09 July 2015


Parodi dari baheja , selamat menonton!



RESIPI BERBUKA PUASA PALING MUDAH

3 KETUL AYAM BEREMPAH DAN SAMBAL KICAP BAWANG

ayam diperap
ayam diperap

BAHAN PERAPAN :


Bawang besar 
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup (segar)
Serai
Jintan manis
Ketumbar
Sedikit (sahaja) lada hitam
Gula dan garam secukup rasa

Blend kesemuanya dan perap la 3 ketul ayam dengan bahan perapan tersebut lebih kurang satu jam sebelum berbuka. Dah dekat berbuka , pukul 7 macam tu, goreng saja, hidang dengan penuh kasih sayang dan makan panas-panas semasa berbuka. Anak aku panggil peha ayam ni ayam upin ipin

ayam berempah telah digoreng
ayam berempah telah di goreng


SAMBAL KICAP


samba kicap
sambal kicap

Satu lagi resipi berbuka puas paling mudah ialah sambal kicap. Sesuai dimakan bersama ayam berempah itu. Dulu mak selalu buat ni. Paling stail , makan dengan ikan bawal goreng atau ikan bakar. Sambal kicap ni legend sangat kan. Senang saja bahan dan caranya , kicap manis , masukkan bawang merah (dihiris) , cili api ( tapi hari tu ada cili merah je dalam peti, pun boleh ) , sedikit madu , sedikit perahan limau. Siap


Selamat berbuka puasa

EMOSI ANAK YANG TERCEDERA

Bila anak kau kerap berak dan kencing , kau marah. Kau kena cuci dan basuhkan dia banyak kali. Bila anak kau kencing di lantai , kau marah . Bila anak kau kencing dan berak bocor sampai terkena seluar baju dia , kau marah. Paling sadis lagi sampai terkena baju seluar kau. Kau melenting geram

Nanti bila kau tua nyanyuk , kau berak merata , kau berak kencing dalam kain batik , masa tu tak ada siapa anak kau nak layan kau. Kau pun kena pakai lampin orang tua. Anak kau berat hati nak basuh kencing berak kau. Sadis lagi , anak kau biarkan kau macam tu saja , mengengsot sendiri ke bilik air , basuh dan mandi sendiri

Bila anak kau pecahkan gelas , pinggan dan mangkuk kesayangan kau . Kau melenting macam orang gila , macam sayang pinggan lebih dari sayang anak

Nanti bila kau tua , masa kau kehilangan deria rasa. Nak pegang gelas sebiji pun terketar-ketar , gelas jatuh dan pecah. Anak kau marah kau. Anak kau melenting kat kau. Itu gelas kesayangan dia beli di Langkawi. Senang-senang je kau nak pecahkan

Anak kau nak bersembang bercerita dengan kau. Anak kau nak suruh buat susu. Kau buat tak layan dia , kau sibuk main smartphone. Anak kau buat-buat menangis , dia sebenarnya nak perhatian , nak kau menyahut , melayan membelai dia. Kau 24 jam sibuk dengan smartphone

Nanti bila kau tua , wajah pun kedut seribu , cucu-cucu kau kurang bermain-main dengan kau. Kau nak bercerita , bersembang dengan anak kau . Anak kau sibuk dengan telefon yang entah macam mana lebih canggih lagi zaman itu. Kau diabaikan , terpinggir , duduk dalam bilik sorang-sorang

Kau stress bila anak kau buas dan nakal tak reti nak duduk diam. Kau cubit dia dan membebel

Nanti bila kau tua , ragam tua kau macam-macam. Nak itu nak ini . Anak kau membebel kat kau tiga hari tiga malam. Bagi dia , kau hanya menyusahkan hidupnya

Bila kau dodoikan anak kau malam-malam sebelum tidur , anak kau susah nak tidur , masih nak main-main, nak meragam, kau marah anak kau, suruh tidur cepat , kau cakap kau mengantuk , tak larat nak melayan , kau kata esok hari banyak kerja

Nanti bila kau tua , sakit tenat menunggu mati , anak kau cakap kat kau : " cepatlah ayah mati , orang penat lah , dah lah banyak kerja nak buat, menyusahkan betul ayah ni.."
Kalau dia tak cakap depan kau , dia cakap belakang kau , kalau dia tak cakap belakang kau , dia cakap dalam hati

Bila anak kau tidur , kau cakap lega dan aman dunia

Nanti bila kau mati sakit tua , anak kau cakap kat dirinya sendiri , aman hidup , lepas azab

Jadilah yang membahagiakan. In sya Allah kau akan dibahagiakan.  Langit tak selalu cerah , matahari tak selalu bersinar. Bak katanya orang jawa, what goes around , comes around. what you give , you get back, what goes up must come down


Suburkan bahagia!

Satira 11 pagi , 22 Ramadhan

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu