30 November 2015

Selain entri bermusim seperti semakan upsr dan indeks pencemaran udara, entri paling hits dalam bahejabella.com masih lagi kukuh gah bertakhta ialah cara buang angin medu dan sebu perut . Banyak juga persoalan bertubi-bertubi yang diterima mengenai suplimen masalah angin dalam badan ni. Terima kasih kerana mencari saya. Allah jualah Yang Maha Memberi Sembuh. Boleh saja kalau tak nak cuba suplimen pun , tiada desakan dan paksaan, ada sekelian banyak petua tradisi di internet boleh untuk diamalkan

Ok la. Tempoh hari aku ada pergi berurut dengan tukang urut professional, dipercayai lagi bertauliah. Tukang urut lelaki ok. Sudah berkahwin dan beranak pinak. Beliau pakar dalam bidang urut saraf ni. Ngeri punya masalah angin dalam badan aku , berketul-ketul katanya. Banyak kali juga la aku mengerang kesakitan dek urutan sarafnya itu yang terasa sakitnya bukan kepalang. Ini baru betul , nak urut biar rasa sakit-sakit sampai ke urat dalam badan. Katanya angin telah lama berkumpul dalam tubuh badan aku ni ha tak keluar-keluar

Dalam duk sembang-sembang tu , beliau memberi 2 tips mudah buang angin dalam badan . Angin juga terkait sedikit sebanyak dengan saraf. Dia yang cakap ye. Rasanya korang semua pernah dengar kan tips ni. Dari zaman remaja lagi dah dengar atau terbaca dalam majalah. Mungkin ini boleh recall semula


1. ELAKKAN AIS ( AIR BATU )

Yang enak itu bisa. Walaupun pernah terbaca artikel Dr Ismail Thamby dalam harian metro katanya ini hanya mitos, tapi bagi aku apa yang beliau (tukang urut) ni pesan adalah berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dia ada. Kalau tak percaya , korang kan boleh rasa sendiri , bila amal minum ais banyak-banyak , kesan pada tubuh lebih sihat atau sebaliknya? Rasa sendiri. Kalau tak boleh nak rasa , cuba tanya orang-orang lama yang lebih berpengalaman dalam hidup. Majoritinya haruslah untuk tidak pilih ais

Aku  memang hantu ais. Pukul 7.30 pagi pun kadang-kadang dah boleh pekena teh ais , milo ais.. hehe...kadang-kadang la.  Pukul 12 malam pun boleh. Kalau tengah hari cuaca panas , boleh la consider kan. Ini sehari sampai 5 - 6 gelas. Mana mahunya tak cepat tua, cepat sakit urat sana sini kan. Sebenarnya dah tahu ais tu amat bisa untuk tubuh , mak pun selalu je pesan. Tapi ye lah kan , menda nikmat mana boleh tahan. Asyik nak melayan je lidah dan tekak ni ha. Lepas tukang urut ni bagi amaran , baru nak insaf semula. Aku cuba sedaya upaya ok. Yang sejuk-sejuk pun beliau larang minum , kalau boleh amal minum yang suam-suam sahaja

2.  MULAKAN MANDI DARI BAWAH

Selalunya main redah je mandi. Biasa mula dari atas la. Dari kepala sampai kaki. Kalau kat swimming pool lagi lah redah lintang pukang tak ingat dunia. Kalau mandi duduk , sah-sah lah mula dari atas kepala. Lepas ni beliau pesan suruh mandi bermula dari anggota badan yang bawah. Dari kaki sampailah ke atas. Balik rumah terus amal. In sya Allah , cuba istiqamah

Selamat beramal!

Petua atau amalan tradisi pun banyak. Kalau mahu berikhtiar untuk menggunakan dan mengamalkan cadangan suplimen mengatasi masalah buang angin dalam badan pun boleh. Testimoni paling win ialah perkongsian ikhlas seorang akak customer ni yang rasa macam nak terbang selepas amal vivix : customer aku boleh terbang


Yang ni harus cuba : 


Baca : 


BACA : 

BACA :


Allah Maha Penyembuh

Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director

FB : Muhammad Nizam
sms/whatsapp : 013 976 1627

EMEIL : alluana35@gmail.com

24 November 2015

PERIBAHASA ARAB MUDAH


1. ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ
Barang siapa berjalan pada jalannya sampailah ia

2. ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ
Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia

3. ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ
Barang siapa sabar beruntunglah ia


4. ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ
Barang siapa sedikit benarnya/kejujurannya, sedikit
pulalah temannya


5. ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ
Pergaulilah orang yang jujur dan menepati janji

6. ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ
Kecintaan/ketulusan teman itu, akan tampak pada waktu kesempitan

7. ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ
Tidak kenikmatan kecuali setelah kepayahan

8. ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ
Kesabaran itu menolong segala pekerjaan

9. ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ
Cubalah dan perhatikanlah, nescaya kau jadi orang yang tahu

10. ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ
Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad

11. ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ
Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari

12. ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ
Waktu itu lebih mahal daripada emas

13. ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ
Akal yang sehat itu terletak pada badan yang sehat

14. ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ
Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku

15. ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ
Barang siapa menanam pasti akan memetik (mengetam) / mendapat hasil

16. ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ
Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan

17. ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ
Seandainya tiada berilmu nescaya manusia itu seperti binatang

18. ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮِ
Ilmu pengetahuan diwaktu kecil itu, bagaikan ukiran di atas batu

19. ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ
Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu

20. ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ
Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar

21. ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮ
Ilmu tiada amalan bagaikan pohon tidak berbuah

22. ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ
Bersatu adalah pangkal keberhasilan

23. ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً
 Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya

24. ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ
Kemuliaan itu dengan adab kesopanan, (budi pekerti), bukan dengan keturunan

25. ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَﺎﻥِ
Keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya (perkataannya)

26. ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ
Adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada emasnya

27. ﺳُﻮْﺀُ ﺍﻟﺨُﻠُﻖِ ﻳُﻌْﺪِﻱ
Kerosakan budi pekerti/akhlaq itu menular

28. ﺁﻓَﺔُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﺍﻟﻨِّﺴْﻴﺎَﻥُ
Bencana ilmu itu adalah lupa

29. ﺇِﺫَﺍ ﺻَﺪَﻕَ ﺍﻟﻌَﺰْﻡُ ﻭَﺿَﺢَ ﺍﻟﺴَّﺒِﻴْﻞُ
Jika benar kemauannya niscaya terbukalah jalannya

30. ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣَﻦْ ﺩُﻭْﻧَﻚَ ﻓَﻠِﻜُﻞِّ ﺷَﻴْﺊٍ ﻣَﺰِﻳَّﺔٌ
Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, kerana segala sesuatu itu mempunyai kelebihan

31. ﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻧَﻔْﺴَﻚَ ﻳَﺼْﻠُﺢْ ﻟَﻚَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ
Perbaikilah dirimu sendiri, nescaya orang-orang lain akan baik padamu

32. ﻓَﻜِّﺮْ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﺰِﻡَ
Berfikirlah dahulu sebelum kamu berkemahuan (berazam/merencanakan)

33. ﻣَﻦْ ﻋَﺮَﻑَ ﺑُﻌْﺪَ ﺍﻟﺴَّﻔَﺮِ ﺍِﺳْﺘَﻌَﺪَّ
Barang siapa tahu jauhnya perjalanan, bersiap-siaplah ia

34. ﻣَﻦْ ﺣَﻔَﺮَ ﺣُﻔْﺮَﺓً ﻭَﻗَﻊَ ﻓِﻴْﻬَﺎ
Barang siapa menggali lubang, akan terperosoklah ia di dalamnya

35. ﻋَﺪُﻭٌّ ﻋَﺎﻗِﻞٌ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺻَﺪِﻳْﻖٍ ﺟَﺎﻫِﻞٍ
Musuh yang pandai, lebih baik daripada teman yang bodoh

36. ﻣَﻦْ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺣْﺴَﺎﻧُﻪُ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧُﻪُ
Barang siapa banyak perbuatan baiknya, banyak pulalah temannya

37. ﺍِﺟْﻬَﺪْ ﻭَﻻَ ﺗَﻜْﺴَﻞْ ﻭَﻻَ ﺗَﻚُ ﻏَﺎﻓِﻼً ﻓَﻨَﺪَﺍﻣَﺔُ ﺍﻟﻌُﻘْﺒﻰَ ﻟِﻤَﻦْ ﻳَﺘَﻜﺎَﺳَﻞُ
Bersungguh-sungguhlah dan jangan bermala-malas dan
jangan pula lengah, kerana penyesalan itu bagi orang yang bermalas-malas

38. ﻻَ ﺗُﺆَﺧِّﺮْ ﻋَﻤَﻠَﻚَ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻐَﺪِ ﻣَﺎ ﺗَﻘْﺪِﺭُ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﻤَﻠَﻪُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡَ
Janganlah mengakhirkan pekerjaanmu hingga esok hari,
yang kamu dapat mengejrakannya hari ini

39. ﺍُﺗْﺮُﻙِ ﺍﻟﺸَّﺮَّ ﻳَﺘْﺮُﻛْﻚَ
Tinggalkanlah kejahatan, niscaya ia (kejahatan itu) akan meninggalkanmu


23 November 2015

Budak kecik dua orang ni berjaya lagi pujuk dan melembutkan hati tokma diorang. Banyak kali duk ulang dekat tok ma dia nak patung arnab. Entah tertengok kartun apa dalam tv ni tak tahu la

Kalau ikutkan abuya memang tak nak beli lagi , sebab baru sangat je beli mainan. Kadang-kadang beli , main sejam dua je dah bosan, kadang-kadang hancur. Itulah kan , kanak-kanak namanya

Tokma pula baik hati. Lembut dan pemurah. Mana boleh dengar pujuk rayu budak-budak ni. Cair woo. Lagi kan pula dengan cucu cicit. Memang tak berkira langsung. Tak sempat lagi budak-budak balik Taska haa dah siap beli dua ekor arnab ni. Terima kasih tok ma

Makin bertambah koleksi teddy bear , rabbit , upin ipin , panda budak-budak ni. Meriah sunggguh. Murah rezeki diorang


dua ekor arnab comel
dua ekor arnab comel

minggu lepas baru je dapat ni
minggu lepas baru je dapat ni

22 November 2015

CEGAH KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI

Atasi Masalah Kolesterol Secara Semula Jadi  dengan FITOSTEROL

Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi

Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia. Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah :


1. Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’. 

2. Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan

Oleh yang demikian, bagi melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah

Walaupun paras kolesterol darah anda tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya demi melindungi kesihatan anda :

1- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut air. 

2- Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap.

3- Kurangkan berat badan berlebihan.


Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semula jadi


Memperkenalkan PHYTOCOL-STTM Shaklee 

CEGAH KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI
CEGAH KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI

Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari

PHYTOCOL-STTM Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL

Keistimewaan PHYTOCOL :

1-Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin

2- Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari

3- Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian.

4-Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

5- Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 2011

Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol: 
- makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol
- bersenam
- kurangkan berat badan
- ambil lebih banyak serat larut air
- amalkan pengambilan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari

Bagaimana Fitosterol bertindak? 

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus

Ini bermakna bahawa semakin banyak Fitosterol yang anda ambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda

Bertindak Bijaklah Hari Ini, secara Semula Jadi!


Allah Maha Penyembuh

INFO LANJUT :
HOTLINE : 013 976 1627
emeil : alluana35@yahoo.com

21 November 2015

Bulan November , genap la sudah setahun menceburkan diri dalam arena blog. Asalnya memang nak pasarkan dan promosikan Shaklee sahaja secara besar-besaran serta menyahut cabaran Master Laila dalam menyiapkan 1 entri 1 hari. Tapi mesti korang boring kan asyik cerita shaklee sana sini dan akhirnya niche di ubah sedikit , walaupun masih bershaklee. Shaklee pun my passion ok!

Awal kemunculan dulu sangat tidak termotivasi untuk update. Follower pun 2 - 3 bulan pertama hanya ada 4 orang. Lama sikit baru bertambah 13 orang. Sedih amat. Segala-galanya berubah 360% setelah berjumpa exchange feed group dan kelab blogger ben ashaari. Terima kasih

Ok la. Aku tak pandai sangat nak berbicara fasal trafik. Almaklumlah , masih hijau. Yang aku tahu kitorang dalam #EFGKBBA sentiasa termotivasi dan terinspirasi untuk sentiasa menarik minat pembaca dan melaporkan unique visitors tanda pencapaian setiap hari

Ini satu lagi hal. Pernah uv aku hanya 11, 17 , 20 , paling banyak pun 88. Ada la sekali tu 200 lebih. Jangan terkejut , 0 pun selalu saje. Frust sangat time tu

Alhamduliah sejak dua tiga menjak ni uv dah agak stabil. Tak ada la sampai berpuluh ribu macam otai. Tapi cukup menggambarkan kepuasan. Apatah lagi ada orang yang emeil memberi respon positif tentang blog yang tak seberapa ni ha. 

UV (daily) tertinggi yang diraih sejak berblogging setahun yang lalu ialah pada 16 dan 17 November 2015. Jumlah uv 1533 dan 2070. Pertama kali dapat 2 ribu ni

Alaaa jangan la bandingkan dengan otai, ok. Sekurang-kurangnya uv hari itu sudah cukup untuk beat kc dan yb shehan serta boleh menghampiri cik lisa, kak eny chef kek dan achik dalam #efgkbba untuk hari itu. Berangan sekejap , hehe. Jangan marah

Entri paling meletup untuk 2 hari itu tentulah carian dan semakan keputusan UPSR. Ha korang suruh dedahkan rahsia kan , itu la rahsianya

Ala lepas ni ada yang cakap entri pancing , entri bermusim , gila trafik bla bla bla bla

Ye, mungkin la nampak macam entri bermusim, kan. Tapi tak salah entri UPSR aku tu sebab tajuk jelas (tiada double meaning) , masih menyalurkan maklumat yang betul dan tepat yang orang cari. Lagi pun UPSR masih dalam ruang lingkup lifestyle aku seorang cikgu berkaliber , berwibawa dan komitmen tinggi. Tak gitu? Masih terlebih bermanfaat instead of entri hiburan sana sini entah apa apa atau so called kpop

Aku bukan selitkan tarikh dan cara semak upsr sahaja, ada juga maklumat penting tentang format upsr tahun depan yang mungkin di cari-cari ibu bapa selama ini


UV TERTINGGI SEJAK BLOGGING
UV TERTINGGI SEJAK BLOGGING

Terima kasih semua kerana berkunjung ke bahejabella.com

Selamat membaca

BAHASA ARAB MUDAH TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS


أهم عبارات وكلمات اللغة الانجليزيه للمحادثه 

( UNGKAPAN-UNGKAPAN PENTING DAN PERKATAAN-PERKATAAN 

BAHASA INGGERIS UNTUK PERBUALAN)



          عبارات النداء و المخاطبة 
( UNGKAPAN PANGGIL KATA GANTI NAMA )

ياسيد
Mr

ياحرم السيد
Mrs

يا انسه
Miss

ياسيدي
Sir

ياسيدتي
Madam

يا انسه
Miss



 ( ياسيدي الرئيس ) / ( بالنسبه للهيئات )
Mr.President

(ياسيدي الرئيس) / (بالنسبه للمجالس واللجان)
Mr.Chairman

(ياعزيزي )  /  (ياعزيزتي)
Darling / Dear /Dearest

(ياحبيبي) /  (ياحبيبتي)
Honey/Love/Sweetheart 

(ياصغيرتي) /  (يافتاتي)
Baby

يا امي) / (يامام)ا)
Mother, Mama , Mom

(يا ابي) / (يابابا)
Father, Daddy , Dad

(يا زميلي)   (يا صديقي)
My friend


تحيات 
GREETINGS 

صباح الخير , ياسيدي
Good morning, sir


مساء الخير , ياسيدتي
Good afternoon, madam


مساء الخير , يا انسه
Good evening, miss


طاب يومكم , ياساده
Good day, gentlemen

طاب يومك
Good day

ارجو لك وقتا ممتعا
 Have a nice time


طابت ليلتك , ياعزيزتي
Good night, dear


انتهى اليوم . فلنقل طابت ليلتكم
Today is over, Let us say good night

(ارجو لكم نوما هادئا ) /  (تصبحون على خير)
 Sleep well

ارجو لك احلاما سعيده
Sweet dreams


اهلا
Hello

اهلا بصديق العمر العزيز
Hello, my dear old friend

اهلا , حبيبتي
 Hello, sweetheart

اهلا , حبيبتي
 Hey, sweetie

اهلا , عزيزي
Hello, darling



الى اللقاء
See you later / To see you / Be seeing you

الى اللقاء قريبا
I,ll be seeing you before long

(في رعايه الله ) /  (مع السلامه)
 Good bye

وانت في رعايته
 Good bye

في حفظ الله
Allah be with you

وداعا
Farewell

حظ سعيد ! اتمنى لك كل خير
Good luck ! All the best

في رعايه الله
Keep well



(عيد ميلاد سعيد)
Happy birthday

(اعاده الله عليك بالسعاده ! (كل عام وانتم بخير
Many happy returns of the day

عام جديد سعيد
A Happy New Year



الشكر THANKS 


شكرا
 Thanks

شكراجزيلا
Thanks, very much 

شكرا كثيرا
 Thanks a lot

شكرا كثيرا جدا
Very many thanks 

اشكرك
Thank you

اشكرك كثيرا جدا.
.Thank you very much

اشكرك كثيرا جدا
Thank you so much

عظيم شكري وتقديري
 Highly appreciated


(للرد على الشكر)UCAPAN BALAS TERIMA KASIH


عفوا
Sama-sama / You're welcome / Not at all

العفو
Pray don,t mention it

العفو
That,s all right

مرحبا بك جدا
You are most welcome

مرحبا بك
You are welcome

مرحبا
Welcome

انه ليسرني
It, s a pleasure

ما أكرمك
How kind of you

اشكرك كثيرا جدا . منتهى الكرم
Oh, thank you. That,s very kind of you

شكرا ! انه لكرم منك عظيم.
Thank you very much. It was most kind of you 

اني شاكر لك جدا
 I,m very grateful to you

اني عاجز عن الشكر
I don,t know how to thank you

شكرا لله
 Thank Allah

حمدا لله
Thank goodness


الاعتذار APOLOGIES 


اني اسف جدا
I,m so sorry

اسف جدا , يا أنستي
 So sorry, miss

اسف
Sorry

اسف جدا
 Awfully sorry

معذرة
Pardon me

معذرة
 I beg your pardon

اقدم اعتذاري
 I do apologize

معذرة , يا سيدتي
 My apology, madam


سامحني
Forgive me


( للرد على الاعتذار ) 

JAWAPAN BALAS UCAPAN MINTA MAAF


عفوا - العفو - ابدا - اطلاقا
Not at all

عفوا
It,s all right

لقد حدث خيرا
No harm done

حصل خير
There is no harm done

لاشيء
 It,s nothing

لايهم
It doesn,t matter

لايهم اطلاقا
It doesn,t matter a bit

لاتهتم - ولايهمك - لاتشيل هم
Oh, don,t bother about me

(لاتهتم) /  ( نفس معنى الجمله السابقه )
Oh, never mind 

لا داعي للاعتذار
No apology is needed

اني اسف جدا
Oh, I,m so sorry

اوووه انني لم اقصد ذالك
Oh, i didn,t mean it


اووووه انني لم اقصد ايذائك
Oh, i didn,t mean to hurt you

(لقد حدث خيرا ) / (الرد المهذب)
It,s all right

الاستئذان
ASKING PERMISSION


اسمح لي , من فضلك .
Permit me, if you please

اسمح لي
Allow me

أتاذن لي ؟ أتسمح لي ؟
May I ?

أتسمح لي بأن ؟
May I?

أتسمح لي بأن ؟
Might I?

هل لي أن ..... ؟
Shall I?

...!بالتأكيد
 Certainly

مؤكد
 Sure

بكل تأكيد
By all means

طبعا
Of course

تفضل
Yes , Please do

بكل سرور
With pleasure 

ألديك مانع ان كنت ..... ؟
Do you mind if I ....

لا طبعا
Of course not

ابدا , اطلاقا
Not at all

ابدا
Not in the least

أتسمح لي بالدخول ؟
May I come in..?


أتسمحو لي بالانضمام اليكم ؟ . . . . . . . . . . ؟
May I join you

بكل سرور . . . . . . . . . . With pleasure

تفضل . . . . . . . . . . Please do 

التحذير 

CAUTION 


!......احترس
Take care / Look out

احترس
Take care of yourself

احترس
Watch your step


.......احذر من
Beware of.....

احذر ما أنت مقدم عليه
Mind what you are up to

احذر ما أنت مقدم عليه
Mind what you are doing


..........احذر وانتبه قبل ان تقدم على
Look before you leap

تريث حتى تتبين الأمر
Wait and see

........فكر مرتين قبل
 Think twice before

أني احذرك
I,m warning you

لقد حذرت
You have been warned

أني احذرك من الخطر
I warn you of the danger



لا تقل أني لم أحذرك
Don,t say I didn,t warn you

لا تتحداني . أني احذرك
Don,t defy me. I warn you

لا تتمادى . أني احذرك
Don,t go too far. I,m warning you

أياك ان تفعل ذالك مره ثانيه . هذا اخر انذار لك
Don,t you ever do that again. This is my last word

(اللوم) / ( العتاب ) 

BLAME 


انك ملوم
You,re to blame

انك ملوم جدا
 You,re very much to blame

(انك مخطيء  )  / ( انك مسئول عن ذالك )
It,s your fault

(انك لمخطيء جدا) / ( انك مسئول وحدك عن ذالك )
It,s all your fault

ستكون الملوم وحدك ان
It will be all your fault if

لا تضع كل اللوم علي
Oh, don,t put all the blame on me

لا تلمني
Don,t hold it against me

أني لم ارتكب خطأ
I,ve done nothing wrong

لا تتلمس لي الخطأ
Don,t find fault with me

لماذا تلومني ؟
Why pick on me

أني اسف جدا
 I,m awfully






Selamat Beramal...!

09 November 2015

Antara cara mudah nak ukur , nak ketahui BMI (body mass index - berat badan ideal) ialah dengan menggunakan jari

Ya , jari. Sebenarnya dulu-dulu, mak kita pernah bagitahu hal ni. Semalam terjumpa gambar cara mudah nak ketahui BMI (dalam bahasa lainnya , ketahui kurus atau gemuk). Terus teringatkan cerita mak dulu kala

Rasanya korang pun dah tahu kan. Senang saje , buat ukur lilit pergelangan lengan dengan jari telunjuk dan ibu jari. Kalau boleh bertemu kedua-dua jari tersebut , alamatnya kurus la tu dan tak gemuk. Kalau tak bertemu antara dua jari tersebut , alamatnya sendiri mahu ingat la

CARA MUDAH UKUR BMI
CARA MUDAH UKUR BMI

saya sudah , anda bagaimana
Saya sudah , anda bagaimana

Kita baru je test buat. Tapi tak boleh la reveal ukurannya. Lagipun tengah ukur , mana cukup tangan nak snap gambar, kan. Ok tak alasan selamatkan diri. Selamat mencuba



08 November 2015


TAHNIAH (in advance) diucapkan untuk adik adik yang bakal cemerlang dapat 5A ( In sya Allah ) dalam UPSR nanti. Ucap awal-awal takut nanti sibuk, tak sempat ucap. 12 tahun hidup , tempoh tujuh hingga lapan tahun masuk alam persekolahan , memang berbaloi dan berhasil dan dapat membanggakan ibu bapa , guru - guru serta menjadi bualan kebanggaan orang kampung, kan. Kita dah rasainya dulu kala dik. Zaman tu tak ada so called smartphone. Kita telefon mak kita bagitahu berita gembira dengan public phone saje , tu pun nak kena beratur panjang sebelum dapat call mak. 

Adik-adik yang tak dapat 5A tak mengapa , usah berputus asa, it's NOT the end of the world. Hidup belum berakhir lagi kan, baru 12 tahun , nak harungi hidup , panjang lagi dik oiii ( kalau tak ajal awal )..macam-macam cabaran berat lagi nak hadap dik..Saya dulu pun tak mampu dapat 5A... tapi straight A gak laa sebab kita batch yang terakhir yang wajib ambil hanya 4 sahaja subjek UPSR

Adik-adik , dapat 5A, kemudian PMR , SPM , masuk universiti , dapat kerja bagus bagus, itu stigma lapuk antara dua darjat. Kerja pegawai , kemeja kancing penuh dari leher sampai tangan , pakai necktie , kilat kasut crocodile , tali pinggang bonia , beli kereta buat loan , rumah buat loan - tu bukan segala galanya dik

Saya ada je tengok orang bangsa lain , tak kerja makan gaji pun , pakai baju pagoda , naik basikal buruk... tapi duit banyak gak..bebas hutang , tak eksyen... he he.. kerja makan gaji ada yang bahagia , bukan sedikit juga yang kurang bahagia dik ,, loan paras hidung , tapi nak bergaya taknak kalah..kan..

5A bukan segala-galanya dalam hidup.. Nak kahwin, nak sara anak orang pun tak boleh dengan 5A .. sahaja kan? adik , kejayaan lebih besar dan bermakna bila kenal Allah.. rasa berTuhan , hidup berTuhan...Hidup baru nak bermula dik... nak masuk alam remaja , jiwa mudah memberontak , apa yang dihalang , itulah yang rasa nak buat , nak masuk dewasa pulak nanti darah muda , adik kalau salah pilih jalan  gelap masa depan...! Nauzubillah

Jaga akhlakmu dik, jaga solat , jaga mak ayahmu. Belajar bangkit dari putus asa , biar jatuh bangun itu jadi rencah hidup yang akhirnya membuah manis ,ilmu ni tak ada kat mana-mana universiti pun.. Kita kena tempuh sendiri dik.. masam manis tawar masin hidupmu

Belajar kenal diri dik , kenal Allah. Serah diri , gantung kehidupanmu dengan Allah ,, In sya Allah , selamat dunia , selamat akhirat... In sya Allah , apa pun berlaku dalam hidup , adik redha dan syukur.

Kalau adik nak tebus kehampaan tak dapat 5A , jika ukuran pencapaian peperiksaan yang menjadi nilainya , adik tebus masa PT3 & SPM nanti.. pulun habis-habis , kalau mahu , dah boleh start makan omega guard omega pintar 

Kepada mak-mak , ayah-ayah , guru-guru , pembuat dasar and to whom it may concern , anak-anak bukan kuda tunggangan , bukan kuda lumba yang ditonton pertandingan siapa paling deras , bukan di didik macam naik kuda lumba

Jangan suruh anak-anak berlumba deras sahaja , 5A , 9A , 20 A... jiwa kosong tandus mereka kena sumbat juga , sumbat dengan Tauhid...!! jaga Allah , Allah jaga kamu..!


Tiadalah berpesan orang yang menulis melainkan pesan untuk diriku sendiri juga.. Moga terpelihara hendaknya.

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN