19 September 2015

Sudah terang lagi bersuluh , bahkan seolah tiada lagi ruang gelap untuk sembunyi. Tiada lagi lorong selamat untuk menutup ketirisan

Hei manusia buta akal , buta fikir! Buka mata, buka akal! Tolong lihat kerakusan rejim! Tolong perhati masuk dalam benak fikirmu. Ekonomi sudah gawat , tenat , bejat dan hampir nyawa-nyawa ikan. Tiada pertumbuhan baharu pun , pelabur pun menyusut. Nilai ringgit? agak-agaknya  hujung tahun ni mencecah RM 5 = USD 1? Bukan nak cuit isu politik picisan. Kalau pun benar isu politik, apa salahnya? Kalau entri hiburan , artis situ artis sana, syok pula? Tak annoying pula , kan?

Oh lupa. Kamu orang kaya mungkin. Tak perlu ambil tahu hal sekeliling. Sang rejim berlaku kejam pun , kamu rileks saja sambil layan drama khayal , makan jajan. Nun sebelah rumah kamu , ada orang nak rampas tanah, nak jual kampung , jual negeri kamu, kamu rileks saja kan. "Ohh bukan rumah aku , biarlah"

Nanti terkena batang hidung sendiri, anak beranak kamu, baru kamu rasa. Rasa nak buka mata. Nak tuntut hak. Nak marah

SURAT PEMBATALAN PROGRAM DAKWAH DAN SYIAR AGAMA

Yang terbaru , paling terasa cukup terkesan , aktiviti kementerian pendidikan, dibawah dakwah dan syiar Islam peringkat kebangsaan pun dibatalkan. Senang cerita , tiada bajet. Krisis kewangan. Huhh malang sungguh program agama. Program joget-joget, kpop kpop berjalan seperti biasa pula ye

surat KPM
Surat KPM

mesej dari KPM
Mesej dari KPM
Mesej ni pembatalan program perkhemahan kadet remaja sekolah. Ia telah pun disahkan oleh pegawai Jabatan Pendidikan Negeri


Tepuk dada , gosok perut!

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu