bahejabella: 06/02/16

Zaman sekarang ni kan , kalau anak-anak tak jadi lawyer, pilot, doktor, engineer, menteri, perompak khazanah negara atau apa-apa sahaja kerjaya tipikal yang orang-orang kita anggap telah berjaya pun tidak mengapa lah

Tapi sekurang-kurangnya cukuplah berjaya didik anak-anak itu bila dewasa kelak, mereka akan...

1. Mampu memandu di lorong kiri jika memandu perlahan atau sederhana atau tidak memotong dan beri laluan kepada kereta di belakang yang lebih laju. Jangan bersiar-siar dan berangan semasa atas jalan raya

2. Mampu memberi isyarat jika mahu tukar laluan, lorong, masuk simpang dan yang sewaktu dengannya. Nak cilok pun agak-agak la. Tengok orang belakang dulu kalau dia macam line clear bagi laluan nak celah tu, ok la...semua orang nak cepat sampai destinasi... hehe


3. Mampu untuk tidak asyik dan ralit melayan instagram, facebook dan telefon pintar tu ketika lampu isyarat berwarna merah bertukar hijau... Ini kerana akan melambatkan pergerakan kereta di belakang lalu terperangkap dengan lampu merah seterusnya... 

4. Mampu alert dengan arah dan pertukaran giliran warna lampu isyarat supaya bila hijau je terus slow-slow tekan minyak.... Bukan masa tu baru nak terkial-kial, terhegeh-hegeh nak tukar gear, nak lepas hand brake, nak simpan bedak dalam handbag, nak tutup alat make-up, nak pakai gincu

5. Kalau nak double parking, mampu untuk tidak tarik hand break. Senang nanti orang nak tolak kereta anda atau tinggalkanlah nombor telefon tu. Bila dah tinggalkan nombor telefon, jangan pula buat mode silent! Please..

In sya Allah, dengan beberapa kemampuan tersbut, anak-anak kita ( anak-anak aku sekali la nanti bila dewasa , In sya Allah) telah pun dikira berjaya.....Berjaya untuk tidak menyusahkan ramai orang di jalan raya