09 June 2017

Selamat berpuasa, selamat petang dan selamat menunggu waktu berbuka. Masih tercari-cari resipi berbuka puasa mudah? Atau juadah dari bazaar sudah berderet di atas meja? Atau masakan sendiri menanti untuk dirasa? Untuk yang mencari resipi berbuka puasa mudah, boleh la cuba murtabak biskut ayam ini

RESIPI BERBUKA PUASA MUDAH : MURTABAK BISKUT AYAM

Sebenarnya ni mak aku selalu buat sejak kami kecil. Mak time masa terluang ada masuk kelas masakan. Inilah yang mak selalu masak terutamanya kalau dah ramai-ramai balik kampung

Bila google, dah banyak orang buat dan ada pelbagai nama. Che Mat Gebu tuffinbiru pun ada buat. Ada nama cream cracker daging/ayam, murtabak biskut, biskut lapis daging/ayam dan pai biskut

Bahan-bahan Murtabak Biskut Ayam

1. Ayam (potong kecik-kecik atau dadu, nak carik-carik halus pun ok), terpulang nak buat inti daging pun boleh. Nak lagi class, udang pun boleh
2. Bawang merah , bawang putih 
3. Biskut 
4.Lada sulah, garam, gula, daun ketumbar
5. Susu pekat, campur susu cair sedikit


MURTABAK BISKUT AYAM
MURTABAK BISKUT AYAM

Cara Masak Murtabak Biskut Ayam

 1. Untuk inti : panaskan minyak, tumis bawang dan goreng ayam, tambah lada sulah, secubit garam dan gula. Tambah daun ketumbar dan cili untuk warna. Nak masuk telur pun ok

Inti ni boleh je divariasikan. Contoh kalau nak masak inti ayam kari, lada hitam atau perisa beriani pun ok

2. Tuang susu pekat dalam mangkuk besar, campur sedikit susu cair dan air suam

3. Rendam biskut ke dalam bancuhan susu. Sekejap sahaja, jangan lama sangat nanti lembik

4. Letak biskut yang telah direndam ke dalam loyang (sebelum tu sapu loyang dengan sedikit mentega). Susun biskut cantik-cantik

5. Masukkan inti ayam yang telah dimasak. Nak buat biskut dan ayam tu berlapis , bertingkat-tingkat pun ok

6. Masukkan dalam oven dan bakar


MURTABAK BISKUT AYAM
MURTABAK BISKUT AYAM

Ini yang telah dipotong dan sedia untuk dihadamankan. Dicicah bersama sos cili membangkitkan selera dan kenyang untuk jadi menu berbuka puasa

PIE BISKUT DAGING
PIE BISKUT DAGING

Pie Biskut Daging ni aku dah buat 2 tahun lepas. Aku inovasikan sikit dari resipi mak. Guna susu protein ESP dan tambah cheese. Untuk resipi pie biskut daging, klik : SINI


Selamat Mencuba
Selamat Menjamu Selera
Sebelum ni entri menahan rindu . Sekarang part 2 pulak tapi bukan cerita bersambung. Ni cerita mimpi. Mimpi aku! Sungguh pun kata orang mimpi itu mainan tidur, tapi mimpi kali ni lain sikit. Ia disusuli dengan kehadiran insan di dalam mimpi itu ketika aku hampir sedar

Mungkin.... terlalu menahan rindu agaknya. Mungkin.. nak beritahu khabar sesuatu. Mungkin... nak ingatkan dan sedarkan aku dari kelalaian. Mungkin, arghhh berapa banyak mungkin daa

Mulanya....

Ada satu ketika Allah hadirkan rindu yang bersangatan terhadap arwah ayah. Mungkin (mungkin lagi) kuat berkhayal dan terbayang-bayang di kesiangan hari sehingga lah membawa ke alam mimpi di sebelah malamnya

Lama betul jumpa ayah dalam mimpi, banyak hal dilakukan bersama (tapi satu hal pun aku dah tak ingat) sehingga menangis dan tangisan itu terasa basah dimata dan bantal.  Selalu tidur keluar air liur basi tapi hari tu keluar air mata. Menangis yang sungguh-sungguh. Sukar untuk diberhentikan. Padahal dalam mimpi tu, bukan ayah ada pukul aku atau menyakitkan aku pun

Penutup mimpi itu, tanda ianya dah hampir tamat dan telah masuk waktu Subuh, entah siapa la yang Allah hadirkan untuk menjentik hidung sang pemimpi ini. Aku rasa ayah kot, takkan Malaikat. Siapalah aku ni insan banyak dosa, Malaikat nak datang kejut

Dan hidung aku benar-benar sakit kesan dijentik. Subuh dah lewat mungkin, sebab tu kena jentik. Mujur ayah tak starlite dahi atau bagi penampor. Kalau tidak, mahunya menangis 3 hari 3 malam.. hehe

Saat terjaga.. mata pemimpi ini masih basah dan hingga ke hari ini masih terfikir akan maksud semua kejadian malam itu. Mungkin dah lama tak pergi pusara ayah atau ayah nak suruh doakan dia banyak lagi. Atau.. ayah rindu aku jugak

AlFatihah buat arwah ayah (Yusof bin Abdul Latif bin Awang, 1945-2008) dan buat semua ibu bapa kita yang disayangi. Semoga jasa dan pengorbanan mak ayah kita dibalasi syurga tanpa hisab. Ameen



Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu..
Tanpamu.. ku kan rapuh


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu