10 April 2016

كفى بالموت واعظا
kafa bilmauti wa 'idzon ( cukuplah kematian itu sebaik-baik pengajaran )

Post yang tertangguh. Dua bulan berturut-turut keluarga aku (sebelah mertua) menerima ujian hebat iaitu pada februari dan mac yang lalu. Kebetulan pula berlaku ketika cuti sekolah. Cuti bersempena tahun baharu cina dan cuti pertengahan penggal pertama persekolahan. Dua biras aku meninggal dunia selang sepurnama. Dua orang biras yang tinggal berjiran sahaja , atas tanah yang berhampiran dan dalam satu pagar yang sama. Dugaan hebat buat keluarga ipar aku yang mengalami ujian ini dan juga bagai tamparan yang sangat menguji keimanan buat ahli keluarga terdekat seluruhnya

Kematian yang datang tanpa disangka-sangka , tanpa kami bersedia dengan segala kemungkinan apabila hanya diketahui sakitnya di saat-saat akhir. Di saat-saat sakitnya sudah kritikal sampai tahap 4/5 mengikut ilmu perubatan manusia, kami ahli keluarga kuatkan semangat masih mengharapkan keajaiban jika mungkin akan berlaku. Apatah lagi dengan hadirnya khabar-khabar yang sedikit menenangkan hati bahawa adanya tanda-tanda positif

Namun benar ayat pengkhabaran Allah , ajal jika datang , tepat ketentuan masanya , tidak sedikit pun dilewatkan dan tidak sedikit pula diawalkan. Dua orang biras saya pergi jua menghadap Ilahi. Kepulangan yang abadi.

antara mesej-mesej akhir abang ipar saya ( ahmad amzad ) sebelum isterinya , Suriati (biras saya) 
meninggalkan dunia buat selama-lamanya untuk pulang menghadap Allah

biras saya yang kedua , Tolhah Taib (abang ah ) yang meninggal sebulan selepas 
arwah kak ti ( Suriati )



Semoga Allah merahmati kedua-duanya, mengampuni dosanya segala, mempermudahkan urusan alam barzakh , dilapangkan seluas-luasnya tempat kuburnya, diringankan hisab, dihitung amal ikhlas , ditempatkan bersama insan-insan pilihan Allah dan menjadikan anak mereka soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya

Sungguh, Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sungguh , ujian ini sangat menyentakkan hati dan jiwa-jiwa yang sedang ketiduran. Mereka sudah melalui satu fasa baharu hidup di dunia. Mereka satu langkah terkehadapan sedang menuju Sang Pencipta. Tiba nanti giliran kita pula yang masih bernyawa. Semoga mati kita dalam taubat. Mudah-mudahan mati kita dalam sempat. Sempat mohon ampun , sempat kembali jika jauh tersesat. Cukuplah kematian menjadi sebaik-baik pengajaran dan peringatan. Untuk aku dan untuk kamu sekali lah. Ameen


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu