APABILA ANAK MULA MASUK SEKOLAH

APABILA ANAK MULA MASUK SEKOLAH


Apabila seorang demi seorang anak kita masuk alam persekolahan, terasa terlalu cepat dunia ini berputar, dan terasa terlalu cepat zaman kanak-kanak mereka pergi. Terasa masih banyak masa yang tersia waktu kecilnya. Lalu saat ni terasa seperti genggaman tangan kita dan anak-anak semakin longgar, suara manja mereka semakin memudar dan selangkah demi selangkah mereka menuju ke fatrah kita kembali hidup berpasangan.. terasa kita sudah semakin tua.. dan tua








Kita baru sedikit mula terasa, tetapi kita lupa sudah sekian lama bonda dan ayahanda kita tempuhi itu semua. Mereka sangat sunyi tanpa tawa riang kita. Mereka kembali menjadikan bahu antara satu sama lain sebagai tempat melabuh kerinduan terhadap anak-anak.  Mereka menyembunyikan kesedihan mereka yang paling dalam. Dulu mereka setia pujuk kita dan hilangkan semua air mata kita. Mereka tak biar kita terluka




Mereka merahsiakan kesakitan dan kepedihan dan menzahirkan kegembiraan, sedangkan Dia sahaja yang tahu betapa perit melepaskan anakandanya pergi berdikari..

Ya Allah bahagiakanlah ibu bapaku sebagaimana Engkau menjadikan kepetahan kami sewaktu kecil dahulu sebagai kebahagiaan mereka..

Ampunkanlah dan rahmatilah ibu bapaku..
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com