Bendera Malaysia : Maksud Setiap Lambang Dan Warna

Bendera Malaysia : Maksud Setiap Lambang Dan Warna

Bendera Malaysia : Maksud Setiap Lambang Dan Warna (buat yang belum mengerti)





ANAK BULAN DAN BINTANG
Agama Islam sebagai agama rasmi negara


7 JALUR MERAH DAN 7 JALUR PUTIH
Melambangkan keanggotaan  yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan


BINTANG BERBUCU 14
Perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan


WARNA MERAH
Keberanian, bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju


WARNA KUNING 
Kedaulatan Raja berpelembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan Falsafah Rukun Negara


WARNA BIRU
Perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersatu padu dalam negara serta berusaha memajukan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih


WARNA PUTIH
Kesucian, keikhlasan, keluhuran, kesungguhan mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab , berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia




*******

Falsafah Rukun Negara


Bahawasanya Negara kita, Malaysia mendukung cita-cita untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;

KELUHURAN PERLEMBAGAAN;

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com