PELAKSANAAN KASUT SEKOLAH WARNA HITAM BERMULA 2021

PELAKSANAAN KASUT SEKOLAH WARNA HITAM BERMULA 2021

Selamat berhujung minggu. Hujung tahun dan cuti sekolah panjang bakal bermula. Tapi mak-mak ayah sudah tentu telah memikirkan sedikit sebanyak bajet untuk sesi persekolahan anak-anak tahun hadapan, 2019

Untuk penggunaan kasut sekolah warna hitam, pelaksanaannya secara rasmi akan bermula pada tahun 2021. Pekeliling dan kenyataan media telah pun keluar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Kenyataan Media KPM,
Pelaksanaan Pemakaian Kasut 
Berwarna Hitam Oleh Murid Sekolah


Oleh itu : 

1. Sekolah tidak perlu mewajibkan pemakaian kasut warna hitam pada tahun 2019

2. Pelaksanaan ini secara berperingkat, mengambil kira pandangan semua pihak terutama syarikat pengeluar kasut, yang mungkin banyak terjejas jika dilaksanakan secara mengejut tahun hadapan. Bagi can diorang habiskan stok kasut putih dulu, ok

3. Untuk mak ayah yang belum lagi beli kasut, boleh teruskan beli kasut putih

4. Untuk ibu bapa yang telah pun beli kasut berwarna hitam (awalnya korang beli) untuk anak-anak, teruskan sahaja memakai kasut tersebut pada tahun hadapan walaupun ramai murid yang masih pakai kasut putih. Elakkan pembaziran jika nak beli sekali lagi kasut putih. Nanti kasut hitam yang dah beli tu bila time nak pakai, kaki dah tak muat pulak

5. Jika pihak sekolah telah mewar warkan ingin melaksanakan keseragaman warna kasut hitam bermula tahun hadapan, ibu bapa yang mana masih belum beli lagi tu, boleh la beli kasut hitam. Pun begitu, kalau nak pakai kasut putih juga, pihak sekolah sepatutnya tiada hak memaksa atau mengenakan denda
MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN UNTUK PENGIDAP ANGIN MEDU

MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN UNTUK PENGIDAP ANGIN MEDU


Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:

MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN UNTUK PENGIDAP ANGIN MEDU


1 - Makanan/Minuman yang Sejuk

-Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.

- Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.

- Air batu, air wap, air kelapa dan air teh

2. Makanan/Minuman Masam (berasid)

Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.

3 - Daging kerbau.

4 - Makanan/Minuman Bergas

a. Durian.
b. Tapai.
c. Air botol/tin bergas.

5 - Makanan/Minuman mengandungi Kafein.

a. Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.

b. Rokok.

6. Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin

a. Petai, jering dan kerdas


petai jeruk


b. Susu tin (cair, krimer atau pekat manis)


SUMBER : FACEBOOK SEMUTAR HITAM, Pengamal Perubatan Tradisional (aku selalu follow dia untuk study ilmu angin, sebab ramai yang tanya suplimen buang angin)

Tanda-tanda Angin Medu

(menurut Semutar Hitam)

1. Selalu fikir nak mati
2. Perasaan takut tak bersebab
3. Berdebar, pucat. lesu, tak bertenaga
4. Sesak nafas / tak puas bernafas
5. Selalu sakit kepala
6. Kerap sendawa
7. Sejuk kaki
8. Perut kembung
9. Senak ulu hati
10. Nak muntah
11. Hidup tak tenang


Cara Buang Angin Medu


1. Menurut cara perubatan Tuan Semutar Hitam :-

Mengikut apa yang saya tahu cara kampung, angin medu yang sesat harus di panggil balik ketempat asalnya. 

Caranya dengan di pangkah di perut dengan kapur, kemudian di golek-golek pusat sambil membca jampi untuk memanggil angin kembali ketempat asal kemudian tekan sebagai syarat matikannya disitu

Kaedah ini perlu 3x ulangan antara syaratnya. Insya Allah akan ada perubahan

(Ini menurut pengamal perubatan tradisional di atas ye, kita respect sahaja ilmu beliau)


2 - Banyak perkongsian petua - petua tradisi lain, antaranya ialah mandi dengan air limau yang telah disejukkan dengan ais. Baca SINI


3 - Amalkan suplimen nutrisi untuk bantu buang angin dalam badan





SET BAJET





SHAKLEE TERENGGANU

013 976 1627
013 976 1627
013 976 1627



ANTARA 3 MAKANAN VIRAL POPIA VIETNAM, TAUHU BERGEDIL DAN FRUIT PASTRY CAKE

ANTARA 3 MAKANAN VIRAL POPIA VIETNAM, TAUHU BERGEDIL DAN FRUIT PASTRY CAKE

Ketiga-tiga juadah viral ni dah lama tengok dalam facebook. Yang terbaharu tu tentulah fruit pastry cake. Menggiurkan je kalau tengok buah peach yang terletak elok atas kek. Mengidam la jugak nak rasa ketiga-tiga juadah viral ni




Sekian lama mencari orang dekat-dekat yang jual, susah gak nak jumpa. Ada yang buat pun hari tu aku tanya dia sibuk nak buat untuk majlis perkahwinan dulu. Kempunan aku. Nak order dengan cikza.com macam jauh dan agak mustahil. Tengok rakan-rakan blogger lain duk order dia punya tauhu bergedil tu.. perghhh memang terliur

Akhirnya terjumpa juga orang yang jual tauhu bergedil dan popia vietnam. Beli dengan orang kampung dekat sekolah je. Boleh tahan sedap. Rahsianya pada sos yang mantap! Baru terangkat



Yang ni kek fruit pastry kejadian viral terbaharu di alam facebook. Tak minat sangat, tapi ermmm boleh laa buat desert di petang hari. Sekurang kurangnya dah pernah rasa.. hehe

Dan kalau tanya aku antara ke tiga-tiga makanan viral ni yang menjadi pilihan utama aku, tak lain tak bukan tentulah tauhu bergedil. 4 bungkus dengan 8 biji tauhu setiap satunya, aku boleh habiskan... kihkih

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com