bahejabella: March 2016

Tadi ternampak junior aku (doktor perubatan yang sah lagi profesional) share satu link mengenai salah faham hadith habbatus sauda' DISINIErmmm sebenarnya dah lama sangat nak sembang hal ni. Risau juga mengguriskan hati mana-mana pihak.Apa-apa pun ampun maaf dipinta terlebih dahulu ye. Cerita secara umum sahaja lah

Tak semua benda nak kena sandarkan nama sunnah... ini sunnah itu sunnah...Kalau ikutkan, penjual kambing golek, jual kambing perap pun boleh claim kambing sunnah sebab Nabi suka makan kambing, pengembala kambing lagi. Ada hari Nabi juga makan roti , gandum , dalam rumah ada tepung... kalau macam tu boleh la pemilik-pemilik kedai runcit atau bakery nak claim tepung sunnah , roti sunnah ke? Atau tepung gandum diuli jadi cekodok, bolehkah nak caim itu cekodok sunnah? Atau nanti aku dah boring buat aiskrim choki choki, nak buat aiskrim letak kurma pulak , nanti aku buat iklan aiskrim sunnah? Macam tu kah?

Asal ada ekstrak kurma je , ekstrak kismis, terus dilabel makanan sunnah. Walhal, ekstraknya sedikit sahaja , selebihnya kandungan gula yang sangat tinggi. Katanya ada air penawar bacaan 30 juzuk Alquran. Tapi sebenarnya hanyalah bacaan dari CD alquran. Tepuk dada , tanya iman

Kalau nak ikutkan , shaklee pun boleh claim sunnah juga sebab dalam herblax ada daun senna yang direkodkan dalam kitab Tibbun Nabawi telah diguna pakai sejak era Nubuwwah (KeNabian) lagi. Dalam vita c plus dan meal shake pula ada arabic gum (manna wa salwa) yang terang terangan disebut dalam Surah AlBaqarah... Tapi pengedar tak main claim pun herblax , vita c plus dan mealshake tu makanan sunnah


Sekian bebelanku! Jangan main claim je tau!Ok
Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti anda hari ini? Saya tengah tunggu barang order sampai. Kebiasaannya order hari Khamis , tengah hari atau petang Sabtu sampai. Promo ESP berakhir sehingga 31 Mac ni tau. Murah baq hang diskaun 5% untuk 2 tong. Mana mahu cari

Ok la. Sebenarnya bukan nak gebang sangat fasal artis atau sekelian banyak selebriti yang makan shaklee brand tersohor lagi semulajadi yang mempunyai ujian klinikal ni. Satu-satu ujian klinikal pula makan masa dalam satu tempoh yang lama. Dibuat pula oleh saintis. Dilaburkan berjuta-juta. Bukan hari ni keluar produk , atau hari ni tampal sticker rebranding , esoknya terus claim berkesan dengan testimoni segala. Big NO

Kadang-kadang sebelumnya kononnya anti sesuatu produk. Tapi bila dibayar untuk tujuan promosi, apatah lagi bayaran lumayan, ehh tetiba jadi semua positif terlajak pulak. Tetiba beri kesan baik pulak. Tak aci la gitu , kan.

Artis atau selebriti yang ambil shaklee ramai je. Cuma tak digembar gemburkan. Tak masuk iklan tv, akhbar dan tak jadi duta. Duta shaklee ialah produk dan pengedar sendiri

Semalam ternampak lagi di newsfeed rakan -rakan SID. Gambar Scha Alyahya di rumahnya dalam rancangan Pureen Chak Chak. Jelas kelihatan di situ botol shaklee. Tidak syak lagi. Ermmmm


Dulu saya dah buat kisah selebriti yang amal shaklee ni. Ada yang antarabangsa dan tempatan. Bukan taksub terlajak atau tujuan meraih keuntungan terlajak ye. Tapi dah memang kisah yang betul. Boleh tengok DISINI

Bershaklee dengan saya?
HOTLINE : 013 976 1627
alluana35@gmail.com

AISKRIM CHOKI CHOKI

Alaaa... aiskrim choki choki lagi ke. Ye la sebab bukan saja fenomena melanda negara , tapi turut menjadi fenomena di rumah ni ha. Haritu buat , sehari je dah habis. Kali ni kebetulan sanak saudara ramai yang pulang , kita buatlah setakat yang mampu bagi hilang kempunan nak merasa aiskrim Malaysia ni.

Haritu picit choki choki dengan gigi aku je. Hehe.. Ye la nak bagi baheja dengan adik dia je pun makan. Ni dah nak bagi ramai sedara mara merasa, picit la choki choki tu dengan senduk nasi. Tak tergamak pulak nak gigit

Kali ni buat 2 versi , 2 perisa. Perisa choki choki dan oreo campur chipsmore..Yang oreo campur chipsmore tu , ramas je la biskut-biskut tu jadi halus. Campur kedua-keduanya sekali dan masukkan ke dalam plastik aiskrim sebelum dituangkan ramuan

Resipi aiskrim tu sama je la dengan yang sebelum ni. Masukkan santan , krimer sejat dan susu pekat manis bersama 4 tin air. Panaskan. Bila mendidih , masukkan gula melaka , tepung jagung untuk pekat dan sedikit garam untuk rasa lemak

Dah siap semua , masukkan ramuan dalam plastik aiskrim yang telah diisi dengan choki choki atau oreo campur chipsmore tadi. Kemudian peram dalam peti ais. Anakku pagi-pagi lagi sebelum pergi taska dah cilok sebatang dua aiskrim tu

Resipi lengkap aiskrim choki choki versi abuya DISINI




Aiskrim choki choki dan aiskrim oreo campur chipsmore sedia untuk diratah. Ermmm... nyaman sekali

Selamat mencuba!

Berikut adalah group-group penting telegram untuk guru-guru seluruh Malaysia. Disana terdapat banyak perkongsian maklumat yang mungkin bermanfaat untuk rakan-rakan guru. Lebih-lebih lagi perkongsian nota,bahan atau sebarang hebahan penting dan isu semasa pendidikan yang mungkin boleh membuka minda


Super Group BM Sekolah Rendah

Super Group KSSR

Super Group Matematik Sekolah Rendah

Super Group Matematik Terbaik 2017

Super Group Bahasa Arab

Super Group (5K) Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

Super Group Sejarah Sekolah Rendah

Super Group Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Group Super Group Guru Pemulihan/Linus

Pengurusan KURIKULUM

SEJARAH SEKOLAH RENDAH

LINUS/PEMULIHAN SEKOLAH RENDAH

BAHASA MELAYU PT 3

BAHASA INGGERIS PT 3

MATEMATIK PT 3

SAINS PT 3

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM - PT 3

GEOGRAFI PT 3


RESIPI AIS KRIM CHOKI CHOKI

Haa kata trending kan. Walaupun rasanya dah habis kot zon viral ais krim choki choki ni. Tapi nak buat juga lah. Kena pulak dengan musim panas. Elok sungguh pekena ais krim Malaysia yang menjadi moment indah zaman kanak-kanak ni kan. Ini ais krim choki choki versi abuya ye. Buat sendiri ya ampun , renyah juga lah part nak tuang ramuan dalam plastik, picit coklat choki choki dan paling tak tahan , nak mengikat tu. Almaklumlah , tangan kita kurang berseni

BAHAN-BAHAN AIS KRIM CHOKI CHOKI VERSI ABUYA

bahan-baham ais krim choki choki
bahan-bahan ais krim choki choki


1 - Plastik ais krim (nak buatnya ada lah lebih kurang 15 batang , cari-cari stok plastik ais krim tak jumpa ,
 terpaksa la beli satu paket tu ha)
2 - Choki choki
3 - Santan kelapa (pasar basah tutup malam-malam , beli yang segera je la)
4 - Krimer sejat F&N 
5 - Susu pekat manis (aku suka gold coin sebab penutupnya macam air tin, senang nak buka)
6 - Tepung jagung ( untuk memekatkan )
7 - Gula melaka 
8 - Garam halus

CARA MASAK AIS KRIM CHOKI CHOKI

cara masak ais krim choki choki
cara masak ais krim choki choki

1 - Masukkan santan kelapa , krimer sejat dan susu pekat manis 
2 - Masukkan air 4 tin , gunakan tin susu tadi tu
3 - Panaskan
4 - Di pertengahan jalan , masukkan gula melaka
5 - Masukkan sedikit tepung jagung untuk lebih pekat
6 - Masukkan secubit garam 
7 - Agak-agak dah mendidih , bergelegak , boleh la tutup api

Sambil tunggu ramuan ni sedikit sejuk. Boleh la picitkan choki choki tu ke dalam plastik ais krim

ais krim choki choki sediaa di masukkan dalam peti ais
ais krim choki choki sedia di masukkan dalam peti ais

Tuang ramuan ke dalam plastik ais krim yang sudah di isi dengan choki choki dan ikat. Kemudian , peramkan dalam peti ais. Esok boleh makan. Maafkan je la diriku ini yang tak pandai nak ikat kemas tu. Abaikan ye yang nampak kedut-kedut tu. Nanti dah keras , ok la tu , kan


Dah elok dan sedia untuk diratah

sedapnya
( siapa lagi nak puji kan )


gambar selingan sebelum tidur semalam



Selamat mencuba! Diizinkan share

Naurah Salsabeela dah masuk 2 tahun lebih. Umur 2 tahun masih ada masa lagi untuk gomol-gomol , peluk cium , main kuda-kuda , geletek dia sampai keluar air mata , lambung-lambung , timang-timang , dukung-dukung  kejar-kejar

Sekarang masih dalam tempoh keemasan. Masa kecil anak sangat berharga. Sekejap sahaja. Kalau ragam sikit-sikit tu , ermm bertabah je lah (walaupun kadang-kadang abuya tak bertabah mana pun.. hehe)

Kalau terlepas masa-masa indah ini , kelak tak boleh menyesal. Nanti masuk darjah satu dah tak sama dengan sekarang. Dah kena jadi teman rapat dia. Nanti dewasa dah ada kehidupan sendiri. Takkan sama, kan

Sekarang dah pandai macam-macam. Jangan cuba-cuba mungkir janji dengan diorang. Diorang mungkin tak pandai luah , tapi tercedera emosi . Merengek nak itu ini tu biasalah. Bercakap pun dah hampir jelas sebijik-sebijik. Pantang tengok aku pegang kunci kereta , mula la pegang-pegang kaki nak ikut

Paling ikut trend sekarang , ermm biasalah main smartphone. Sama la macam kakak dia dulu masa mula masuk umur 2 tahun. Tak padan budak kecik, pandai pulak tu klik-klik dalam telefon tu

jangan la kacau adik!

entah apa yang di kliknya

garu-garu ada kutu la tu

kakak baheja masa 2 tahun

orang lain semua duk berhari raya, kakak khusyuk dengan telefon abuya

Nasib baik sekarang aku dah detoks gajet untuk bebudak ni. Baik bawa pergi taman main kasut roda. Haritu ada je tablet , tapi dah rosak. Sengaja malas nak baiki , ada baiknya dilupakan terus. Kadang-kadang je la diorang duk rampas , curi senyap-senyap telefon abuya dan bonde tu.

Salam Subuh. Selamat pagi. Entri ini tidaklah bermaksud menceritakan sekalian banyak sunnah Rasul yang ditinggalkan atau terlupakan oleh kita. Cuma sama-sama mengingatkan salah satu sunnah yang mungkin jarang-jarang kedengaran

Yang mungkin selalu kedengaran ialah tidur dalam keadaan mengiring ke kanan, sambil menyerahkan semua urusan kepada Allah

Salah satu Sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم yang agak mudah juga, tetapi mahjurah (ditinggalkan) adalah berbaring atas lambung kanan seketika selepas dua rakaat Solat Sunat Subuh sebelum Solat Fardhu Subuh

Hikmah dari perbuatan Nabi ini adalah untuk mengingatkan kita tentang alam kubur, alam barzakh saatnya kita bersendirian, tiada sang teman kiri dan kanan. Semua orang akan merasai itu. Entahkan esok atau lusa , atau mungkin sekejap lagi dijemput, siapa yang tahu?

Sewaktu baring itu, pejamkanlah mata, fikirkan lah ayat-ayat AlQuran yang menceritakan bagaimana Ahli Barzakh meminta kepada Allah untuk kembali semula ke alam dunia ini semata-mata untuk menambah amalan kebaikan (terutamanya amalan sedekah)

Bayangkan bagaimana kalau kita tidak menjadi orang yang diredhai Allah kelak. Bayangkan Allah tidak lagi mahu memandang kita , tidak lagi mahu belas kasihani kita?

In sya Allah satu atau dua minit (dari baring itu) sebelum Subuh tersebut akan memperbaiki kehidupan kita pada keseluruhan hari tersebut. In sya Allah memeperbaiki juga sedikit demi sedikit kehidupan. Ameen

Ini post untuk aku yang sering kelalaian ni...dan kamu sekali lah yang baca ni... Selamat memulakan hari. Jumpa lagi


Antara kita ada yang pantang saja dapat mesej  atau berita , tanpa kaji selidik dan siasat kesahihan berita atau mesej tersebut terlebih dahulu , terus mahu disebarkan ke merata-rata group yang ada. Mahu jadi jaguh , nak jadi nombor satu penyebar atau penyampai. Kalau sahih , bagus juga. Tapi malang sungguh jikalau mesej palsu atau terdapat keraguan di dalamnya. Kan dah dapat dosa kering. Jangan ghairah sangat , kawan


كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“ Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa sahaja yang dia dengar ” 


(Muqaddimah Sohih Muslim)


PAKSA FORWARD MESEJ

Kadang-kadang di akhir mesej berbunyi... "jika anda sebar mesej ini anda akan hidup lama..."
"forward la mesej ini untuk dapat berkat dan rahmat"......."kalau tak sebar mesej ini anda dapat bala & masuk neraka"....... " takkan nak tengok saja bila sudah baca , forward la untuk kebaikan bersama"......

Ayat tak boleh blah bila paksa orang share dan forward  mesej, tapi tak paksa dirinya sendiri untuk semak kesahihan mesej sebelum sebar dan forward terlebih dahulu. Kadang-kadang tukang forward tak baca habis pun, terus share tanpa mengetahui dan faham isi mesej. Kadang-kadang bunyi macam mesej keagamaan , tapi sebenarnya penuh dengan cerita palsu yang diada-adakan. Bila kita nak tanya dalil atau kesahihan riwayat , katanya dari group sebelah. Tak lama lagi , group sebelah menyebelah ni dah boleh jadi mazhab, kot. Yang panjang-panjang Islamik pun belum tentu sahih lagi. Tak pasal-pasal niat nak dapat pahala, nanti sebab sebar lah , jadi dapat bala dan dosa.

Yang dari google dan internet pun tak terkira banyaknya la zaman sekarang. Dari internet boleh saja jadikan panduan , tapi nak dakwa diri sudah berilmu dan berdalil , bukan main ambil dari google semata-mata, ia wajib menuntut dan menadah di hadapan guru. Guru yang mursyid.


MESEJ BERANTAI PALING EPIK

Mesej berantai paling epik ialah surat wasiat dari kononnya dari penjaga makam Nabi Muhammad SollAllahu 'Alaihi Wasallam iaitu Sheikh Ahmad. Akhir wasiat itu diceritakan kononnya orang yang tak sebar wasiat tersebut telah menerima bala macam-macam.

Aku dah terima wasiat palsu ni sejak dari tingkatan 3 lagi. 17 tahun lamanya sudah berlalu. Tapi sampai sekarang masih ada yang sebar. Tak cukup dengan whatsapp , dengan surat pun ada. Kesian juga orang-orang yang mempercayainya.

Dalam wasiat tu ada sedikit nasihat yang boleh jadikan iktibar. Tapi untuk menceritakan kisah dapat rahmat setelah menyebarkannya dan dapat bala selepas tidak menyebarkannya , ia jelas amat palsu

Baca mesej berantai kisah wasiat palsu dan hukum menyebarkannya DISINI


PROMOSI ESP BULAN MAC

Ramai yang sentiasa menunggu-nunggu kedatangan promosi  Energizing Soy Protein (ESP) turun harga dan diskaun. Biasala , laris dan kegemaran rakyat Malaysia. Haa sekarang tibalah masanya untuk berebut-rebut dapatkan ESP dengan harga jauh lebih murah dari bulan-bulan yang biasa. Kerana bulan ni promosi gila-gila ESP


BELI 2 , DISKAUN 5%

RM 302.10 untuk 2 tong ESP 

HARGA ASAL RM 318

nak kawtim , whatsapp saya ye



BELI 6 , PERCUMA 1 TONG ESP


RM 954.00 untuk 6 tong ESP

Dapat PERCUMA 1 tong ESP

boleh kongsi dan pakat dengan kawan-kawan dan sedara mara atau buat ala-ala dropship , 
ambil order je. Untung je dapat satu tong ESP , kan



ESP adalah STOK yang baharu

Expired date Disember 2017

Jangan risau sangat


Antara Kelebihan ESP 

1. Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
2. Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
3. Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous

4. Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

5.  Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi 

6.  ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

7. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Sesuai untuk korang yang nak gantikan puasa tu . Ramadhan dah dekat kan. Haaa minum ESP time sahur , In sya allah kenyang bertenaga sampai petang. kalau rembat satu set promo , boleh bertahan terus stok sampai bulan Ramadhan yang dah dekat ni , kan

8. Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur



Antara resipi bancuhan ESP yang pernah saya buat 


BACA TESTIMONI SET BERPANTANG DENGAN ESP DISINI


IKUTI KISAH CINTA ESP YANG VIRAL LAGI FENOMENA DISINI


LAGI KISAH CINTA ESP VIRAL DISINI




Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director

Order dan Info Lanjut : -

FB : Muhammad Nizam

HOTLINE : 013 976 1627