11 July 2015

Memori raya zaman kanak-kanak sebenarnya dah cerita sikit-sikit dalam beberapa entri #cabaran20hari ni. Zaman kanak-kanak aku memang betul-betul tahun 90an. Dekad paling manis bagi aku. Senang je nak ingat tahun tu sebab 1991 aku bersekolah darjah satu , 1992 aku darjah dua sampailah awal remaja 1996, aku darjah enam. Zaman kanak-kanak sungguh indah dan menyeronokkan. Sebelum era balik kampung nenek setiap tahun di Seberang Perai tu , kami raya di kampung kami sendiri saje. Kunjung-mengunjung , ziarah-menziarah , lepas kenyang , main dan dapat kumpul duit raya, balik rumah , tidur

Berbalas juadah bukan setakat bulan puasa , hari raya pun boleh berbalas juadah. Cerita klise keliling kampung kutip duit raya tu memang betul. Aku turut melaluinya era itu. Jalan-jalan dengan sepupu-sepapat mengelilingi satu Kuala Muda tu. Raya kat sana memang syok , rumah-rumah kampung di mukim itu dibina rapat-rapat. Kejiranan subur. Kalau tak raya pun memang riuh rendah , apatah lagi musim raya. Kami yang budak-budak ni selalu tertunggu-tunggu nak balik Penang setiap tahun. Dapat lah juga mengumpul duit raya barang seratus dua

Kadang-kadang mak ngah dan tok buat rumah terbuka (open house), perghh nasi minyak , rendang ayam mak ngah , terangkat betul. Rumah terbuka tu tak perlu heboh satu kampung sebab memang satu kampung akan tahu , rumah kan rapat-rapat. Cukup dengan hanya seorang sahaja yang tahu , In sya Allah, esoknya rumah tok akan meriah dengan tetamu-tetamu seluruh mukim datang ke jamuan rumah terbuka itu

Petang raya pertama kadang-kadang kitorang bakar sate. Orang dewasa la yang buat kerja-kerja tu. Kitorang tahu makan je. Tak sempat nak kumpul banyak sate-sate yang dah siap dibakar , kitorang dah cilok dulu. Ye la , makan panas-panas baru sedap kan

Selalu juga , hari-hari raya pergi jalan shopping mall, Pacific, sebelah pulau sana . pergi jalan-jalan ramai-ramai, main bowling je pun. Ye la , orang kampung nak main bowling. Teruja sungguh la kan.
Pernah satu tahun tu , pada hari raya, salah seorang sepupu aku bertunang di Baling . Mak , ayah , mak-mak saudara semua pergi Baling. Kami ada rancangan lain dengan sebahagian sepupu-sepapat yang lain sanggup tak ikut majlis di Baling semata-mata nak pergi jalan-jalan di sebelah pulau. Selepas penat jalan-jalan , tak sah kalau tak menjamah juadah mamak. Tosei , roti tisu , chappati dan segala macam juadah mamak dirasai

Selalunya , kalau balik Seberang Perai , aktiviti mencari kepah di hujung Kuala Muda memang tidak akan dilepaskan. Seronoknya zaman itu. Kadang-kadang kami dapat bawak balik kepah tu hampir dua tiga guni. Dah terlampau banyak sangat , kami jual je kat orang kampung. Tak larat nak makan. Kepah tu mak ngah selalu buat cucur , goreng kunyit atau bihun goreng kepah. Sungguh lazat 



#Cabaran20Hari  #Day14
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari

Sebut boleh bonus atau tunggakan gaji memang syok , seronok amat . Alhamdulillah. Tapi perlahan demi perlahan sekelip mata , kalau tak bijak merancang , sekejap sahaja ia berkurang makin berkurang , kan

Ye la , baju anak dua orang ,busuk-busuk pun mahunya dalam 300 hingga 400 ringgit. Upah baju sendiri campur dengan upah baju isteri muda kita , boleh tahan jugak poket makin kempis tu kan. Itu belum campur lagi kena servis kereta bulan ni , major servis pulak tu. Sudahnya bajet nak bagi duit raya kat budak-budak dan anak buah pun makin menyimpang

Ermm okay , jangan risau dan kusut. Ni ada orang lain bagi idea sebenarnya , jadi aku cuba cadangkan kat hangpa. Mana la tahu ia bermanfaat. Cara nak coverline kalau tak cukup bajet nak hulur duit raya kat budak-budak tu boleh buat macam ni :


selamat hari raya
selamat hari raya


terima kasih , cuba lagi
terima kasih , cuba lagi

Jangan marah , alaa gurau sikit pun tak boleh . Hidup ni terlalu singkat , senyum sikit!

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu