01 July 2015

Kalau nak cerita pengalaman pahit , tak lain tak bukan buat pertama kalinya kami berpuasa tanpa ayah di sisi. Tanpa celoteh dan keletah ayah. Sangat berbeza puasa dari tahun-tahun sebelumnya

Ayah meninggal beberapa minggu sebelum bulan puasa. Tahun 2008. Tak sempat nak berpuasa dan berhari raya bersama ayah pada tahun itu. Kebetulan aku baru pulang bercuti ( musim cuti semester kuliah ) dari cairo . Rupa - rupanya ada petanda aku kena pulang bercuti. Baru sahaja sampai lima hari bercuti , ayah menghembuskan nafas akhir. Sepanjang tahun 2008 , lima hari sahaja aku sempat luangkan masa dengan ayah. Kebetulan tak ramai orang dalam rumah . Aku dan family kakak sahaja yang ada ketika itu. Ayah pergi dalam pelukan dan dakapan aku. Aku yang ajar ayah syahadah

Tahun itu tahun kedukaan buat kami. Mak kehilangan lelaki cintanya , kami pula kehilangan hero. Lain benar menyambut Ramadhan dan Syawal tahun itu. Kalau dulu berbaju raya untuk ziarah kubur orang lain , sekarang berbaju raya untuk ziarah kubur ayah. Ayah , aku rindu , sangat rindu

Semoga ayah diberi ketenangan di sana. Diampunkan segala dosa , Diredhai Allah dan di terima segala amalan


#Cabaran20Hari Day 5
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari


Love and Faith

abuya

Menu Wajib Di Bulan Puasa

Menu wajib di bulan puasa macam biasalah kalau tak ada semua juadah ni , tak sempurna rasanya berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga. Antaranya kurma (wajib ) , air kelapa muda , air tebu , murtabak. Tapi ada sesetengah juadah yang jarang mak buat dalam tempoh setahun , tetapi mesti buat dalam bulan puasa antaranya ialah bubur lambuk dan ketupat sotong. Tak adalah mak masak bubur lambuk setiap hari , tapi mesti masak juga sekali dalam bulan puasa. Kebetulan sambil nak taip entry semalam , ada orang hantar bubur lambuk kat atas meja aku ni


bubur lambuk
bubur lambuk

Bubur lambuk Terengganu rata-ratanya berbeza dengan beberapa tempat lain. Bubur lambuk ini kaya dengan rempah ratus dan ulam seperti daun kesum , daun kaduk , ditambah kerisik dan budu. Di tempat lain ,kadang-kadang bubur nasi yang berwarna putih itu pun dah dipanggil bubur lambuk. Di beberapa tempat lain, bubur yang selalu dimasak untuk orang sakit , bubur nasi untuk kanak-kanak atau macam bubur mcd itupun sudah dipanggil bubur lambuk. Terfikir juga saya dimana perbezaannya antara bubur biasa dan bubur lambuk



ketupat sotong
ketupat sotong , gambar tahun 2014 , Ramadhan 1435 H
Satu lagi dianggap menu wajib yang ada di bulan puasa ialah ketupat sotong. Kalau dulu hanya mak yang handal masak ketupat sotong ni. Sekarang kakak-kakak aku pun dan handal, Esok hari aku pulak yang handal masak ketupak sotong. Nanti aku jamu korang yang datang rumah. Sotong tu korang yang beli, biar aku masak je. Hehe. Ketupat sotong dari dulu sampai sekarang kitorang makan yang mak masak ala kelantan. Lemak-lemak manis. Dulu masa tinggal di kotaraya metropolitan KL itu , selalu pergi Restoran Anis Puteri di Pantai Dalam. Tauke restoran asal dari Kelantan. Ketupat sotong la yang dicari di restoran itu. Memang lazat


#Cabaran20Hari Day 4
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

abuya

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu