bahejabella: 11/17/16

Malu nak buat tajuk entri resipi sandwich.. hehe.. sebab simple sangat dan semua orang boleh buat. Pejam mata pun boleh kan

Asyik terliur jer tengok iklan instagram sandwich Garsa Kitchen tu haa.. rancak bisnes diorang. Network dah besar dan dikenali. Untunglah korang duk area yang depa cover delivery. Hari hari boleh hadap sandwich.. ermm 


Akibat keterliuran yang amat sangat tengok ig sandwich depa tu, akhirnya so-called-dinner malam tadi aku buat sandwich.. 


Guna tuna berlada dalam tin je. Goreng sekejap bagi hilang hanyir dan ketepikan. Goreng pulak scramble egg. Roti pun goreng jugak tanpa minyak. Lepas tu boleh buat sandwich. Masukkan salad. Takde mayonis bagai, kurang gemar. Sepatutnya nak taruk sekali cheddar cheese tapi tak jumpa dalam peti ais... 


Konon konon nak present macam garsa kitchen. Jadilah tu kan.. abuya's kitchen pun boleh. Buat hilang kempunan