16 June 2016

Bulan ini mesti ada resipi berbuka puasa simple dalam ni. Almaklumlah bulan puasa. Duk layan baram (bazaar Ramadhan) pun cemuh jugak... Sebahagiannya kualiti ala kadar (maaf la cakap ye) ... Lebih enak masak sendiri.. Menu atau resipi berbuka puasa simple versi aku mudah semudah mudahya. Kadang-kadang tak plan pun. Selongkar apa yang ada dalam peti je.. pandai-pandai la nak improvisasi.. hehe

Resipi Berbuka Puasa Simple

Kali ni buat wrap & roll. Kebetulan ada roti wrap massimo dalam peti tu. Alaa entri tadi kan cerita fasal  shawarma tepi jalan tu. Sekarang terus rasa nak buat wrap ala-ala shawarma la

Bahan utama pun senang je. Wrap, ayam, telur.. Perasakan dengan kicap manis, sos tiram dan sos lada hitam. Masak kering dan tidak berkuah sangat


Panaskan roti wrap dalam kuali ajaib 

Ayam ni sebenarnya yang beli semalam di bazaar.. ayam goreng berempah. Daripada membazir begitu sahaja, baik fikir idea nak masak.. haa..
carik-carikkan ayam tu dan panaskan dalam magic pan

Masukkan sos lada hitam , sos tiram , kicap manis. Add on sedikit sos thousand island pun boleh..
Dalam 10 minit camtu, masukkan telur dan gaul sekali
 
Dah siap letak dalam roti wrap... Lepas tu roll kan dia.. Sepatutnya nak tambah salad & keju cheddar. Tapi semua dah habis stok dalam peti. Redha je la

Ready... 1...2...3

bunyi azan...

Allahu Akbar... Allahu Akbar !

Sedikit pesanan penaja. Cadangan waktu hidangan tidak tertakluk pada tajuk. Boleh sahaja dihidangkan ketika sahur atau moreh atau hari raya pun boleh kot

Selamat berpuasa



Haritu cerita burger tepi jalan. Ni cerita shawarma pulak... Sebenanya ni kisah dari disember tahun lepas.. Aritu dah post sekali.. tapi macam krikk krikk je post tu.. hihi..Petang ni saje nak post skali lagi sambil cari idea masak untuk berbuka...kan

Satu malam di akhir tahun yang lalu , kitorang saja jenjalan keluar ambil angin malam , tetiba terserempak dengan orang jual shawarma. Salah satu makanan arab. Lantas betul-betul mengimbau kenangan ala-ala once upon a time when i was in Cairo gitu. Korang pun dah biasa makan shawarma ni kan. Kalau orang kita , semuanya di panggil kebab

Sebenarnya ada je restoran arab area sini , tapi tak terlintas pula nak pergi. Yang tepi jalan ni jugak la terpesona. Mungkin lama dah tak merasa atau tetiba mengidam , bagai mengantuk disorongkan bantal. Terus beli 4 ketul. Dua tiga hari kemudian , bila mengidam datang balik , aku cuba pergi jenguk orang yang jual ni kat tempat yang sama , malangnya dia dah tak jual kat situ. Aduiii mana lah mahu cari ni. Sedap kot


simple je , tapi boleh tahan sedap
simple je , tapi boleh tahan sedap

sedia untuk dimakan
sedia untuk dimakan
Ni beberapa lagi gambar makanan istimewa arab yang membuatkan ku terimbau zaman belajar feeling-feeling remaja

kibdah
kibdah
Kibdah ni hati. Ada ramuan rempah ratus arab. Dimakan bersama roti arab. Roti biasa yang panjang tu pun boleh. Korang yang jarang makan hati mesti terliur bila dah merasa kibdah ni. Dah, sila pergi restoran arab sekarang


kibdah
kibdah

kuftah
kuftah

kuftah ni isi daging (hancur) , disumbat, dibentuk dengan besi dan dipanggang. Specialnya lagi jika dipanggang dan dibakar dalam dapur tanah liat. Fenomena biasa di sana
sumber gambar : google

nasi dalam daun anggur
nasi dalam daun anggur
secara jujurnya yang ni bukan favourite aku. Nasi dalam daun anggur atau dalam bahasa arabnya (waraq 'enab).. Pernah sekali je rasa , tu pun tak habis. Tekak tak boleh terima

sumber gambar : google

ruz billaban
ruz billaban

ruz billaban ni maksudnya nasi dengan susu. Haa nampak simple je kan , tapi rasanya penuh nikmat
sumber gambar : gambar aku sendiri dalam laptop

ouum ali
oumm ali

oumm ali ( ummu ali ) kalau diterjemahkan maksudnya ibu ali. Tak tahulah mana asal usulnya lekat nama mak ali. Mungkin pengasasnya dulu kala punya anak yang bernama Ali. Wallahu a'lam

oumm ali ni pun sedap , lazat , nikmat. Rasa ala-ala puding roti gitu. Tapi tak ada roti pun di dalamya

daging
daging

Yang ni tak ada kena mengena dengan makanan arab. Cuma nak tayang je kitorang tengah bakar daging hari raya korban di asrama. Buat makan-makan berjemaah gitu

Banyak lagi makanan arab. Kat Malaysia ni pun restoran arab tumbuh bak cendawan. Cuma nak cari yang betul-betul rasa kearaban tu mungkin kena ushar betul-betul. Nasi mandy tu yang sebenar-benar rasa sedap jika dimasak arab style ialah dengan menggunakan dapur bawah tanah... Tak semua restoran timur tengah kat sini buat dapur macam tu

Kalau nak belajar resipi dalam tv , boleh tengok rancangan masak chef amar tu , masak dari hati , masak with iman. Syok tengok dia masak

Selamat berpuasa

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu