26 July 2015

CARA BETUL SEBUT MINAL A' IDIN WAL FA IZIN

Musim-musim raya ni banyak sangat kedengaran (panas je telinga aku) cara sebut ucapan yang salah. Lebih-lebih lagi ucapan dalam tv dan radio. Lepas tu jadi ikutan masyarakat. Dalam lagu pun sama. Kawan , jangan main sebut je , tak ada makna ,sia-sia saja

Selalu dengar sebahagian orang-orang sebut :- MINAL AIDIN WAL FA IZIN

Sebutan sebenar ialah : MINAL   A' - I - DIN   WAL FA  I-ZIN

Biar jelas bunyi huruf ain dan hamzah baris bawah tu ( a' - idin),,   bukannya dirangkumkam sekali (aidin)


MINAL A'IDIN WAL FA IZIN
MINAL A'IDIN WAL FA IZIN



Minal a'idin wal faizin ni bukan bermaksud "maaf zahir batin". Terjemahan secara literasinya ialah ;

min = daripada/termasuk
a'idin = orang-orang yang kembali
wa= dan
faizin = orang-orang yang mendapat kemenangan


Sebenarnya asal usul ucapan ini bukan ucapan untuk raya pun , pada zaman khulafa' arRasyidin , ianya ucapan setelah kembali dengan kemenangan dalam perang. "Semoga termasuk dari orang-orang yang kembali (dari perang) dan sebagai orang yang menang ( dalam setiap perjuangan atau peperangan )"

Ucapan raya yang di anjurkan sunnah ialah " TaqabbalAllahu minna wa minkum " ( semoga Allah menerima (amalan puasa) kami dan kamu ) "

Namun jika ingin menambah kalimah doa " minal a' idin wal fa izin" di akhirnya , boleh sahaja jika diniatkan sekadar berdoa sesama insan Muslim dan Mukmin. Dan tak sampai tahap haram pun jika melafazkannya juga. Cuma nak bagitahu , ia bukan ucapan asal untuk hari raya



Sebarlah bahagia! Semoga bermanfaat!


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu