bahejabella: 01/06/17

Ok rasanya ni entri last sebut banjir. Kita tengok pulak kesan-kesan kemusnahan era pasca banjir 2017 kat sekolah aku ni haa. Dikenalpasti ia adalah terburuk sejak 30 tahun sekolah ini dibina 

Seiingat aku sepanjang bekerja disini, banjir akhir tahun 2012 adalah yang terburuk. Apatah lagi ia disusuli pula banjir sekali lagi pada cuti tahun baru cina 2013, lebih kurang 2 bulan selepas banjir akhir tahun. Paras air banjir pada masa itu menenggelamkan separuh kelas. Arus air kuat, kerusi dan meja murid berpusing-pusing dan banyak kemusnahan

Tapi pada tahun ini, banjir melanda lebih besar. Kalau dulu paras air separuh kelas, paras air banjir tahun ini pula melepasi lebih separuh kelas dan 6 meter tingginya menerobos deras sampai ke dalam pejabat.. sangat tak sangka dan tak expect ia berlaku sebesar itu. Allahuakbar

Banyak juga kerosakan dan kemusnahan termasuklah memberi kesan terhadap emosi dan trauma. Sebak di dada melihat suasana pasca banjir. Speechless dan clueless. Nak menangis pun ada.. aku kan sentimental..hehe

Nah gambar pasca banjir...














video
time ni banjir belum kering sepenuhnya.. baru surut sikit je.. kena naik bot nak sampai sekolah.. huhu