20 July 2015

Abu Laits As Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin mengisahkan : ada Nabi-nabi yang bukan Rasul , menerima wahyu dalam bentuk mimpi. Seorang nabi telah bermimpi menerima perintah berbunyi ; " Esok Engkau keluar dari rumah waktu pagi menghala ke Barat, Engkau hendaklah membuat lima perkara. Yang pertama, engkau jumpa, makanlah. Kedua ,engkau sembunyikan. Ketiga , engkau terimalah. Keempt, jangan putuskan harapan. Kelima , larilah daripadanya. "

1 - MAKANLAH AKANNYA

Esok harinya , Nabi itu keluar menuju ke Barat. Yang pertama ditemuinya ialah sebuah bukit berwarna hitam. Nabi itu kebingungan. " Sungguh aneh, aku diperintahkan memakan apa yang pertama aku temui. "

Dengan bertawakkal kepada Allah, Nabi itu menuju ke bukit tersebut untuk memakannya. Tiba-tiba bukit itu menjadi kecil sebesar roti dan Nabi itu pun memakannya. Rasanya sungguh manis seperti madu dan mengucap syukur kepada Allah

2- SEMBUNYIKAN IA

Selepas itu pula , Nabi tersebut terjumpa pula sebuah mangkuk emas. Lantas Nabi tersebut menggali lubang untuk menyembunyikannya. Apabila mahu berangkat , mangkuk itu terkeluar semula lalu ditanamkannya semula. Tetapi ia tetap terkeluar juga, sehingga tiga kali berturut-turut. Nabi itu pasrah dan berkata "Aku telah melaksanakan perintah-Nya " dan meneruskan perjalanan

3- TERIMALAH IA

Sejurus kemudian , Nabi itu terserempak dengan seekor burung kecil dikejar seekor helang. Burung kecil itu merayu, " wahai Nabi Allah , tolonglah aku" . Nabi tersebut merasa simpati. Diambilnya burung kecil itu lalu dimasukkan ke dalam bajunya

4 - JANGAN PUTUSKAN HARAPAN

Helang itu datang menghampiri Sang Nabi dan berkata, " wahai Nabi Allah, aku sangat lapar, aku telah mengejar burung itu sejak pagi lagi. Janganlah engkau putuskan harapanku dari rezekiku"
Teringat akan mimpinya , lalu Nabi tersebut memotong sedikit daging pehanya buat menggantikan rezeki sang helang

5- LARILAH DARIPADANYA

Denngan pehanya yang luka , Sang Nabi meneruskan perjalanannya demi menunaikan perintah Allah. Sebentar kemudian , Nabi itu terserempak (terjumpa) dengan satu bangkai yang amat busuk. Tergesa-gesa Nabi itu lari kerana tidak tahan akan baunya

MAKSUD DI SEBALIK PERISTIWA

Setelah kembali , pada malam harinya Nabi itu berdoa ; " Ya Allah , aku telah laksanakan seperti mana yang diperintahkan. Maka tolonglah jelaskan apakah ertinya semua ini "

Ketika tidur , Nabi bermimpi lagi. Allah memberitahu ; " Yang pertama engkau makan ialah marah. Mulanya besar tetapi jika bersabar dan dapat mengawalnya, ia akan menjadi lebih manis daripada madu

Yang kedua ialah amal kebaikan. Walaupun disembunyikan , ia akan tetap nampak jua. Yang ketiga, jika sudah menerima amanah, janganlah mengkhianatinya

Yang keempat, jika orang meminta kepadamu, usahalah untuk menunaikan hajatnya meskipun engkau sendiri sedang berhajat. Yang kelima ialah , yang busuk itu adalah ghibah (mengumpat atau mendedah keaiban orang lain). Larilah dari mereka yang membuat ghibah



Sebarkan bahagia ! Selamat beramal!

Dah sebulan berpuasa , perut dan sistem seisinya pun dah terbiasa dengan keadaan tidak disumbat apa-apa makanan dan minuman sepanjang hari. Ini tarbiah mudah dari Allah sebenarnya , setelah 11 bulan perut bekerja , akhirnya tiba satu bulan perut perlu berehat , kan? Lebih menyihatkan tubuh badan jugak

Alkisah selepas sebulan berpuasa , tiba lah hari raya yang di nanti-nanti. 1 Syawal diharamkan berpuasa. Nak tak nak kena makan juga. Mana tak terliur ketupat , rendang , nasi minyak mak masak. Malam pulak pekena tapai pulut yang tetamu bawak. Perghhhh kembung perut. Paling win sekali lepas makan tapai , minum pulak air gas. Cerah masa depan

Bukan sekali kena cirit birit. Banyak kali raya juga perut meragam semacam. Perut terkejut kot lepas sebulan tak makan siang hari , tiba-tiba telan macam-macam. Kadang-kadang kalau sendawa pun , nafas bau semacam. Tandas kerap kali dikunjung walaupun di rumah saudara mara. Selalunya dua tiga hari juga fenomena ini. Kadang-kadang kemuncaknya lepas dua tiga hari apabila sekali akan muntah. In sya Allah , lepas muntah , baik seperti sedia kala

PENAWAR CIRIT BIRIT

Sekarang kurang sikit risau cirit birit atau senak perut sebab dah ada perisai dan pendinding. Penawar cirit birit hari raya dan perisai berkunjung ke rumah-rumah terbuka. Jangan lupa bawa bekal perisai yang mujarab ini. Detoks dan flush terbaik pernah saya amal dan rasa. Kembung pun dah kempis sikit. Di samping amat membantu masalah sembelit dan pecahkan lemak. Hehe. Sebenarnya ada lagi dua jenis kegemaran, phytocol untuk halang kolesterol dan peppermint ginger plus. Tapi stok dah habis sebelum raya. Bawak bekal tiga ni je lah


ALFALFA , LECITHIN , HERBLAX
ALFALFA , LECITHIN , HERBLAX


Allah Maha Penyembuh

Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director

INFO LANJUT :-
FB : Muhammad Nizam
sms/whatsapp : 013-976-1627
emeil : [email protected]

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu