Sepanjang perjalanan ini. Lembah dan lurah ku lewati. Haha. Sepanjang liku-liku hidup memakai cermin mata ni , banyak kali juga tukar-tukar yang baharu. Pernah juga hilang , mintak duit dengan ayah nak buat cermin mata baru, ayah tak percaya hilang
Masa kat Cairo , ada satu kedai tu jual harga yang sangat murah. Apa lagi , kerap juga la masuk cuci mata tengok mana yang berkenan. Sempat jugak buat cermin mata baru kat situ
Kejadian patah bukan sekali dua. Dah banyak kali. Dugaan paling diingati cermin mata patah ketika buat umrah pada 2010. Allah nak uji kesabaran di sana kot. Masa tu lekat bingkai tu dengan salotape je. Kadang-kadang tercabut jugak , pegang dengan tangan je la jawabnya
Dan semalam , buat kesekian kalinya cermin mataku patah lagi. Istimewa kali ni, anak aku , naurah salsabeela yang patahkan. Entah macam mana dia buat sampai boleh patah. Dah la spek mata tu antara yang paling aku sayang. Patah yang tak mampu dibaiki lagi. Walaupun cermin tu masih elok , nak suai padan dengan bingkai lain , kedai tu tak ada stok bingkai yang sesuai pulak. Semua kedai spek dalam giant tu aku pergi. Susah pulak nak cari bingkai sesuai.
Tak apa lah , duit spek mata boleh dicari , anak sayang mana boleh ditukar ganti , kan. Nak marah pun tak ada makna. Akhirnya aku buat keputusan buat spek mata baru termasuk la dengan cermin sekali. Buat yang ekonomi je, tapi selesa pakai. Nak letak kat mata je pun. Nasib baik gak kedai ada promosi diskaun, lepas kawtim, melayang jugak la tiga ratus
![]() |
Spek mata patah |
![]() |
baheja ikut , tak sah kalau tak beli mainan , siap suruh beli dua pulak tu , untuk adik satu , katanya |
i is start pakai cermin mata masa umur 12 tahun.... hu hu hu... bila hilang mata ni memang payah... semua jadi serba tak kena...
ReplyDeleteaah.. terkesan sekali masa nak bersukan.. sangat x selesa....
Deleteaikk dah skrg buat lasik dah ke?
saya start pakai pun masa umur 16. mmg rasa nak nangis masa tu bila tau dah rabun. mahal tak kos buat rawatan mata dgn prof muhaya?
ReplyDeletesetakat duk dengar2nya dlm 6-7 k gak la.. SEBELUM GST!
Deletekalau xdipatahkan anak kesayangan lambat lagi la nk ganti cermin mata tu kan heh..heh...bijak baheja...
ReplyDeleteas salam. abe kie mula pakai kaca mata semasa di tahun 2 kat UM. Asyik x nampak slaid di lecture hall, kena tengok buku nota kwn sebelah utk salin. Last2 gi Giant Tmn Permata utk buat specs pertama..
ReplyDeletesekrang nampak selfie jarang pakai.. be kie x rabun dah?
Deletehuhu, IQ plak zaman sekolah je banyak patah cermin mata ni, sebab adik yang masih kecil waktu tu rajin sangat patah duakan..
ReplyDeletezaman sekarang nak beli cermin mata kena pikir dua kli. bru2 ni pn tujuh ratus melayang....setelah 5tahun tak tukar baru
dalam masa 10 tahun pakai spek..dah 5 kali tukar. ada yg patah teruk bingkainya, lens retak n pecah pun ada. haha.
ReplyDeleteNak marah pun tak bole kan, maklumlah anak kesayangan..
ReplyDelete