12 November 2016

Anak sedang growing up biasalah kalau tak boleh duduk diam. Walaupun aktif tu bagus untuk perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak, ia mencabar jugak dan agak menguji kesabaran kalau nak jalan ke mana-mana

Salah satu tempat yang nak sangat anak kita jadi behave ialah di kedai makan. Malu la kan kat orang ramai tengok anak kita bising. Bising sikit-sikit ok lagi, kalau annoying kacau orang, gaduh, jalan atas kerusi sofa kedai tu main pakai kasut je, menangis sampai seluruh restoran dengar ... hurmm mati kutu gak tu kan nak pikior macam mana nak buat. Takkan memanjang jer nak bagi gajet.. kihkih..

2 hari lepas kitorang pergi makan di kopitiam favourite abuya di Kuala Terengganu ni, Pappa Rich. Abuya suka sangat menu kat situ dan Pappa Rich duduk carta nombor satu kopitiam terbaik kat sini..bagi abuya la.. highly recommended.. hehe


Kitorang order mee kari dan nasi goreng kampung special, ada sate , telur dan kepak ayam. Menu ada sedikit perubahan. Katalog menu pun dah baharu sejak pasca bajet. Paling ketara sekali cendol kegemaran aku dah jadi makin kecil portion.. ada menu yang telah ditiadakan dan digantikan dengan nasi ayam. Baheja ni suka sangat laa nasi ayam tu.. memang nasi ayam la yang diorang makan time tu

wajib order , cendol dan sagu gula melaka.. the best in town


Ini tipsnya nak bagi budak-budak ni diam. Beli buku. Buku murah-murah je. Buku tulis, warna dan sticker. Kebetulan sebelum masuk Pappa Rich tu, abuya masuk kedai buku nak beli buku sikit, belikan la diorang skali. Ini akan membuatkan tahap tidak duduk diam diorang tu menurun sehingga 80%.. Jadi, tempoh selesai order dan menunggu makanan sampai, banyak tumpuan diberikan untuk buku baharu diorang tu.. 


Ini anak abuya la,anak orang lain tak tahula macam mana gayanya. Bagi apa yang diorang minat (selain gajet). Tak semestinya kena membeli. Bawak buku dari rumah pun ok. Tapi biasanya budak-budak ni suka benda baharu. Kena la cari alternatif mengeluarkan sedikit kos di musim harga minyak naik. Kalau taknak kos, bawak jer mainan dari rumah tu. Itupun kalau diorang dah tak boring..hehe



Ni gambar tahun lepas. Nasi lemak Pappa Rich. Sepatutnya pergi Pappa Rich nak order nasi lemak ni, tapi dah kehabisan la pulak. Terpaksa la try menu lain. Esok baru diet... diet la sangat

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN