24 September 2015

RESIPI TULANG MASAK PESAMAH

Cerita menu je la hari ini di rumah mama mertuaku. Hari ni kan hari daging. Nak letak dalam peti pun dah banyak. Tulang-tulang tu selain selalunya dibuat sup , pertama kali juga aku dengar dan tengok tulang (daging) masak pesamah. Abang ipar aku yang masak. Ako goyang kaki je tengok aambil tunggu masak. Aku try google "pesamah" tu , biasanya selalu orang masak daging. Tapi kali ni kita masak tulang pulak ye. Tidak dapat dipastikan pula asal usul panggilan pesamah. Kak ipar aku cakap sebab campur campur rempah. Aku tengok macam ala mamak pun ada hasilnya. Apatah lagi abang ipar aku asal Penang

Tulang masak pesamah
Tulang masak pesamah

Bahan perap (lebih kurang setengah jam) , tapi tadi depa nak cepat , tak perap pun , terus masak. Cuma pastikan sampai daging tu empuk dan rempah betul betul masak

Bahan perap tulang masak pesamah ialah:

Rempah daging (lebih kurang 2 paket). Kalau boleh 2 paket berlainan. Contoh rempah mak siti dan rempah faeza

Bawang besar , bawang putih , halia (dikisar) dan sedikit gula

Cara masak tulang masak pesamah

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang diracik halus
3. Masukkan 4 beradik (buah pelaga , bunga lawang , cengkih dan kayu manis)
4. Masukkan tulang yang diperap
5. Masukkan air , tunggu sampai empuk , kacau (gaul) sedikit-sedikit sahaja

(garam dan gula secukup rasa)

6. Setelah empuk , masukkan kerisik
7. Masukkan santan dan masak hingga mendidih . Nak lebih kaw , masak sampai warna rempah berubah menjadi sedikit gelap


makan dengan nasi minyak pagi tadi pun sedap
Makan dengan nasi minyak pagi tadi pun sedap

MENU RAYA

Macam biasa juadah tradisi pagi pagi raya. Nasi minyak dan  lauk lauk di sekelilingnya. Lemang tu jarang-jarang ada. Ni di rumah mertuaku oh mertuaku

nasi minyak
nasi minyak

ayam masak merah
ayam masak merah

gulai daging
Gulai daging

Tetap ada gulai daging walaupun belum acara sembelih lagi

acar
Acar

ketupat palas
Ketupat palas
Ketupat palas. Biarpun menu utamanya kadang-kadang berubah, nasi minyak ke nasi bukhari ke nasi daging ke tapi ketupat wajib ada. Ketupat palas ye. Bagi aku inilah ketupat sebenar dan kegemaran sejak kecil. Kalau ketupat nasi tu macam tak ada beza dengan nasi himpit , kan. Ketupat palas ni hari ni je makan yang rebus macam tu. Esoknya haruslah digoreng. Perghhh terangkat

rendang ayam
Rendang ayam
Ok la. Itu saja menu pagi pagi raya haji ni di rumah mama mertuaku. Tak boleh cerita banyak sangat pasal makanan, nanti ada pulak yang khutbahkan aku

Jangan lupa sebelum makan berat-berat , berkolesterol dan kalori tinggi tu , dahulukan dengan telan  Phytocol ye

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu