bahejabella: 05/07/17

Dek keghairahan yang amat sangat menyambut kehadiran adik, kakngah naurah ni bila bangun pagi tengok tak ada adik di sisi, terus cari dan tanya. Soalan dia camni : "mana baby yang dalam perut bonda tu ? " Gittu je dia sebut sebab masih belum ada nama, kan

Dan disebabkan keghairahan itu jugak, dah masuk 4 hari dia taknak pergi sekolah (taska). Nak duk rumah, jaga baby agaknya.. habisslah abuya kena cari idea baru macam mana nak pujuk dia start pegi sekolah semula


Satu lagi keturajaan kak ngah ialah nak angkat baby duduk atas riba dia. Makk aii... Satu pagi tu, time tinggal dia dengan baby je dalam bilik. Elok bila bangun tidur, kakngah terus angkat sendiri baby letak atas riba. Mujurlah sempat tengok sebab tengkuk baby masih lembik dan kakngah naurah tak muat tangan (tak cukup luas bukaan dakapan tu) untuk nak rangkul baby tu.. walaupun tak seirus, tapi risau laa jugak

Semangat nak main dan jaga adik tu ok dah. Tapi tuu lah, berani sangat..Bila ditegur, merajuk pulak dia.. hihi


ni kami boria merah harini..