30 August 2015


Bersih 4.0

Video viral

Bukan entri erotik atau blog versi 18 tahun ke atas atau sekadar nak pancing trafik. Bukan juga mengambil kesempatan menjual pakej-pakej cadangan vitamin. Cuma ia perkongsian ilmu sangat bermanfaat hasil tulisan Doktor Zubaidi Hj. Ahmad untuk pasangan suami isteri yang mungkin malu berbicara secara terbuka masalah kesihatan

KENCING MANIS PUNCA MATI PUCUK : DOKTOR ZUBAIDI

AKIBAT KEROSAKAN SARAF

Kerosakan saraf akibat kencing manis berlaku kerana paras gula yang tidak dikawal dan juga kerana saluran darah halus yang rosak (microangiopathy) menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Akibat kerosakan saraf ini maka isyarat dari otak gagal sampai ke zakar yang menyebabkan ianya tidak menegang apabila berlaku stimulasi seksual

Saluran darah yang menyempit kerana faktor atherosclerosis menyebabkan aliran darah yang lemah dan kurang untuk menegangkan zakar dan mengekalkan ketegangan zakar dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah akibat atherosclerosis ini. Kebiasaannya , pesakit kencing manis juga mengalami masalah tekanan darah tinggi yang menambahkan lagi penyempitan saluran darah. Terdapat juga beberapa jenis ubat darah tinggi yang mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan masalah mati pucuk ini

Pesakit kencing manis yang tidak mengambil rawatan dengan betul dan mempunyai masalah gula yang tidak terkawal juga menyebabkan berlakunya kekurangan bahan ‘nitrik oksida’ yang membantu dalam proses menenangkan zakar. Paras gula yang tinggi juga mengurangkan nafsu syahwat atau libido. Mengawal paras gula dengan lebih baik dengan mengikut nasihat doktor maka masalah ini boleh dikurangkan kerana paras gula yang terkawal akan mengembalikan nafsu syahwat tadi

Masalah mati pucuk ini sangat kerap berlaku dikalangan pesakit kencing manis 10 ke 15 tahun lebih dahulu berbanding lelaki yang tiada penyakit kencing manis tetapi kebanyakan pesakit menyembunyikannya atau mendapatkan rawatan tradisional seperti mengurut atau mencuba ubat kuat yang banyak dijual di kaki lima dan FB tanpa nasihat doktor

Terdapat juga pesakit kencing manis menghadapi masalah ‘pancutan berbalik’ (retrograde ejaculation) kerana kerosakan pencerut pada leher pundi kencing. Kerosakan ini berlaku kerana saraf yang mengawal pencerut ini rosak akibat paras gula yang tinggi dalam darah dikalangan pesakit kencing manis. Masalah ini boleh menyebabkan kemandulan dikalangan pesakit kencing manis lelaki

SYAHWAT MENURUN

Kajian juga menunjukkan nafsu syahwat menurun kerana paras hormon lelaki iaitu testosteron dikalangan pesakit lelaki yang mengidap kencing manis adalah rendah. Ini adalah kerana paras insulin yang tinggi akan menyebabkan paras testosterone menurun. Oleh kerana itu, kebanyakan pesakit kencing manis mempunyai masalah perut buncit, otot mengecut dan lemah yang merupakan tanda luaran kekurangan hormon testosteron ini

Bagi wanita juga akan menghadapi masalah kurang nafsu syahwat apabila mengidap penyakit kencing manis. Pesakit kencing manis wanita akan menghadapi masalah kekeringan faraj, sakit semasa bersetubuh, susah mencapai orgasma dan tidak bernafsu jika paras gula tinggi dan tidak terkawal. Masalah kekeringan faraj adalah kerana pengaliran darah yang tidak lancar ke faraj kerana faktor penyempitan saluran darah akibat masalah pengerasan saluran darah (atherosclerosis)

CARA TERBAIK  KEKALKAN KESIHATAN

Cara terbaik mengekalkan nafsu syahwat yang sihat ialah dengan tidak mendapat penyakit kencing manis dan jika anda mengidap kencing manis maka pengawalan gula kepada paras yang stabil dan terkawal akan mengurangkan kesan kepada masalah seksual lelaki dan wanita. Kepentingan hubungan seksual diantara lelaki dan wanita amat penting bagi suami dan isteri untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga ke akhir hayat


KREDIT : DOKTOR ZUBAIDI HJ. AHMAD

artikel asal Doktor Zubaidi
artikel asal Doktor Zubaidi

CADANGAN NUTRISI , PAKEJ MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH 


SET KAWAL PARAS GULA
SET KAWAL PARAS GULA
BACA FUNGSI SET KAWAL PARAS GULA : DISINI




Allah jua Maha Memberi Sembuh


Bernutrisi dan konsultasi PERCUMA & EKSKLUSIF dengan saya..


Muhammad Nizam Yusof
SMS / WHATSAPP : 013 976 1627

FB : Muhammad Nizam

Emeil : [email protected]

IG : BAHEJABELLADOTCOM

BAHASA ARAB MUDAH

Terima Kasih - Syukran  (شكرًا ) ,, Sama sama - afwan ( عفواً )
Saya minta maaf - Aseef (asif) ( آسف )
Baiklah - Hasanan ( حسناً )
Mungkin - Rubbama (ربما )
Awas! - Intabih ( انتبِه )
Berhati hatilah - ihzar ( احذر )
Jangan lupa - La tansa ( لا تنسىٰ )
Samiinun - Gemuk ( سمين )
Tawiilun - Panjang ( طويل )
Qasirun - Pendek ( قصير )
Khofiidhun - Rendah ( خفيض )
Nahiifun - Kurus ( نحيف )
Yaum - Hari ( يوم )
Usbu' - Minggu ( أسبوع )
Syahr - Bulan ( شهر )
Sanah - Tahun ( سنة )

UCAPAN DALAM BAHASA ARAB

Selamat malam - Laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
Sobahul khair - Selamat pagi ( صباح الخير ) ,, capan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )

semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
Jazakallahu khairan - Semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )

'Azzhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
Uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
Uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )

Jazakallahu khairan khatsiira = Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
Jazakillahu khairan khatsiira = Semga Allah membalasmu dengan kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
Jazakumullahu khairan khatsiira = 
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
Wa iyyaka (L) = dan untukmu jua..Balasan untuk ucapan ( وإياك)
Wa iyyaki (P) = dan untkumu jua..Balasan untuk ucapan( وإياكِ )

KATA GANTI NAMA BAHASA ARAB

Aku/saya - ana ( أنا )
Kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
Kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
Dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
Dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
Dia (lelaki/perempuan - 2 orang) - huma ( هماَ )

Dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
Dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
Kami - nahnu ( نحنُ )
Kalian (ramai) - antum ( أنتم )
Mereka - hum ( هُمْ )

Cantik = jameelah ( جميلة )
Buruk = qabih ( قبيح )
Bersih = nadziifun ( نظيف )
Malas = kaslaan ( كسلان )
Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
Akulu = saya makan ( أاكل )
Asyrobu = saya minum ( أشرب )
Aqrou = saya membaca ( أقرا )
Aktubu = saya menulis ( أكتب )
Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
Amsiku = saya memegang ( أمسك )
A'malu = saya mengerjakan/saya buat ( أعمل )
Albasu = saya memakai ( ألبس )

Toriiqon = jalan ( طريق )
Baytun = rumah ( بيت )
Mirsamun = pensil ( مِرسم )
Qolamun = pulpen ( قلم )
Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
Mishbaahun = lampu ( مصباح )
Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )

Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
Umri- umur saya ( عمري )
Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
Ahlam Sa'eedah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
Syafakallah-smoga Allah menyembuhkan kamu ( شفاك الله )

Ukhwahfillah = Persahabatan Kerana Allah ( اخوة في الله )
Ukhtin = Kakak/Saudara Perempuan ( اخت )
Akhun = Abang/Saudara Lelaki ( أخ )
Zauj = Suami ( زوج )
Zaujah = Isteri  ( زوجة )

Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
Ukhwahfillah Abadan Abada = Persaudaraan kerana Allah Selama-lamanya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
Fa'idza Adzamta fatawakkal 'aAllah = Setelah kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )

Inni Akhafullah = Sesungguhnya aku takutkan Allah (إني أخاف الله)
Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
Naltaqi Ghadan = Kita jumpa esok ( نلتقي غداً )
Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
SyafakAllah = moga Allah menyembuhkan awak (L)(شفاكَ الله)
Syafakillah = moga Allah menyembuhkan awak (P) (شفاكِ الله)
Tafaddhol = Silakan (تفضل )
La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )

Allahukhairuljaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
Ijhad wala taksal = Bersungguh-sungguh dan janganlah kamu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
La Tahzan InnAllaha Ma'ana = Janganlah bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita 
( لا تحزنْ انا الله معنا )

Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kematian itu menjadi peringatan ( كفى بالموت واعظاً )
Bi idznillah = Dengan izin Allah ( بإذن الله )
In sha Allah, kull khayr ! Aamiin = In shaa Allah, semuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
BarakAllahu Fik = Semoga Allah merahmati kamu/memberkati kamu ( بارك الله فيك )
Masa ul khair = selamat petang ( مساء الخير )
Na'am = Ya ( نعم )

Syukran,, Selamat beramal , bersambung lagi
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu