05 December 2016

Masjid memang tempat utama ibadah dan sepatutnya menjadi pusat komuniti masyarakat. Apa sahaja aktiviti bermanfaat selain ibadah khusus boleh je dijalankan di masjid seperti mesyuarat, perjumpaan masyarakat, usrah, kem, ceramah, kuliah, kelas mengaji, tayangan video teladan dan jamuan. Selama mana berniat 'iktikaf, In sya Allah beroleh pahala. Dengan memastikan adab-adab dalam masjid terjaga la ye...

Tapi kalau dalam perjalan atau permusafiran, aku lebih suka singgah di Petronas terutamanya pada waktu malam... 

Walaupun minyak petrol dari Petronas selalunya menjadi pilihan akhir untuk mengisi minyak kereta (akulah.. korang aku tah tahu la ..kan), tetapi masih ada satu keistimewaan Stesen Minyak Petronas yang rata-rata tak boleh dipertikai iaitu keselesaan tandas dan tempat persinggahan semasa perjalanan. Stesen minyak lain ada juga yang best, tapi sangat nadir (jarang), dalam 10 mungkin ada satu atau dua sahaja yang best dan selesa. Kalau stesen Petronas pula, dalam 10, mungkin 7, 8 , 9 daripadanya adalah sangat best dan highly recommended untuk disinggahi dan dikunjungi

Kadang-kadang, berhenti singgah untuk berehat atau ke tandas di stesen minyak Petronas lebih menjadi pilihan berbanding berhenti singgah di surau atau masjid. Kenapa ye? Kerana tandas surau/masjid kita ada yang kurang bersih dan ada yang terlalu kotor atau tersumbat. Selain faktor kedudukannya dengan surau/masjid kadang-kadang berjauhan dan gelap (jika singgah waktu malam) serta berkunci. Kalau dah gelap dan jauh, ermm memang taklahh nak singgah. Kadang-kadang tu nak cari tandas pun boleh tersesat

Bukan setakat tandas berkunci, siap dengan masjid dan surau sekali depa kunci. Macam mana la orang nak imarahkan kalau tersinggah malam-malam... Statement aku ni disokong oleh Ustaz Haryanto dalam Tanyalah Ustaz, TV9 ye..hehe. Ustaz Haryanto cakap, kalau dah takut sangat orang curi duit tabung masjid/surau, duit yang terkumpul tu haruslah dikira dan dikumpul siap-siap setiap malam dan dikumpulkan di tempat lain. Contoh : peti besi berkunci atau bilik kebal atau terus masuk bank. Jangan dibiarkan semua duit-duit tu masih berada dalam tabung-tabung di tiang-tiang dalam masjid sebelum semua orang beredar/mengosongkan masjid/surau pada sebelah malamnya


Salah sebuah stesen minyak Petronas yang kami singgah (Petronas Kijal, Kemaman) ketika perjalanan nak weekend getaway di Swiss Residence, Kuantan.. bulan lepas.. lengkap dengan tandas lelaki dan perempuan serta surau lelaki dan perempuan. Sangat selesa


Di stesen Petronas bukannya tak ada tandas rosak atau tersumbat, kadang-kadang tu ada je satu dua tempat yang tak selesa. Tapi kalau kita dah aim dan kenal sesuatu tempat tu baikkk punya untuk singgah, ermm memang selalu la akan berhenti situ..kan. Faktor utama ialah keselesaan tandas, bersih, dekat dengan parking, air paip laju, ada wayar getah, ini semua sangat penting terutamanya time nak basuh berak anak... 

Surau selesa dan faktor utama jugak yang mungkin menjadi tarikan orang ramai ialah kerana terdapatnya kedai jual macam-macam keperluan...kannn

At least boleh beli air mineral. Budak-budak ni pulak pantang jumpa kedai.. tergedik-gedik la nak itu nak ini.. ATM pun ada, ia sangat penting untuk orang ramai. Kalau musim perayaan, lagi la ramai orang singgah di merata-rata stesen minyak kan. Surau di situ kadang-kadang beratur panjang nak masuk. Kenapa di masjid kurang ye? Ada... tapi tak semeriah di stesen minyak

Bukan salah masjid. Masjid tak berdosa.. Orang je tak reti nak jaga kebersihan. Bab bersih pun dah fail , macam mana nak lawan Amerika. Masjid tu jarang ada yang upah orang cuci tandas atau ada kontrak kebersihan. tak seperti Petronas.. Pandai-pandai lah sama-sama jaga kebersihan. Tolong lah.. Jommm... imarahkan masjid. Aku... dan kau sekali lah

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu