KETAHUI 4 ARAH HASUTAN SYAITAN

KETAHUI 4 ARAH HASUTAN SYAITAN

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ 

Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus (Al-A'raaf : ayat 16 )

. ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ 

Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)... (Al-A'raaf: 17)


Hasutan syaitan itu daripada arah

1. Arah Depan, iaitu dunia dengan menipu mereka agar terus mengejarnya

2- Arah Belakang: iaitu akhirat dengan melalaikan mereka daripada bersedia untuk akhirat

3.Arah Kanan: iaitu kebaikan dan urusan agama. Iaitu dengan merosakkan amal kebaikan melalui ujub, takabbur, riyak dan sebagainya

4- Arah Kiri: iaitu kejahatan, dengan mengajak kepada maksiat dan keburukan. 


Jalan keluar daripada hasutan dan tipu daya syaitan adalah dua arah yang tidak disebutkan oleh Iblis iaitu:


1- Arah Bawah: iaitu tempat sujud dan tanah. Iaitu, dari sudut adab kehambaan. Ia disimbolkan dengan bawah kerana hakikat kehambaan itu sendiri adalah merendahkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taa'la

2- Arah Atas: iaitu arah turunnya rahmat. Ia adalah dari sudut makrifatullah (mengenal Allah). 

Arah bawah ialah simbol bagi mengenal diri dan muraqabah, dan arah atas: simbol bagi mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan musyahadah


Jumu'ah Mubaarakah
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com