli kasut sekolah anak sekurang-kurangnya 2 atau 3 pasang setahun. Sekarang ni, abuya laa pulak nak merasa semua tu. Sebab kakak dah sekolah rendah. Secara rasminya pakai kasut sepanjang masa. Kalau kat tadika dulu, nak masuk kelas boleh bukak kasut di luar




Ni lah rupa kasut  selepas hampir 2 bulan sessi persekolahan.. ke kasut ni brand china cap ayam jugak? hahaa.. bayangkan kalau kena beli kasut setiap 2 bulan sekali, makna kata hampir 5 atau 6 pasang la setahun koleksi kasut sekolah untuk seorang anak


Si kakak ni pakai kasut, sebenarnya start 2 minggu sekolah tempoh hari, dah boleh nampak kasut tu nak hancur. Tak ketahuan laa sama ada dia lasak sangat atau abuya yang salah skill memberus masa basuh kasut tu. Ataupun takkan laa sebab direndam dengan BASIC H,
SI PENCUCI SERBAGUNA ORGANIKMemang la selalu rendam dengan basic h, untuk jadi lebih putih bersih berseri dan kurangkan kerja menyental.. kan. Pening abuya

CARA BASUH KASUT GUNA BASIC H

kasut kakak time tadika

Titikkan 5 - 6 pencuci serbaguna Basic H ke dalam air. Kacau air tu sampai berbuih dan rendam la kasut tu. Biarkan sekurang-kurangnya setengah hari macam tu, angkat kasut dan jemur. Kalau nak sental, sental sikit sikit je sudah, tak perlu kudrat lebih



Korang beli kasut anak berapa pasang setahun?


PURNAMA YANG HILANG

PURNAMA YANG HILANG

Tanggal 17 Februari 2018 yang lalu, bumi sekali lagi menangisi pemergian ulama' , pewaris dan keturunan Nabi. Sosok ini digelar Ilmu AtTareem (ilmu Kota Tareem) atau Sultonul Ulama' (raja sekalian ulama) di eranya dek ketinggian ilmu yang dimiliki. Gedung ilmu yang disegani dan disayangi sekalian banyak manusia ini ialah AlHabib Saalim bin 'Abdullah AsSyatiri Rahimahullah


Belasungkawa AlHabib Salim 
( 1359 H - 1439 H )

Manaqib (biodata) Sultonul Ulama, Al Habib Salim AsSyatiri

Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar AsSyatiri dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut, Yaman pada tahun 1359H. Seorang alim besar dari Kota Tarim asal keturunan AsSyatiri yang memang terkenal dengan keilmuan hebat

Ayahanda beliau, Habib ‘Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim (Rubath dalam bahasa mudah seperti pondok, madrasah di Malaysia, tempat pengajian) yang telah melahirkan ribuan ulama dari segenap pelosok dunia Islam

Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang soleh. Ibunda Habib Salim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang solehah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah

Nasab beliau Habib Salim bin Abdullah bin Umar bin Ahmad bin Umar bin Ahmad bin Umar bin Ahmad bin Ali bin Husin bin Muhammad bin Ahmad bin Umar bin Alwi Asy-Syathiry bin Al-Fagih Ali bin Al-Qodhi Ahmad bin Muhammad Asaadulloh bin Hasan At-Turobi bin Ali bin Sayyidina Al-Imam Al-Faqih Al-Muqaddam muhammad bin Sayyidina Ali bin Sayyidina Al-Imam Muhammad Shohib Marbat bin Sayyidina Al-Imam Kholi Qosam bin Sayyidina Alwi bin Sayyidina Al-Imam Muhammad Shohib As-Shouma’ah bin Sayyidina Al-Imam Alwi Shohib Saml bin Sayyidina Al-Imam Ubaidillah Shohibul Aradh bin Sayyidina Al-Imam Muhajir Ahmad bin Sayyidina Al-Imam Isa Ar-Rumi bin Sayyidina Al- Imam Muhammad An-Naqib bin Sayyidina Al-Imam Ali Al-Uraydhi bin Sayyidina Al-Imam Ja’far As-Shodiq bin Sayyidina Al-Imam Muhammad Al-Baqir bin Sayyidina Al-Imam Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Al-Imam As-Syahid Syababul Jannah Sayyidina Al-Husein. Rodiyallahu ‘Anhum Ajma’in.

Tatkala berusia 3 tahun, Habib Salim menjadi yatim dengan kepergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Namun asuhan dan didikan agamanya tidak pernah terabai, belum pun genap umurnya 11 tahun beliau sudah hafal al-Quran. 

Beliau telah menimba berbagai ilmu pengetahuan dari sekitar 80 orang ulama-ulama besar Hadhramaut dan Haramain, antara guru beliau adalah:

1. Habib Muhammad al-Mahdi;

2. Habib Abu Bakar;

3. Habib Hasan bin ‘Abdullah asy-Syathiri;

4. Habib ‘Alwi bin Syihabuddin;

5. Habib Ja’far bin Ahmad al-‘Aydrus;

6. Habib ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki al-Hasani;

7. Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath;

8. Syaikh ‘Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i;

9. Habib Hasan bin Muhammad Fad`aq;

10. Syaikh Hasan bin Sa`id.


Sekembalinya beliau ke Yaman, beliau telah menggunakan masanya untuk berdakwah dan menyebar ilmu. 

Beliau pernah tinggal 15 tahun di Kota Aden dan menjadi guru dan khatib di Masjid Habib Abu Bakar al-‘Adni bin ‘Abdullah al-Aydrus. Pada tahun 1403, atas permintaan Habib Zain bin Ibrahim BinSmith dan Habib Muhammad al-Haddar, beliau bermukim di Kota Madinah dan mengasuh Rubath Al-Jufri

Telah banyak penuntut ilmu yang mengambil manfaat dari ketinggian ilmu beliau. Beliau dikenali memiliki keikhlasan yang tinggi, akhlak yang mulia serta senantiasa menjaga sunnah Junjungan Nabi SollAllahu 'Alaihi Wasallam

Habib Salim sehingga sebelum pemergiannya telah mengabdikan dirinya untuk mengasuh dan menjaga Rubath Tarim , penyambung legasi kekanda beliau Almarhum AlHabib Hasan Assyatiri, yang mempunyai sekitar 500 orang penuntut ilmu dari pelbagai negara

17 Februari 2018, Beliau meninggal dunia di Jeddah, telah disolatkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Jannatul Ma'la, Baqi', pemakaman mulia keluarga dan para Sohabat Nabi. Yang pernah ziarah ke Madinah pasti tahu tempat ini

Bukan sebarangan manusia yang dimakamkan disini. Subhanallah, nikmat apa lagi jadi impian tatkala akhir hidup sekalian insan?

Semoga Allah mengangkat darjat beliau, merahmati beliau dan menggolongkan dalam kalangan para solihin dan shuhada' bersama-sama Rasulullah SollAllahu 'Alaihi Wasallam


Sedikit kenangan telah cukup membawa sekelumit kebahagiaan


Jumu'ah Mubaarakah

Bagai Sudah Di Jampi

Bagai Sudah Di Jampi

Budak kecik ni sekarang kemain waktu tidur dia mengalahkan orang dewasa. Ada hati nak tidur lambat dan nak suruh orang melayan dia gerak sana sini. Tak kuasa lah abuya nak mengejornya.. haha



ni time dah hampir habis bateri. Tanda-tandanya dia dah malas nak merangkak-rangkak jalan-jalan, dia duk diam je atas abuya. Saat itu tahulah kita bahawasanya misi untuk ditidurkan In sya Allah berjaya, hanya perlu usaha dan tawakkal sedikit je dari ibu bapa


keliru

sikit lagi

lena jua


Sekali lentuk kat ribaan dan pelukan abuya, haah kan ternyataa dirimu bagai sudah di jampi gitu. Dodoi dodoi sikit.. dah selamat beradu

Selamat malam semua
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com