14 September 2015

screenshot
Screenshot

SENTAPNYA KU DISINI


DOA UCAPAN / TAKZIAH KEMATIAN



إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب 

( Inna Lillahi Ma Akhoza Walahu Maa A'to Wakullu Syai'en 'Indahu Bi ajalin Musamma , Faltasbir Wal tahtasib )


Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Dia ambil dan kepunyaanNya jua apa yang Dia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran 
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis usamah)




DOA SOLAT JENAZAH



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ,  وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ  , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ  , وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ ,  وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ  , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ 

Ya Allah, maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia dan ampunilah dia, muliakanlah tempatnya, luaskan tempat masuknya dan bersihkanlah dia dengan air salju dan air dingin. Sucikanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan pakaian yang putih dari kotoran, gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang dimilikinya. Masukkanlah dia ke syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka

SEMAK BACAAN IPU ONLINE

Semakin besar nilai bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara), semakin tinggi la tahap pencemaran udara atau jerebu di kawasan anda


Jom semak bacaan IPU kawasan anda : DISINI

Atau boleh juga semak bacaan IPUDISINI



Klasifikasi Tahap IPU dan Kesan Terhadap Kesihatan


0 - 50 = Baik 
 Kualiti udara dianggap memuaskan, dan pencemaran udara menimbulkan sedikit atau tiada risiko

51 -100 = Sederhana 
Kualiti udara boleh diterima, namun bagi sesetengah pencemar mungkin ada sedikit kebimbangan kesihatan untuk sejumlah kecil orang yang tersangat sensitif kepada pencemaran udara

101-150 = Tidak sihat untuk kumpulan sensitif 
Ahli kumpulan-kumpulan sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan. Orang ramai berkemungkinan besar tidak akan terjejas

151-200 = Tidak sihat 
Setiap orang mungkin mula mengalami kesan kesihatan; ahli-ahli kumpulan yang sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan yang lebih serius

201-300 = Sangat tidak sihat 
Amaran kesihatan keadaan kecemasan. Berkemungkinan besar seluruh penduduk akan terjejas

300 dan keatas = Berbahaya 
Amaran kesihatan: semua orang boleh mengalami kesan kesihatan yang lebih serius






#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu