10 January 2017

Alquran yang sudah lama, koyak yang teruk, buruk , cetakan tulisan dah kabur atau mungkin sudah tak boleh nak digunakan lagi bolehlah dilupuskan dengan cara terhormat. Jangan main buang dalam tong sampah atau bakar je di merata tempat

Dalam kes ini, ia bukan masalah aqidah atau menghina Alquran, tetapi ia menjaga kemuliaan Alquran sendiri. Kalau dibiarkan begitu sahaja pun, lama-lama makin buruk, mungkin juga kertas-kertas helaian cetakan Alquran tersebut terbang melayang-layang entah kemana dan dipijak-pijak pula oleh orang

Macam tadi aku pergi bakar Alquran. Alquran tu yang hampir musnah dek bencana banjir baru-baru ni kat sekolah. Hampir 99% Alquran yang ada sudah tak boleh digunakan lagi. Dulu ada juga kes begini, aku jemur je.. tapi helaian Alquran melekat-lekat antara satu sama lain dan jika cuba diselak, ia akan koyak terus menghilangkan tulisan-tulisan di dalamnya. Ye la kan,banjir bukan air saja yang datang, ia disusuli lumpur dan selut... banyak

Sebenarnya sebelum banjir melanda, dah simpan Alquran tu kat tempat tinggi kebiasaan yang aku simpan. Tak sangka banjir terlalu besar

antara Alquran yang rosak

CARA LUPUSKAN ALQURAN ROSAK


Ok cara ni yang diketahui di negeri Terengganu la ye. Tak dapat dipastikan di negeri atau kawasan lain

Hanya hantar Alquran tersebut ke Pejabat Agama (Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, JHEAT ). Memang ada satu department bahagian pelupusan Alquran. Ia dibakar dalam rumah besi khas (aku nampak macam rumah besi gitu laa kot). Bukan dibakar di sebarangan tempat demi menjaga kesucian

ditimbang dan direkodkan terlebih dahulu

dibakar 

macam ni la rumahnya

Abu Alquran yang telah dibakar akan dikumpulkan dan dibuang di laut

abu Alquran dalam tong sedia untuk dibuang ke laut



Begitulah ceritanya. Buku-buku teks lama yang dah tak digunakan lagi yang mengandungi ayat-ayat Alquran boleh juga dihantar ke sini. Untuk rakan-rakan di negeri Terengganu yang nak hantar Alquran rosak ke JHEAT, boleh hubungi orang yang in charge departmemt ni, Encik Raduan di talian 01126598746

FAIZ SUBRI MENANG ANUGERAH PUSKAS

TAHNIAH Faiz Subri kerana telah menjadi juara antara juara penjaring gol tercantik, terlawa sepanjang 2016, goal of the year

Walaupun tidak berbaju Melayu, walaupun ucapan dalam english kena kecam, walaupun kena perli dengan emcee "he trying to find the text"... anda telah membanggakan Malaysia dan rakyatnya.. Aku tengok Cristiano Ronaldo jeling jerr kau jalan sebelah dia. TAHNIAH Faiz Subri

Faiz Subri telah bersaing dengan pemain Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez, untuk menjadi pemenang anugerah ini, yang diberi kepada penjaring gol paling cantik sepanjang 2016

berdebar menanti keputusan

saat manis kemenangan

saat lebih manis bila anugerah disampaikan oleh Ronaldo,lagenda bola sepak Brazil

TAHNIAH, MALAYSIA BOLEH!!



#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu