28 April 2016

HARGA RUNTUH VITA C , OMEGA GUARD DAN VIVIX

Hujung April. Gaji pun dah masuk kan. Mari cuci mata sikit 3 item promo berkembar yang bakal berakhir tak lama lagi ni. Haa , siapa yang terlepas peluang terutamanya vivix twin promo tu , lepas ni tak tahu la bila lagi akan ada promosi harga runtuh menjunam-junam macam sekarang ni. Dah hampir setahun sebenarnya promo vivix berkembar tu bersempena ulangtahun sambutan 100 tahun shaklee. Desas desus kuat mengatakan promo vivix berkembar ini bakal berakhir 30 April ini. Jangan lepaskan peluang keemasan begitu sahaja ya
VITA C , OMEGA , VIVIX
3 Item itu ialah Vita C Plus , Omega Guard dan Vivix

HARGA VITA C SHAKLEE

Untuk harga biasa pada bulan-bulan biasa , harga runcit sebotol Vita C Plus ialah RM 92.50. Harga untuk 2 botol ialah RM 185.00. Harga runtuh pula setelah diskaun 5% untuk 2 botol ialah RM 175.75. Ini baru harga runcit. Kalau harga ahli...... harga saya untuk anda? jeng... jeng.. jenggg..... kena whatsapp saya la

TESTIMONI VITA C SHAKLEE

Banyak testimoni vita c shaklee yang di war-warkan. Paling menonjol ialah wajah-wajah pengguna tegar yang dulu katanya mendung kembali cerah , licin dan  sihat. Google sekarang!




HARGA OMEGA GUARD

Harga runcit bagi sebotol Omega Guard pada bulan lain ialah RM 136.00. Harga untuk 2 botol pula RM 272.00 dan harga runtuh selepas diskaun 5% ialah RM 258.40. Macam biasalah itu harga runcit. Harga istimewa saya...? Cer teka....

TESTIMONI OMEGA GUARD

antaranya ialah :






Omega Guard membantu menurunkan paras kolesterol


Info Omega Guard

HARGA VIVIX

Vivix inilah satu item shaklee yang paling menjadi kegemaran saya. Walaupun harganya sangat eksklusif , tapi demi menjaga kesihatan sejak umur muda sekarang ni , saya tetap pilih vivix. Harga runcit untuk satu botol vivix ialah RM 475.00 dan RM 950.00 untuk 2 botol. Jika anda membeli vivix promosi twin pack ini , anda akan mendapat diskaun 5% harga runtuh iaitu RM 902.50

Bukan itu sahaja , anda juga akan dapat KEAHLIAN PERCUMA dan BONUS terus dikreditkan ke akaun anda. Super jimat! Lepas dah dapat keahlian pecuma , terpulanglah sama ada nak buat bisnes shaklee atau pun tidak , tiada paksaan pun. 

TESTIMONI VIVIX

Banyak cerita vivix dalam bahejabella.com ni. Jom tengok DISINI . In sya Allah , anda teruja. Antara lain testimoni dan manfaat vivix yang dikongsikan ramai orang ialah :








Allah Maha Menyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


INFO LANJUT :-

FB : Muhammad Nizam

HOTLINE :  013-976-1627
emeil : alluana35@gmail.com

17 April 2016

Sejak dua menjak  atau lebih tepat lagi sejak tour Dr Zakir Naik di Terengganu baru-baru ini , ramai pula yang bermain isu retorik , perkara ulangan saban musim walaupun ia sebenarnya telah diputuskan oleh Ulama iaitu "Dimana Allah? " 

Kita tak berasa ralat sangat apabila perbincangan hanya berlegar dalam kalangan Ulama yang berautoriti , berkeahlian dan murabbi. Hujjah ilmu dibalas hujjah dengan penuh adab sopan dan berlapang dada. Bukan hujjah dibalas hawa nafsu. Apatah lagi jika persoalan" dimana Allah" itu ditanya sekadar untuk nak menguji

Kesal sekali bila orang awam turut mengambil bahagian dalam hal "dimana Allah" itu. Sana sini posting media sosial. Semua orang nak bercakap, bercakap dan bercakap. Sedih sekali apabila orang-orang yang baru nak menuntut ilmu bagai sudah lupa diri dan gopoh dengan mengatakan "mengikut pendapat saya" . Amboiii , baru belajar 2 - 3 purnama ,sudah boleh nak ijtihad hukum ye?

Biarkan saja Ulama yang membahaskan perkara itu. Serahkan sahaja kepada mereka. Khilaf antara mereka itu rahmah. Khilaf mereka dengan ilmu. Jika terkhilaf ijtihad mereka sekali pun , mereka masih beroleh pahala , In sya Allah

Cuba tanya pada diri sendiri? Percaya atau tidak , nyawa itu wujud? Kalau nyawa itu wujud , dimana letaknya nyawa? Cuba tunjuk!

Haa, setakat nyawa pun tak tahu nak tunjuk kat mana letaknya , tak payah la nak tahu sangat Allah duduk di mana. Kalau tahu sekalipun , nak pergi cari ke? Cukuplah mengimani bahawa Allah itu tidak sesekali menyamai makhluk , tiada bertempat, tiada berlokasi , tiada berarah (jihah) dan tiada pula bergraviti!

Yang penting , muhasabah diri dimana kedudukan kita di sisi Allah dan dimana Allah dalam hati kita?

untuk aku dan untuk kamu sekali la

13 April 2016

Isu program ceramah Dr Zakir Naik yang cuba dihalang oleh pihak tertentu sudah selesai dan kini telah pun dibenarkan semula untuk berprogram

Pro dan Kontra

Kemasyhuran Dr Zakir Naik yang dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada 2013 ini memang tidak disangkal lagi. Jasa dan sumbangan beliau mengIslamkan sekalian banyak orang adalah terpuji dan disanjungi. Kepetahan berhujjah dan mempunyai aqalan yang tinggi sangat dikagumi

Namun kemasyhuran dan karisma kepetahan hujjah beliau disusuli dan diselami pula dengan beberapa siri kontroversi dan khilaf pegangan beliau

Kemasyhuran sepatutnya tidak membuatkan kita membenarkan segala-galanya. Ya , beliau hebat dan mempunyai kepakaran dalam bidang perbandingan agama. Itu core business beliau. Maka tidaklah patut sebenarnya jika orang awam nak bertanyakan soalan-soalan feqah kepada beliau untuk mendapatkn jawapan. Lebih-lebih lagi soalan-soalan atau masalah feqah yang dalam-dalam yang telah lama diselesaikan oleh Imam 4 Mazhab kita dan disepakati para ulama


Isu Soalan Yuran Mahal Oleh Pelajar Medic

Kalau lah soalan fiqh pun tidak disarankan disoal kepada Dr Zakir Naik , apatah lagi soalan remeh temeh seperti isu yuran mahal bidang perubatan itu. Apatah lagi jika ia hanya nak bermotifkan politik. Ia hanya membuang masa Dr Zakir Naik sahaja. Anda telah mencuri masa 20 minit hingga setengah jam untuk Dr Zakir melayan anda. Disitu bukan medannya anda nak menyoal begitu. Salah tempat tu dik! 

Buat adik bakal doktor yang menyoal dan rakan-rakan. Zaman belajar dulu , aku sezaman dengan ramai junior-junior medic. Mereka ini hampir mencecah 5 ke 6 ribu orang yang menuntut di beberapa universiti di beberapa cawangan daerah Cairo. Antaranya di Mansurah (ni tempat hani soraya belajar , yang nyanyi lagi hujung dunia tu) , Alexaderia , Ain Syams dan di Kaherah sendiri

Kami tinggal sebumbung, satu asrama , berukhuwwah , berjiran, berprogram dan beraktiviti. Saya saksi diorang sangat struggle belajar nak jadi doktor. Yuran? Ermmm bukan setakat 2.6B 3.6K dik , tapi mencecah puluhan dan ratusan ribu. Kalaupun majoriti ramai yang dapat tajaan dan subsidi , yuran masih lagi dikategorikan mahal

Hujjah Lawan Hujjah

Biar ulama yang mempunyai keahlian dan kepakaran berhujjah dengan Dr Zakir. Kamu yang baru belajar agama hanya di skrin laptop dan buku terjemahan sahaja duduk diam-diam lah. Tak payah nak join sekali menyesatkan tokoh ini. Biar hujjah lawan hujjah. Bukan hujjah lawan nafsu atau ugutan, halangan atau sekatan! Sikit-sikit ugut, sikit-sikit halang!

Dr Zakir Naik baru sebut berkemungkinan beribu tahun dahulu perkataan 'Brahma' yang dikatakan membawa maksud Creator dalam sesetengah agama lain itu merujuk kepada Allah Yang Maha Esa...

Tak semena-semena tetiba kamu pula yang nak melatah menyesatkan Dr Zakir yang kebanyakan hidupnya berkorban diri, harta dan jiwanya menyumbang untuk agama

Penggunaan bahasa mestilah berbeza seiring mengikut peredaran masa dan zaman. Biasala tu.

Cuba tilik balik Batu Bersurat yang dijumpai di Terengganu, bagaimana adanya penggunaan 'Dewata Mulia Raya' ?

Takkan kamu mahu sesatkan orang yang terdahulu pula ? Nak kata orang-orang awal yang bawa Islam di Terengganu tu sesat sebab guna perkataan 'Dewata Raya' ? Begitukah?

[ Isi kandungan Batu Bersurat ]

Muka pertama:

RASULULLAH dengan yang arwah santabi mereka Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Muka kedua:

Keluarga di Benua jauh kan Datang berikan.keempat orang berpiutang. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas. Kelima derma barang orang....(mar)dika. Jangan mengmbil tugas buat temasnya. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu. Seratus ratun jika merdeka beristeri. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan. Pinggang dihambalang dengan batu matikan. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Muka keempat:

..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.


Hahh? tak tercapai dek akal nak memahami bahasanya kan.. apatah lagi nak menyesat-nyesatkan...

Maaf , panjang pula bebelan aku

10 April 2016

كفى بالموت واعظا
kafa bilmauti wa 'idzon ( cukuplah kematian itu sebaik-baik pengajaran )

Post yang tertangguh. Dua bulan berturut-turut keluarga aku (sebelah mertua) menerima ujian hebat iaitu pada februari dan mac yang lalu. Kebetulan pula berlaku ketika cuti sekolah. Cuti bersempena tahun baharu cina dan cuti pertengahan penggal pertama persekolahan. Dua biras aku meninggal dunia selang sepurnama. Dua orang biras yang tinggal berjiran sahaja , atas tanah yang berhampiran dan dalam satu pagar yang sama. Dugaan hebat buat keluarga ipar aku yang mengalami ujian ini dan juga bagai tamparan yang sangat menguji keimanan buat ahli keluarga terdekat seluruhnya

Kematian yang datang tanpa disangka-sangka , tanpa kami bersedia dengan segala kemungkinan apabila hanya diketahui sakitnya di saat-saat akhir. Di saat-saat sakitnya sudah kritikal sampai tahap 4/5 mengikut ilmu perubatan manusia, kami ahli keluarga kuatkan semangat masih mengharapkan keajaiban jika mungkin akan berlaku. Apatah lagi dengan hadirnya khabar-khabar yang sedikit menenangkan hati bahawa adanya tanda-tanda positif

Namun benar ayat pengkhabaran Allah , ajal jika datang , tepat ketentuan masanya , tidak sedikit pun dilewatkan dan tidak sedikit pula diawalkan. Dua orang biras saya pergi jua menghadap Ilahi. Kepulangan yang abadi.

antara mesej-mesej akhir abang ipar saya ( ahmad amzad ) sebelum isterinya , Suriati (biras saya) 
meninggalkan dunia buat selama-lamanya untuk pulang menghadap Allah

biras saya yang kedua , Tolhah Taib (abang ah ) yang meninggal sebulan selepas 
arwah kak ti ( Suriati )



Semoga Allah merahmati kedua-duanya, mengampuni dosanya segala, mempermudahkan urusan alam barzakh , dilapangkan seluas-luasnya tempat kuburnya, diringankan hisab, dihitung amal ikhlas , ditempatkan bersama insan-insan pilihan Allah dan menjadikan anak mereka soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya

Sungguh, Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sungguh , ujian ini sangat menyentakkan hati dan jiwa-jiwa yang sedang ketiduran. Mereka sudah melalui satu fasa baharu hidup di dunia. Mereka satu langkah terkehadapan sedang menuju Sang Pencipta. Tiba nanti giliran kita pula yang masih bernyawa. Semoga mati kita dalam taubat. Mudah-mudahan mati kita dalam sempat. Sempat mohon ampun , sempat kembali jika jauh tersesat. Cukuplah kematian menjadi sebaik-baik pengajaran dan peringatan. Untuk aku dan untuk kamu sekali lah. Ameen


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN