02 June 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

banner sponsor
jom sponsor


EXCHANGE FEED GROUP akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
 

KELEBIHAN & MANFAAT SPONSOR

Sponsor boleh memilih 3 daripada perkara di bawah :- 

1 - like page (like akan bertambah)
2 - add fb (friends akan bertambah)
3 - follow blog (follower blog akan bertambah)
4 - bloglist, blog anda akan diletakkan pada semua bloglist peserta
5 - follow instagram (follower akan bertambah)
6 - boleh kemukakan permintaan lain dan kami akan pertimbangkan.


EFG mempunyai 46 blogger yang akan mempromosikan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 yang akan bermula 10-6-2015 sehingga 9-7-2015.

Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
Dua tiga minggu lalu, template blog ( tema diet made easy ) rosak, bagaikan hampir separuh nyawaku dirobek-robek kerna tempate yang ini amatlah kesayangan , hasil penat lelah  sendiri yang cari dan upload. Mungkin simple je bagi otai , tapi berjaya cari dan upload sendiri template tu amat bermakna bagi saya. Ye la tengok hasil sendiri kan nikmat lain sikit. Memang menikam jiwa lah bila dah jadi macam tu. Nak main tukar-tukar yang asal dulu pun dah berpeluh ketiak dua hari. Amaklumlah amatur yang sangat-sangat amatur

Tiada angin tiada ribut , tanpa pesan tiba-tiba sahaja boleh rosak. Entah kenapa beberapa kedudukan widget boleh senget dan sangat sukar untuk diperbetulkan. Sehinggalah saya terpaksa mengimport admin , sahabat saya , pakar dari Exchange Feed Group yang menggelarkan dirinya ewento marcello ( sounds like feghanchis sangat ) , dia pentaksub tegar kelab yang tak menang apa-apa piala pun musim lepas dan selalu je tewas dengan Barcelona , alaa kelab yang ada wayne rooney tu

Dek kerana kerosakan dan bermain tukar berjuta-juta templates lain , ermm akhirnya semua bloglist pun hilang termasuklah list-list blogger otai  yang sangat banyak membantu dan menyokong di awal kemunculan. Kalau si ewen yang otai ni pun tensen nak bantu pulihkan blog rosak ni tempoh hari , bayangkanlah saya yang amatur ni terkebil-kebil nak buat , ermm hampir migrain dibuatnya , mujur ada viviv melegakan. Semangat blogging pun luntur sikit. Majoriti hanya reviews  yang memenuhi ruang entry. Ewento marcello test punya test , dapatlah satu template yang agak okay (tema revoltify )

Tapi tak sampai  seminggu selepas itu , aku cuba cari balik template kesayangan dan kegemaran  
( diet made easy ) tu. Klik punya klik , download punya download , upload punya upload , try and error , try and error lagi... akhirnya dapat balik template tu dan blog kembali pulih. Bukan setakat pulih dengan jayanya , siap dah tukar domain sekali. Terima kasih kak  enyabdullah yang membantu proses mendomainkan bahejabella. Terima kasih arz moha, achik aku penghibur, along , kak lia , abang long pcl , puan pengetua irrayan dan semua sekali sahabat EFG yang tak jemu-jemu ikhlas memberi sokongan dan tunjuk ajar ilmu blogging. Jasamu dikenang

Kini bahejabella.blogspot telah bertukar www.bahejabella.com

HEADER BAHEJABELLA.COM
SELAMAT DATANG KE BAHEJABELLA.COM



Love & Faith

Abuya


KESAN BESAR AKIBAT DIABETIS


ARTIKEL AKHBAR
laporan akhbar kesan buruk akibat kencing manis



EFEK DIABETIS
efek dan penderitaan diabetis



EFEK DIABETIS
kompilasi diabetis

Tidak semua dan tidak selama-lamanya yang manis itu manis... Kencing manis boleh menjejaskan segala-galanya dari hati kepada mata. Apabila badan tidak mampu untuk menukar gula yang diperolehi daripada makanan kepada tenaga kerana tahap insulin rendah, gula terkumpul di dalam darah yang menyebabkan tahap gula tinggi. Ketinggian gula dalam darah inilah yang boleh menjejaskan kesihatan


efek diabetis ; jantung
efek paling menakutkan , serangan jantung

Salah satu kesan yang paling besar dan paling berbahaya diabetes adalah  PENYAKIT JANTUNG . Serangan jantung adakalanya yang pertama adalah yang terakhir. Penyakit jantung merangkumi beberapa gangguan yang berbeza. Penyakit jantung termasuklah  pengerasan arteri yang dikenali sebagai aterosklerosis, berdebar-debar jantung, serangan jantung, tekanan darah tinggi dan hipertensi



efek diabetis , jantung
serangan jantung, pembunuh nombor satu

Makan makanan yang tinggi dalam lemak dan dimuatkan dengan karbohidrat boleh meningkatkan gula dalam darah dan lemak juga boleh menyempitkan arteri lantas  menyebabkan tekanan dan serangan jantung serta darah tinggi. Baca cara bantu sayangi jantung anda di SINI



SAKIT BUAH PINGGANG
efek diabetis : sakit buah pinggang

Kesan lain  penyakit kencing manis ini termasuklah   MASALAH BUAH PINGGANG..... Kegagalan buah pinggang berlaku agak kerap di kalangan pesakit kencing manis.Salah satu daripada tanda-tanda yang lebih biasa masalah buah pinggang seperti yang dikaitkan dengan diabetes ialah BENGKAK PADA KAKI. Ini dikenali sebagai EDEMA dan ia adalah tanda bahawa badan itu mengekalkan cecair. Tanda-tanda penyakit buah pinggang secara beransur-ansur menjadi lebih teruk apabila seseorang itu perlu menjalani dialisis secara tetap. Ramai individu yang perlu menjalani dialisis secara kerap untuk memastikan bahawa kotoran dikeluarkan dari darah.Itu juga tanda kesan sampingan diabetis

efek diabetis , kerosakan saraf
masalah saraf

KEROSAKAN SARAF  ( nerve damage )  adalah kesan lain penyakit kencing manis. Kerosakan saraf yang disebabkan oleh diabetes dipanggil neuropati diabetes. 


efek diabetis , masalah saraf
efek diabetis , kerosakan saraf

Kerosakan saraf berlaku apabila glukosa atau gula memusnahkan saraf yang melapisi saluran darah. Pada awalnya boleh menyebabkan kesemutan atau kebas di jari atau jari kaki dan akhirnya ia akan merebak ke kawasan-kawasan lain badan.Kerosakan saraf boleh menjadi salah satu kesan yang paling serius diabetes kerana ia akhirnya boleh menyukarkan pengidap diabetis untuk merasa apabila mereka mempunyai kecederaan ( tak sedar ada luka ). Hal ini terutama berlaku dengan kaki yang terdedah kepada kerosakan saraf 

SALURAN SARAF SIHAT DAN ROSAK
gambar kiri : saraf & saluran darah yang sihat 
gambar kanan : saraf & saluran darah yang rosak


SARAF ROSAK
healthy & unhealthy foot


CARA BANTU KAWAL PARAS GULA DENGAN CADANGAN NUTRISI : BACA SINI




Bernutrisi dan konsultasi percuma ?

INFO LANJUT :-

Muhammad Nizam Yusof
Founder & Director : NZ World Kingdom

SMS / WHATSAPP 013 976 1627
Emeil ; [email protected]

FB : Muhammad Nizam
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu