bahejabella: May 2017

Selamat berpuasa. Awal Ramadhan tahun ni jatuh hari Sabtu. Perantau di kota ramai balik kampung sambut awal puasa dengan keluarga di kampung. Tengok banyak status facebook pun duk cerita jalan sana sini jam teruk

Sama la dengan aku. Acah-acah nak balik kampung la juga. Puasa dengan mak


Ni lah fenomena setiap kali nak balik kampung. Sampai dah terlebih ke luar bonet. Itupun ada lagi barang yang belum disumbat

Itulah antara big why kena buat side income tu bukan apa sangat pun. Selain nak beli rumah, nampak gaya kena jugak beli lori, barulah muat agaknya barang-barang ni semua.. hehe

Ini baru anak tiga beristeri satu.. kang tahun depan kata nak anak 10 orang, ermm memang betul-betul la abuya kena beli lori 16 tayar




Bila balik kampung , ramai la anak-anak buah duk meriahkan rumah tok diorang ni. Anak-anak buah panggil abuya ni 'ayah teh'. Malam tadi ayah teh pujuk diorang ramai-ramai tidur kat rumah tok, boleh jugak jadi baby sitter, tengok tengok kan baby Khalef. Plus.. meriah sikit la rumah tok ni. Kalau takde diorang, sunyi jugak

Diorang cakap boleh tapi dengan syarat belanja aiskrim. Masing-masing duk ugut kalau tak belanja, nak balik tidur kat rumah sendiri malam tadi

Terpaksa laa ayah teh layan kena pauu dengan korang eh. Aiskrim pun aiskrim laa malam tadi.. nanti duit raya memasing ayah teh potong la sikit. Kahkah

Biasalah musim Ramadhan tiba, mak-mak dan bapak-bapak tak kurang hebatnya mencari resipi mudah berbuka puasa mahupun bersahur. Asyik ke bazaar ajer pun boring gak kan. Ni haa aku kumpul dan koleksikan resipi mudah berbuka puasa yang ada dalam blog aku setakat ini. Takde la hebat mana, simple je. Manalah tahu kot terselit idea mahu mencuba... gittu


RESIPI MUDAH BERBUKA PUASA


1. KAMBING PERAP LADA HITAM

kambing perap lada hitam
kambing perap lada hitam

Untuk resipi boleh klik : - DISINI


2 . COCONUT CINCH SHAKE VANILLA

Coconut shake ni bukan coconut shake biasa tau. Ia diadun dengan cinch shake vanilla yang membuatkan ia sangat eksklusif. Terasa bagai berbuka puasa di hotel 11 bintang

coconut cinch shake vanilla
coconut cinch shake vanilla

Untuk resipi klik : DISINI


3. AYAM BEREMPAH CICAH KICAP BAWANG LADA

Amboii panjang naww nama juadahnya. Walaupun hanya bercicahkan sos kicap bawang lada. Ni la lauk ringkas yang sedap walaupun di bukan bulan puasa. Kena pulak dengan nasi panas. Tak toleh kiri kanan dah

ayam berempah
ayam berempah

Untuk resipi klik : DISINI


4. TULANG MASAK PESAMAH


Ni akak ipar dengan husband dia yang masak. Tulang-tulang lebihan dari daging korban time raya haji 2 tahun lepas. Hurmm mengancam sekali dipadankan dengan nasi minyak. Boleh try untuk juadah berbuka ya

tulang masak pesamah
tulang masak pesamah

Untuk resipi, klik : DISINI


5. IKAN KERISI GORENG SEDAP

ikan kerisi goreng
ikan kerisi goreng sedap

Klik untuk resipi : DISINI


6. CEKODOK SARDIN

Cekodok atau jemput-jemput ni memang favourite sepanjang zaman berzaman sejak dulu kala lagi..hehe. Dulu zaman belajar kat negara orang, sardin dalam tin yang dijual kebanyakannya bukan dalam sos tomato. Sardinnya putih sahaja. Sebab tu selalu masukkan sardin tu sekali time nak buat cekodok. Jadilah cekodok sardin

cekodok sardin
cekodok sardin

Klik : DISINI



7. WRAP AYAM

Beli je roti tortilla atau roti prata atau roti arab segera ke. Intinya tu boleh dipelbagaikan ikut kreativiti masing-masing

wrap ayam
wrap ayam

Klik : DISINI


9. CINCH SHAKE

Yang ni paling segera dan mudah. Kalau agak last minit bangun sahur, ambik 2 scop dan shake je.. burppp kenyang dan bertenaga sepanjang hari. In sya Allah

cinch shake
cinch shake

Klik : DISINI


peminat cinch shake... ben.. 
tiru macam dia okay!


10. ROTI GULUNG CELUP TEPUNG


Klik untuk resipi : DISINI



Dah.. cukuplah tu 10 koleksi yang sempat dikorek semula malam ini. Selebihnya boleh tengok DISINI. Selamat mencuba. Selamat berpuasa!






Romadhon Kareem. Allohu Akram. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua yang sedang membaca. Sahur apa pagi tadi? Macam mana terawih semalam?



Hari ni nampak ada jugak orang update dan share cerita mereka terlepas bangun sahur. Hurmm..maklumlah hari pertama, kan. Belum boleh adapt kot perubahan waktu dan keadaan walaupun dah menempuh banyak kali Romadhon dalam hidup ini. Ikutkan hati ni memang tak larat jugak nak bangun. Tapi gagahkan diri jugak la. Tu pun dah last minit jugak tadi

Kebetulan dalam group rasmi kerja aku, ada pegawai JPN share satu web atau aplikasi atau servis (comfuse nak sebut apa) cara mudah nak terkejut sahur . Sesuai sangatlah untuk yang selalu liat nak bangun atau terkejut time sahur

Walaupun boleh je guna alarm kat telefon, yang ni kalau nak kelaiann sikit, boleh laa.. hehe

Korang boleh try kat sini :-


Penuhkan form tu, masukkan nama, email, nombor telefon. Setiap pagi selama sebulan mereka akan call kejutkan anda untuk bangun bersahur. 

Oh ya.. servis ini percuma sahaja. Jom cuba. In sya Allah, membantu


Ohh angin kau kirimkan... hihi.. Sabar sabar. Ni bukan nak buat lirik menahan rindu ke apa. Tapi ni cerita anak-anak abuya yang selalu menahan rindu kat abuya. Sesekali diorang cuba melepaskan menahan rindu diorang tu dengan cara yang penuh keterujaan. Macam setahun tak jumpa abuya



Ni laa gayanya. Abuya bukan nak pegi jalan jalan pun. Baru je balik kerja, belum pun masuk parking lagi, budak-budak dah berkejaran mengekori kereta abuya. Terpaksa la stop dan masuk parking sekali dengan diorang. Dah parking tu taknak turun pulak. Nak lepak lama-lama dulu dalam kereta. Rindu sangat ler tu agaknya.Rasanya diorang mungkin berharap abuya pergi keluar jejalan..hehe



Ni pun cara diorang melepaskan rindu jugak ni dengan mengepaww abuya. Walaupun mainan yang sama tu aku rasa dah pernah beli dulu, tapi yang tu jugak la diorang nak. Pastu tak lama, ghaib entah ke mana, kan. Ermm.. tapi hujung minggu je la boleh paww paww abuya pun. Tak pun hari gaji atau bonus shaklee. Hari lain kadang-kadang kalau tak jadi singa, abuya jadi naga sakti.. haha
Harini baby hero aku sebenarnya dah masuk usia 18 hari. Tapi baru nak post story segala urusan di usia 7 hari. Kira throwback jugak la sebab haritu tak sempat nak post..hihi


“Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, yang disembelih pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, dicukur rambut kepalanya, dan diberi nama.”
 (Hadith Riwayat Abu Dawud 2838, sahih)

Rasanya ramai dah maklum sunat perkara yang dilakukan semasa hari ke tujuh kelahiran. Beri nama, bercukur kepala dan aqiqah (sembelihan kambing satu ekor untuk bayi perempuan dan 2 ekor untuk bayi lelaki).. 

Nama diberi : Khalefa Alawi 


Khalefa bermaksud pemimpin (Islam). Ejaan dimelayukan dan dalam bahasa arabnya dieja dengan huruf ta' marbutoh di akhirnya berbunyi Kholifah. Sementara Alawi pula dieja dalam arab dengan bermula huruf  'ain secara literalnya membawa maksud tinggi/ketinggian. Alawi maksud istilah yang diinginkan ialah nama bagi salah satu keturunan Rasulullah SollAllahu 'Alaihi Wasallam

Ba' Alawi ialah gelaran kepada mereka yang memiliki keturunan dari Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad AlMuhajir bin Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin Ali al Uraidhi bin Ja'far bin Sodiq bin Muhammad AlBaaqer bin Ali Zainal Abidin bin Hussain putera Ali bin Abi Tolib dan Siti Fatimah puteri Muhammad Rasulullah SollAllahu Alaihi Wasallam




Ini budak dulu panggil adik sekarang dah kena biasakan panggil kakngah. Tak pergi sekolah (taska) seminggu sebab excited sangat nak jaga baby. Itu haa sibuk duk ikut abuya daftar nama adik. Kan dah boring tunggu



Aqiqah 2 ekor kambing. Abuya tak buat majlis pun. Upah orang masak dan bungkus nasi minyak + gulai kambing untuk dihantar ke surau. Selebihnya kami jamu anak beranak dan sanak saudara terdekat sahaja


Bercukur seluruh kepala. Part ni abuya gerun sikit. Bukan takut ehh, cuma berhati hati je..hehe..Abuya risau kalau abuya yang buat, terketar ketar tangan. Tak pasal-pasal luka pulok. Nasib baik ada biras yang tolong buatkan. Dah 2 anak abuya dia yang tolong cukurkan




Khalef.. time ni kena jemur bawah matahari sebab masih ada jaundis. Abuya usung sekali dengan baby court duk luar. Dera sikit tengah panas.. hihi






Dek keghairahan yang amat sangat menyambut kehadiran adik, kakngah naurah ni bila bangun pagi tengok tak ada adik di sisi, terus cari dan tanya. Soalan dia camni : "mana baby yang dalam perut bonda tu ? " Gittu je dia sebut sebab masih belum ada nama, kan

Dan disebabkan keghairahan itu jugak, dah masuk 4 hari dia taknak pergi sekolah (taska). Nak duk rumah, jaga baby agaknya.. habisslah abuya kena cari idea baru macam mana nak pujuk dia start pegi sekolah semula


Satu lagi keturajaan kak ngah ialah nak angkat baby duduk atas riba dia. Makk aii... Satu pagi tu, time tinggal dia dengan baby je dalam bilik. Elok bila bangun tidur, kakngah terus angkat sendiri baby letak atas riba. Mujurlah sempat tengok sebab tengkuk baby masih lembik dan kakngah naurah tak muat tangan (tak cukup luas bukaan dakapan tu) untuk nak rangkul baby tu.. walaupun tak seirus, tapi risau laa jugak

Semangat nak main dan jaga adik tu ok dah. Tapi tuu lah, berani sangat..Bila ditegur, merajuk pulak dia.. hihi


ni kami boria merah harini..


Fenomena dan viralnya ESP (energizing soy protein) serta keghairahan perniagaan shaklee ini menyebabkan ESP selalu kehabisan stok!

Hal ini demikian berkemungkinan besar orang ramai dan pengamal tegar ESP mahu mendapatkan bekalan stok ESP kegemaran sebelum berakhirnya bulan April kerana ada sedikit kenaikan harga pada bulan Mei ini. Orang ramai juga mahu mengorder ESP untuk bekalan bersahur pada bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi.. kenyang wehh sahur dengan ESP..! Blend dengan kurma lagi sedap!
ESP


Pada 28 April yang lepas ,berbondong-bondong ESP sudah pun masuk ke Malaysia, namun tak sampai 24 jam hari yang sama dah kembali kehabisan stok...insufficient quantity. Ramai yang nangis tepi bucu tangga

Walaupun management Shaklee terpaksa limitkan setiap pengedar hanya boleh membeli secara online sahaja di web sebanyak 20 tong seorang, namun ia tetap licin dengan derasnya. Laman web pun sesak! Ada yang tak boleh nak masuk web untuk order pun


Kini, mereka yang berhajat mahu bertukar protein ESP kepada protein Cinch Shake untuk bekalan bersahur dan tenaga di bulan puasa pun menempah laluan pilihan agak sukar apabila cinch shake perisa vanila dan latte turutt kehabisann stok..giler lariss. Yang tinggal hanya Cinch Shake Coklat yang macam big bro ben ashaari ni order :-

Cinch Shake Coklat...tiada laktosa, lazat dan lemak semulajadi... jom order sekarang!!

Sebenarnya, semalam, Jumaat (5 Mei), stok-stok terakhir ESP dari shipment 28 April tu dah masuk Malaysia.. Berkobar-kobar kita nak mengorder hajatnya selepas Solat Jumaat. Setiap pengedar pula kali ni hanya boleh order 10 tong sahaja

ulasan dari taiko shaklee, Master Haji Roslan


Rupa-rupanya ku sangka panas sampai ke petang, tak kesampaian apabila stok ESP kali ini telah habis diorder di web di pagi Jumaat hanya beberapa jam sahaja selepas diiklankan kewujudannya semula.. Penggemar ESP yang tak sempat grab kena tunggu lagi laa nampaknya

Kalau nak protein organik ni sekarang, boleh cuba Cinch Shake perisa Coklat. Kalau korang nak tunggu ESP jugak, belum pasti laa bila akan tiba.. kang jangan nangis sampai dah tak ada bucu nak sandar pulok apabila cinch shake coklat juga akan kehabisan!

Jom order..

013 976 1627
013 976 1627
013 976 1627

Muhammad Nizam


Alhamdulillah wa syukru Lillaah, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam dengan kuasa dan kehendakNya yang mengizinkan sesuatu kejadian berlaku

Setelah penantian selama hampir 3 tahun lebih (selepas adik naurah salsabeela), pada tanggal 2 Mei 2017 bersamaan 5 Sya'aban 1438 Hijrah, lebih kurang jam 6.22 pagi, maka lahirlah waris terbaharu abuya ke dunia ini. Dan kali ini, seperti jangkaan awal, waris abuya adalah seorang hero.. boboiboy.. wahh ada geng la nanti nak gaduh

Lama betul abuya bersedia tunggu baby kali ni lahir apatah lagi ia diselangi dengan ujian keguguran (miscarriage) pada tahun lepas. Adik naura pun dah bosan agaknya asyik main dan gaduh dengan kakak. Selalu jadi mangsa buli kakak je. Dia pun dah lama dengar orang sokmo panggil dia 'adik'... kali ni orang panggil dia 'kakngah'...

selepas diazankan

adik naurah officially dah jadi kak ngah

syyhhh... diam.. diam.. baby tidur

Alhamdulillah, setakat ni perjalanan kelahiran ketiga-tiga adik beradik ni dipermudahkan.. smooth je

Bondenya pun bersalin macam biasa, tak terlalu lama over due, sakit sebelum bersalin pun tak lama, teran sikit-sikit je dah keluar. Syukur sangat apabila tak ada juga apa-apa masalah berat selepas bersalin. Cuma baby ada kuning sikit-sikit tu biasalah. Doa-doakan ye cepat sembuh!