05 April 2015

Pendek je entri ni... sekadar untuk menjawab soalan sarcasm  dari bakal sahabat customer saya...bila sembang-sembang, pm pm tu , macam biasalah ada macam-macam soalan yang terkeluar yer dakk... hehehe... contohnya :-

Soalan sembang: ehh tak bahaya ke telan suplimen banyak-banyak..?

Jawapan sembang : ehh mahunya tak bahaya...siapa kata tak bahaya ?? BAHAYA laa... kalau awak telan semangkuk , sebaldi sebasin suplimen , memang la BAHAYA... !!!! silap haribulan boleh bawa MAUT!!.

minta dijauhkan laaa.. Na'uzubillahi min zaalik...

*********************************************************************************

Macam-macam soalan bakal-bakal sahabat customer .. Alhamdulillah setakat ni boleh layan lagi dengan tenang ( sangat laaa ).. 

Jangan risau ye sahabat , setakat ni takde lagi ejen ( terutamanya rakan-rakan pasukan saya )  yang nak cadang suruh makan sebaldi suplimen... kita cadang ikut keperluan , ikut dos-dos tertentu.. bukan main tembak jer...  buat apa-apa pun dalam kehidupan , kalau berlebihan , terover memanglah mendatangkan mudhorat.. kannnnn...Air masak pun kami cadang minum 3 liter je sehari...  kalau awak telan 5 jug sehari , sekaligus pulak tu... ermmmm memang laaa boleh bawa padah.. sengaja cari pasalll la tu... kann.. heh he he...




Allah Maha Penyembuh


Be with us..

INFO LANJUT :-

NZ World Kingdom
Founder & Director
FB : Muhammad Nizam


Tabiat meminum 'teh o ais' dikatakan boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. 
Foto oleh na5wa.com

Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan.Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.

Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

"Ia adalah penjelasan yang munasabah,"kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas.

Beliau bersama dua orang lagi doktor memberikan penjelasan mengenai kes ini menerusi laporan yang disiarkan New England Journal of Medicine pada Khamis.

Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

KREDIT : SUMBER : Astro Awani |Kemas kini:April 04, 2015

* * * * * * * *

PILIHAN TEH SIHAT :- CINCH ENERGY TEA MIX

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu