10 June 2017

Malam tadi kan si kakngah bella ni, dia nak abuya teman dia naik tingkat atas sebab dia nak tengok cerite kartun. Abuya berkeras tak mahu teman dan ikut kehendak dia sebab dah lewat malam sangat. Malam sebelumnya pun dia tidur lewat sebab kartun. Tu laa abuya malas teman tu 

Banyak kali  kak ngah tarik tangan abuya sambil nangis meratap. Abuya buat hati kering tetap tak mahu ikut dan abuya suruh tidur je
 




Akhirnya dia mengalah..penat nak menangis mungkin. Last last terlena dalam dodoian abuya je sambil tersedu sedan. Mesti empuk kan duk atas abuya sambil dengar alunan dodoian yang syahdu gitu
Alhamdulillah. Hari ni dah genap 40 hari usia hero abuya yang sorang ni. Body pun dah seketul dan tough gitu. Meragam pun ada nampak dah sikit sikit. Pejam celik pejam celik dah sebulan. Pejam celik nanti dah boleh berjalan dan berlari



balik kampung jumpa tok kejap...

syoknyaaa tidur


Semoga hero abuya ni membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh, dikurniakan kefaqihan, mentaati ibu bapa, jadi Imam dan pemimpin bagi orang-orang bertaqwa

sama tak diorang ni semua masa kecil? Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. kannn

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu