RESIPI BUBUR JAGUNG DURIAN

RESIPI BUBUR JAGUNG DURIAN

Salam 10 akhir Ramadan. Selamat beriktikaf bagi yang beriktikaf. Selamat marathon berpesta ibadah sebelum bulan pesta ini melabuhkn tirainya. Buat mak-mak yang tengah pening nak buat juadah apa nanti aaajommmm try bubur jagung durian. Buat biar pekat sikit barulah bubur jagung durian ada 'kick'

RESIPI BUBUR JAGUNG DURIAN





Bahan-Bahan:

5 batang jagung (terpulanglah besar mane periuk nak masak tu haa). Jagung dari kebun atau dijual di tepi jalan. Real jagung bukan jagung segera supermarket.. Barulah asli. Hiris isinya

Durian

Setengah cawan gula 

1-2 keping gula melaka

Garam secukup rasa

Santan pekat satu paket 
(lebih kurang dua cawan)

Santan cair - satu cawan

Biji sagu - semangkuk kecil sudah

Daun pandan




Cara Masak Bubur Jagung Durian

(pejam mata jer nak buat ni kan)

1. Masukkan ke dalam periuk :

 santan cair
daun pandan 
semua isi jagung 

masak dengan api perlahan sehingga mendidih

2. Masukkan santan pekat, gula melaka, gula, garam dan sagu .

3. Masukkan durian

Kacau lagi perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Sentiasa kacau ye, nanti santan berketul-ketul

Tahap manis mengikut kehendak masing-masing


bubur jagung versi masukkan telur

bubur jagung sagu versi orang bagi


Selamat Memasak


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com