KEDAI NASI MINYAK JOHN, KUALA TERENGGANU
Dah lama dengar-dengar kemasyhuran dan kelazatan nasi minyak john ni. Tapi sekadar dengar dan telan air liur je la. Weekdays kan kerja, hari cuti je boleh pergi beli, itu pun kalau tak mengantuk dan mood rajin nak drive pusing bandar
Pepagi jumaat ni tetiba datang mood rajin yang dah lama aku harapkan dalam diri aku. Cuba gagahkan diri untuk drive. Jalan pun lengang je , tenang dan damai. Rileks
![]() |
Budak ni bangun awal , boleh ikut abuya pusing bandar |
LOKASI KEDAI DAN HARGA NASI MINYAK JOHN
Kedai nasi minyak john ni terletak di Jalan Tok Lam , Kuala Terengganu. Berdekatan dengan Yen Tin Midtown Hotel. Bersetentang dengan deretan kedai yang berhampiran SK Paya Bunga
Harga dijual antara RM 3 hingga RM 5 mengikut lauk yang dipilih. Aku beli 7 bungkus , lauk gulai ayam , tambah 2 biji telur rebus. Ayam boleh tahan besar.Semua sekali berjumlah RM 32.50
Aku rasa okay dan berpatutan. Lazat diterjemahkan sehingga ke tulang rusuk kiri kanan aku ni ha. Orang kata, nasi minyak kosong sahaja tanpa lauk pun sedap
Asal usul nama nasi minyak john boleh BACA SINI
Dek kerana kelazatan dan kemasyhuran nasi minyak john ini , dikhabarkan ketika bulan Ramadhan , ia laris dan cepat habis. Di bazar , kalau orang lain tutup pukul 7 , tapi lebih kurang pukul 4 petang, nasi minyak john ni sudah habis. Alhamdulillah rezeki masing-masing
![]() |
Rebranding nama kedai , restoran seerai wangi |
![]() |
bungkus simple je |
![]() |
nasi minyak john |
![]() |
Gulai ayam , dimasukkan sekali telur rebus |
Selamat mencuba!