28 August 2017

Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis pau. Pau ayam, daging , sardin, barbeque, pau kacang, pau sekaya. Pau yang mula jadi trending satu dua tahun lepas time bulan puasa pula ialah pau cendawan

Bagi aku, pau yang menarik dan sedap ialah pau yang intinya tak bercampur dengan ubi. Inti 100% mengikut nama jenis pau yang diberi. Kalau ayam, ayam lah, kalau daging, daginglah. Ni sesetengah tempat yang jual pau ayam contohnya... ayamnya tak jumpa sangat, 90% intinya pulak ialah ubi. Ermm memang potong mood betul la nak makan

Kalau budak-budak ni dulu masa kecil boleh la diberi pau sekaya atau kacang sebab kurang pandai memilih lagi. Dah besar sekarang hurmm memang pau ayam ajer la sajiannya. Kadang-kadang bukan makan pau pun, makan inti ayam saje, pau tu disuruhnya abuya habiskan

Tapi pau yang tak sedap abuya nak khabar ni bukan pau makanan. Tapi kena pau (paww) dengan budak-budak ni haa. Biasala kan, kalau masuk tempat membeli belah, pantang nampak segala macam menda alah yang menarik, mesti nak suruh beli. Bukan setakat mainan, dari makanan merapu sampailah ke buku kartun. Tapi abuya kadang bertegas jugak, tak boleh ikut semua, nanti naik lemak. Kalau sampai kena marah, marahkan ajer lah


ni nak mengikut sangat abuya cari barang.. dah besor pun feeling kecik nak duduk dalam tu lagi


ni baru 2-3 hari lepas.. abuya nak cari tepung buat cekodok jer pun, tapi nak kena pusing satu Giant tu haa sambil layan budak kecik ni pot pet pot pett.. heh he

dah penat pusing-pusing... dah dapat apa yang dihajati tu haa.. kita rilekss laa dulu. Mujur ada tempat sikit nak lepak

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu