Kisah Benar 4 Isteri Lelaki Ini Terbongkar

Kisah Benar 4 Isteri Lelaki Ini Terbongkar

Tersebutlah kisah lelaki yang memiliki 4 orang isteri :

Isteri pertama : Tua dan jelek, kebiasaa nya tidak diperhatikan dan dipedulikan

Isteri kedua : Agak cantik, comel, agak diperhatikan

Isteri ketiga : Sangat cantik, comel, lawa dan cukup diperhatikan

Isteri keempat : Paling cantik, sangat diperhatikan dan disanjung-sanjung serta diutamakan!

Waktu pun berlalu begitu pantas dan tibalah saat sang lelaki (suami) tersebut mahu meninggal dunia, lalu dipanggil lah 4 orang isterinya itu

Apabila dipanggil isteri ke empat yang paling cantik lawa itu dan ditanya : "Mahukah ikut menemaninya ke alam kubur ? " Si isteri menjawab : "Sorry, cukup sampai di sini saja saya ikut dengan mu..."

Saat dipanggil isteri yang ketiga dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab : "Sorry, saya hanya akan menghantarmu sampai di bilik mayat dan paling jauh pun sampai di rumah sahaja "

Kemudian dipanggil isteri yang kedua dan ditanya hal yang sama. Maka dia pun menjawab : "Baik, saya akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur, setelah itu Bye Bye."

Si Suami sungguh kecewa mendengar semua itu.Tetapi inilah hakikat kehidupan dan menjelang kematian

Lalu dipanggil lah isteri pertama yang selama ini tidak dipedulikan. Apabila ditanya hal yang sama, si suami sungguh tak menyangka akan jawapannya : "Saya akan menemani ke manapun kamu pergi dan akan selalu mendampingimu "

Pendedahan siapakah isteri pertama sampai ke empat 

Isteri ke empat adalah "harta dan kekayaan". Mereka akan meninggalkan jasad kita di saat setelah kita meninggal dunia

Isteri ketiga adalah "teman-teman" kita. Sebahagian mereka hanya akan menghantar jasad kita hanya setelah disembahyangkan

Isteri kedua adalah "keluarga", saudara dan teman rapat kita. Mereka akan menghantar kita sampai di kuburkan, dan akan meninggalkan kita setelah mayat kita dimasukkan dalam liang kubur dan ditutup dengan tanah

Isteri pertama adalah "tindakan dan amal perbuatan" kita selama hidup di dunia. Apa yang disemai, itu lah yang akan dituai. Hanya itulah peneman paling setia di kubur. Hanya itulah bekalan terbaik yang dapat dibawa apabila sudah sampai waktunya nanti
Senandung Kematian

Senandung Kematian

Kematian adalah sebuah misteri. Misteri dalam banyak hal dan keadaan termasuk apakah setelah ajal menjemput, kita akan menjadi penghuni surga atau neraka? Tidak seorang pun yang tahu! Misteri tentang kehadirannya yang entah bila menjemput

Murid AlImam Syafi'e Rahimahullah iaitu Imam Al-Muzaniy, menceritakan suatu hal luar biasa. Katanya, “ Saat Imam Syafi'e sakit dan kemudian wafat, aku berkesempatan menjenguk dan menanyakan khabar kesihatannya

Imam AsSyafi'e menjawab: ‘Aku akan segera meninggalkan dunia, berpisah dengan saudara. Sejenak lagi, aku akan meneguk gelas kematian dan akan menghadap Allah

Aku tak tahu, apakah rohku akan terbang menuju ke syurga, ataukah akan terlempar ke neraka?" Kemudian beliau menangis perih sambil bersenandung." (Imam Syafi'e antara Imam/Ulama' yang terkenal dengan syair-syairnya)

إليك إله الخلق أرفع رغبتي * وإن كنت يا ذا المن والجود مجرما

Hanya kepada-Mu wahai Tuhan seluruh makhluk, kupanjatkan usahaku, meskipun diri ini, wahai Tuhan Maha Pemilik Anugerah dan Kebaikan, bergelumang dosa


فلما قسا قلبي وضاقت مذاهبي * جعلت الرجاء مني لعفوك سلما 

Ketika hati ini makin mengeras dan segala harapan mulai sinar, aku berharap akan keampunan-Mu sebagai Penyelamat

تعاظمني ذنبي فلما قرنته * بعفوك ربي كان عفوك أعظما 

Aku sedar begitu besarnya dosa-dosaku, tapi jika kubandingkan dengan keampunan-Mu, wahai Tuhanku, ternyata keampunan-Mu jauh lebih besar


وما زلت ذا عفو عن الذنب لم تزل * تجود وتعفو منة وتكرما

Engkau sentiasa Maha Pemaaf atas segala dosa, senantiasa Maha Memberi kebaikan dan keampunan sebagai nikmat dan kemuliaan


فلولاك لم يغو بإبليس عابد * فكيف وقد أغوى صفيك آدما

Andaikata bukan keranaMu, tidak seorang pun ahli ibadah boleh disesatkan iblis, bagaimana tidak, sedang dia pernah menyesatkan kekasih-Mu, Adam


فإن تعف عني تعف عن متمرد * ظلوم غشوم ما يزايل مأثما 

Jika Engkau memaafkan aku, maka Engkau telah memaafkan seorang pemberontak, zalim dan sewenang-wenang yang selalu berbuat dosa


وإن تنتقم مني فلست بآيس * ولو أدخلت نفسي بجرمي جهنما

Dan jika Engkau menyiksaku, maka aku tak akan berputus asa, walaupun aku telah Engkau masukkan ke dalam Jahanam lantaran dosaku


فجرمي عظيم من قديم وحادث * وعفوك يا ذا العفو أعلى واجسما

Dosaku, baik dulu mahupun sekarang memang sangat besar, namun keampunan-Mu, wahai Sang Maha Pemaaf, aku yakin lebih tinggi dan lebih besar
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com