bahejabella: 05/06/15

penyakit jantung pembunuh nombor satu
panyakit jantung pembunuh utama

Kita jalan , jantung jalan
Kita berlari , jantung jalan
Kita bersenam , jantung jalan
Kita bercakap , jantung jalan
Kita mandi , jantung jalan
Kita bekerja , jantung jalan
Kita berdiri , jantung jalan
Kita tidur , jantung jalan
Jantung tidur , kita jalan

FAKTA

1 daripada 3 kematian di Malaysia adalah disebabkan sakit jantung
1 darrpada 7 rakyat Malaysia menghidap barah
1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap diabetic ( darah tinggi dan kencing manis )

KOLESTEROL MEMBUNUH

1 hingga 3 orang dewasa mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi dalam badan.Kolesterol yang tinggi ini boleh menyebabkan masalah jantung. Serangan jantung  kadang-kadang atau kebanyakan berita yang kita dengar , yang pertama adalah yang terakhir ( maut )

Kolesterol dimiliki oleh setiap orang (setiap orang ye). Dan sakit jantung boleh menyerang tak kira faktor umur, tak kira muda atau tua, tak kira kurus atau gemuk, tak kira kita bersedia atau tidak, tak kira kita sempat bertaubat atau tidak.Seramnya.Ya Allah , akhiri hayat kami dengan sebaik-baik pengakhiran,husnul khatimah


contoh makanan berkolesterol tinggi
contoh makanan yang berkolesterol tinggi

JENIS KOLESTEROL

jenis kolesterol
LDL vs HDL

HDL ( Kolesterol baik )

Berfungsi mengangkut kolesterol keluar dari salur darah dan di bawa balik ke hati untuk disingkirkan dengan membersihkan salur darah

LDL  ( Kolesterol jahat )

Kolesterol jahat mengakibatkan pembentukan plak , menghalang dan memberhentikan pengaliran darah , mengakibatkan kerosakn arteri , penaykit jantung dan angin ahmar

Untuk melindungi penyakit jantung , kita semua mesti mempunyai paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah

6 MASALAH BAGI TUBUH YANG TERHASIL DARI KOLESTEROL

1) Sakit jantung
2) Angin ahmar
3) Penyakit hati
4) Diabetic
5) Tekanan darah tinggi
6) Sistem seksual terjejas.


6 masalah utama kolesterol
6 masalah utama akibat berkolesterol tinggi

PEMBEDAHAN  JANTUNG

Coronary Artery Bypass Graft (CABG)


pembedahan jantung
pembedahan jantung
Pembedahan jantung bypass sangat berisiko tinggi.Ia juga boleh mengakibatkan kematian. Semasa di dewan bedah. Pembedahan yang berlangsung.di mulakan dengan bedah bahagian tengah dada. Tahukah anda, doktor akan gergaji tulang di dada bahagian tengah untuk keluarkan jantung supaya boleh nampak untuk di bedah


pembedahan jantung
pembedahan jantung sedang berlangsung
Doktor akan buka tulang rangka pesakit.Seolah-olah buka pintu.Bayangkan tulang dipotong, kemudian di kapakkan. Ada sesuatu yang menahan (hold) supaya tulang sentiasa terbuka dan ternganga. Doktor akan mencari saluran darah yang tersumbat untuk digantikan dengan saluran darah baharu. Semasa proses bypass , jantung tidak boleh berdegup atau bergerak. Doktor akan menggantikan tugasan jantung ke mesin jantung ni


mesin jantung
mesin mengambil alih tugas jantung

Mesin sebesar ni adalah jantung buatan, untuk memastikan pesakit masih dapat menerima oksigen dan darah masih di pam. Bayangkan jantung yang Allah cipta kecil je, SubhanAllah, manusia buat mesin jantung punyalah besar
Untuk mendapatkan salur darah yang baru , doktor akan ambil dari sumber salur darah kaki atau tangan asalkan cukup tebal dan tidak tersumbat


salur darah dari tangan
salur darah dari tangan

salur darah kaki
salur darah dari kaki

Selepas selesai pembedahan , jantung akan di restart semula. Itu risiko tinggi semasa bypass. Ada orang tak mampu untuk direstart balik jantung asal. Jika orang tu terlampau tua atau lemah , susah nak tukar balik dari jantung mesin ke jantung normal. Saat itu lah risiko paling tinggi. Jikalau jantung normal tak dapat berfungsi , harapan hanya tinggal pada keajaiban dan kuasa Allah setelah sehabis daya usaha ikhtiar manusia

proses pembedahan jantung
proses pembedahan jantung

PHYTOCOL HALANG KOLESTEROL

( baca artikel , simptom dan fungsi cadangan nutrisi sayang jantung )



set jantung shaklee
cadangan nutrisi semulajadi untuk jantung sihat

PHYTOCOL  ( mengandungi 2000 mg fitosterol )

Lebih dari 80 kajian menunjukkan fitosterol membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol dalam salur darah. Fitosterol membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol. Disebabkan struktur fitosterol sama dengan kolesterol, jadi ia amatlah sesuai untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol dalam darah dan tubuh badan. Penurunan LDL kolesterol akan rendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 20% 

struktur fitosterol
struktur fitosterol

Fitosterol terhasil dari minyak tall yang didapati dari pokok pine

pokok pine
pokok pine

Fitosterol yang terdapat dalam phytocol akan berada di pintu tempat peyerapan kolesterol. Jadi kolesterol tidak akan diserap dan tidak boleh masuk ke dalam badan. Kajian menunjukkan oat beta glucan membantu turunkan kolesterol LDL sebnyak 5.5% dan membantu turunkan risiko penyakit jantung sebanyak 10%. Tentu kita selalu menonton iklan oat di tv kan.

Bagi fitosterol phytocol pula membantu turunkan kolesterol LDL sebanyak 10-15% dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%. Nampak perbezaan? Selalu kita dengar oat membantu menurunkan paras kolesterol tubuh. Dalam oat ada beta glucan. Tapi shaklee menggunakan fitosterol dari minyak tall. Minyak tall dari pokok pine yang mempunyai kepekatan fitosterol yg tinggi

Institut Kesihatan Kebangsaan menyarankan pengambilan 2000mg sehari fitosterol. Fitosterol juga turut membantu penyakit :-

1) Rheumatoid arthritis - serangan sendi 
2) Psoriasis and allergies , Regulasi Histamin -fitosterol bantu kurangkan gejala-gejala alahan
3) Kencing manis. - bantu rangsang penghasilan insulin, tingkatkan paras insulin
4) Terapeutik untuk penyakit Benign Prostatic Hyperplasia. - sakit orang lelaki iaitu pembesaran prostat yang berlaku kepada lelaki berumur 40 tahun keatas , susah nak buang air kecil , kerap buang air , tak boleh kawal kencing , kerap pergi ke toilet tapi buang air sikit jer. Phytocol membantu kurangkan simptom Benign Prostatic Hyperlasia 


bagaimana fitosterol berfungsi
bagaimana fiosterol berfungsi
Jika phytocol menghalang , beta glucan dari oat pula bertindak seperti dalam gambar sebelah kiri , beta glucan membiarkan dulu kolesterol (warna oren) masuk ke lapisan dinding badan , selepas di serap baru lah beta glucan ini menangkap dah buang kolesterol. Fitosterol berbeza. Fitosterol cuba menutup laluan dan tak bagi langsung kolesterol masuk

Perumpamaan mudah, seperti pencuri rumah kita :-
1) Beta glucan - bagi pencuri masuk amik barang-barang dulu baru kita tangkap
2) Fitosterol - sebelum pencuri nak masuk rumah, kita dah tangkap pencuri tu.Halang terus dia masuk rumah dan mencuri. So tiadalah berlaku kebinasaan. Setuju?

Untuk dapatkan fitosterol secukupnya , makanan-makanan ini perlu diambil

makanan bersamaan dengan kandungan fitosterol
Siapa sanggup makan 200 batang lobak atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato yang bersamaan 2000mg

Phytocol mengandungi 2000mg fitosterol , tiada perisa, pewarna, pemanis atau bahan awet. Dijamin halal, tiada lemak haiwan , semulajadi. Sangat membantu membersihkan darah dan halang penyerapan kolesterol dalam darah. Phytocol sebagai salah satu alternatif menjaga kesihatan jantung. Bukanlah satu-satunya cara atau paksaan menerima fakta-fakta yang diberi. Selagi ada usaha dan kesungguhan ikhtiar, amal lah segala petua yang kita tahu khasiatnya untuk menjaga jantung kita. Sayangi jantung kita

   
nasi lemak phytocol
telan phytocol sebelum makan nasi lemak


Lagi kisah nak kuatkan jantung dengan CoQHealth



Allah Maha Memberi Sembuh


Bernutrisi dan konsultasi percuma dengan saya

Muhammad Nizam Yusof
Founder & Director NZ World Kingdom

SMS / WHATSAPP 013 976 1627
Emeil ; alluana35@gmail.com
FB : Muhammad Nizam


BERCUTI DI HARI PEKERJA

Alkisah cuti hari pekerja 1 Mei jatuh hari Jumaat , Ahad pulak cuti umum hari wesak, elok sangat kitorang nak pergi so-called holidays , siap aku ambik lagi cuti rehat khas hari khamis 30 april tu. So berholidays lah kitorang selama 4 hari. Pergi Penang je pun

jambatan Pulau Pinang
jambatan Pulau Pinang

KENANGAN MENGUSIK JIWA DI PENANG

Sebenarnya kat Penang kitorang ada ramai sedara mara , kaum kerabat , nenek aku pun asal dan duduk sana. Kami anak mami okay! Mak dilahirkan di Kuala Kurau , Perak dan membesar di Kuala Muda , Seberang Perai , bersekolah , grew up sampailah bertemu jodoh dengan ayah. Ayah asal Besut , so lepas kahwin ayah mak duduk Terengganu. Sekarang kakak aku pun dah berkeluarga dan mengajar di Penang. So kalau sampai sana , In sya Allah tak sesat dan ada tempat berteduh tanpa bayar hotel bajet. Dari kecil selalu saja kami adik beradik balik Penang dengan bas , sewa teksi . Mak ayah bukanlah orang kaya . Mak cakap dulu kalau tak ada rm 500 - rm 1000 dalam tangan , jangan haraplah nak dapat balik rumah tok dan jalan-jalan Penang. RM 500 tu sangat besar masa tu.

Jalan raya timur barat , banjaran titiwangsa tu dah kami kenal sejak kecil. Tempat-tempat persinggahan nak buang air , tempat strategik nak berkelah di pertengahan perjalanan pun kami dah hafal. Dulu ada jalan yang lebih ekstrem , jalan-jalan bengkok dan selekoh yang lebih tajam. Kalau tak tahan pening memang muntah. Selalu sediakan plastik kalau nak balik rumah tok kat Penang

Sejak mak ayah berniaga , dapatlah kami merasa naik van besar sikit, nissan vanette dan kami bahagia. Dengan nissan vanette nilah kami balik raya pegi Penang tiap-tiap tahun. Pernah satu tahun , mak saudara order perabot yang agak banyak dari kedai mak , jadi terpaksalah kami balik raya dengan dua buah kenderaan , lori untuk angkut perabot dan van vanette. Adveture gitu

Arakian kisah bercuti di Penang baru-baru ni bukan nak melancog pun, sebenarnya nak kena hadirkan diri ke undangan walimatul 'arus anak saudara sebelah wife. Haa kebetulan pulak kakak ipar pun berkeluarga dan memang bermukim di Penang

majlis kahwin anak saudara di Penang
bergambar atas pentas kahwin-kahwin

majlis kahwin anak saudara
gelagat dua princess abuya

Satu malam tidur di homestay yang kakak ipar sewa dan satu malam lagi kami tumpang tidur di kondo kakak aku kat Jelutong , ye la baheja pun dah lama duk sebut-sebut nak mandi kolam , boleh jugak lepas gian mandi kolam. terlebih excitednya abuya lah

naurah salsabeela
abuya dan naurah posing kat homestay , abaikanlah ketidakhenseman abuya tu

BUTIK FAREEDA PENANG

Tapi kan yang aku hairan sikit , orang perempuan ni dalam banyak-banyak tempat yang best kat bandaraya Penang ni , yang satu ni memang dia berkenan nak pergi , duk wirid 18 jam nak pergi sini. Apatah lagi bila berjumpa kaum kerabat depa. Mentang-mentang lah Fareeda ni asal Penang . Kalau tak silap aku , kat terengganu pun ada fareedaa ni. Layan je la

FAREEDA PENANG
Butik Fareeda , Ibu Pejabat Wilayah Utara
Tapi wife tak beli pun , cari size labuh , rupanya size labuh kena order online, so pegi cuci mata je ikut kaum kerabat depa. Cuci mata pun dah nikmat besar


mandi kolam di kondo Mak Lang
kakak baheja seronok mandi kolam kat kondo Mak Lang


Love & Faith
abuya