Pau Bulan Puasa

Pau Bulan Puasa

Salam Romadhon.. (ejaan kamus dewan : Ramadan ). Alaah korang ni duk sebut sangat ejaan dalam kamus dewan tu. Orang dah tahu lama lah. Saja nak eja bunyi Arab tak salah pun kan. Lagipun bahasa melayu bahasa yang paling banyak kerap berubah-ubah di dunia. Contohnya dulu time aku upsr nak eja (keretapi, setiausaha, samada) katanya nak kena eja dekat dekat, lepas tu jauh pulak (kereta api, setia usaha, sama ada). Kemudian dekat pulak, nanti jauh pulak. Tak tetap pendirian betul. Nanti satu masa akan datang mungkin ejaan Romadhon pun diterima

Ok dah habis bab bahasa. Sekarang masuk bab pau. Pau ni bukan perhimpunan agung umno. Nak sebut buat apa pau yang nak hampir pupus ditelan zaman tu.. kihkih. Pau ni jugak tak boleh dimakan macam pau ayam tersohor kat Jertih, Besut tu


Ni lah pau nye. Mengepawww oleh budak - budak ni hah. Adoii abuya dah la ngantuk, baru nak lelap sekejap (puasaa lah katakan.. kihkih), duk ajak abuya pergi tempat mainan kat mydin yang baru di buka tu. Saje lah hari tu pergi ushar barang sikit, kebetulan bersebelahan dengan tempat mainan ni.  Ala ala kidzoona kat Aeon Mall , tapi yang ni sizenya kecil ajer lah. Cukup laa buat diorang melompat-lompat, lari lari, gelungsur, golek golek dalam timbunan bola plastik kat dalam tu. Pergi sekali nak pergi lagi kalau boleh hari-hari

budak kecik ni pun nak paww jugak



dah puas main.. balik kena mandi dengan mandian Shaklee Baby yang organik ni ok!




#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com