29 December 2016

KALAU ROTI DAH NAK EXPIRED

Korang selalu beli roti kan. Buat breakfast atau brunch atau pun buat alas perut tatkala kelaparan. Sekurang-kurangnya boleh elakkan menggigil teruk (kerana perut kosong, lapar) bagi orang yang mengidap GASTRIK

Ada kawan saya sorang ni, dia anak sulung dari 13 orang adik beradik. Dia cerita, setiap pagi, akan habis 2 buku roti gardenia yang size besar tu untuk satu sesi sarapan satu family dia.. ermm minat betul roti kan

Kat rumah ni pun laku jugak roti ni. Selalunya brand gardenia la. Tapi kadang-kadang bermusim juga. Kadang-kadang nak beli size besar, takit tak habis, nak beli size kecik takut tak cukup. Kadang-kadang pulak , yang size besar tu 2 hari je pun boleh habis.. Adakalanya beli saja-saja jer, tak makan pun sampai la tarikh luput..sampai naik kulat hijau, last last buang gitu jer... berdosa betul membazir...hurmm 

Cuma kalau terperasan ada roti kat atas meja dan kalau terbelek tarikh luput dah nak hampir tuu, cepat-cepat duk mai idea cara nak habiskan roti sebelum ia betul-betul expired..... contohnya buat roti telur..hehe

Ye la.. budak-budak mungkin boring makan roti sapu dengan jam kacang atau coklat. Kalau goreng dengan telur macam ni, laku keras dan cepat habis sekelip mata



Roti telur semua orang pandai buat kot. Tak perlu la resipi beria sangat. Pecahkan 4 - 5 biji telur dalam mangkuk (aku tak campur garam), pukul telur, celup roti dan goreng dengan sedikit minyak zaitun atau kuali ajaib tanpa minyak. Kalau ada baki telur tadi tu, buat je scrumble egg. Dah .. selamat dinner kitorang

Selamat mencuba

8 comments:

  1. Petang tadi makan roti telur jugak. Hehe. Sedap :)

    ReplyDelete
  2. Baru makan roti dengan sambal sotong lunch arinie..
    Memang roti boleh dipelbagaikan.. janji rajin.. Hahaha..

    ReplyDelete
  3. Cara paling mudah kan.. Kalau ada serbuk roti, boleh salut dengan serbuk roti lepas tu goreng. Fuh sedap juga.

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  4. pagi tadi pun makan roti telur..
    memang laku kalau buat..hehe..

    ReplyDelete
  5. 2 3 hari pun still leh makan...klu dh nek ragi tu kiranya dh ada microorganism

    ReplyDelete
  6. salam haah, familysaya buat macam ni jugak , bila sorang daa buat semua ikot. roti tak sempat expired

    ReplyDelete
  7. good idea..x penah tpikir pulak

    ReplyDelete
  8. Hehehe kekya mmg sellau laa buat utk anak2

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.