Kadang-kadang Kena Jadi Wan Peah

Bila balik kerja lewat ke , awal ke, penat atau tak larat sangat, ia memang adil untuk berehat dan rebahkan badan setelah letih seharian. Nak lelap sekejap, power nap , tidur yang berkualiti orang kata. Time tu, main smartphone pun dah tak bernafsu lagi, memang nampak bantal dan katil jer, tak pun sofa kat ruang tamu



Tapi ia agak kurang adil untuk anak-anak anda yang dah lama menanti kepulangan mak bapak balik kerja. Diorang mesti nak story apa yang berlaku kat sekolah sepanjang hari, nak cerita pasal kawan-kawan dia ada tak buat nakal kat dia, nak bagitahu menda baharu dalam hidup, nak kongsi cita-cita baharu mungkin, nak tunjuk hasil kerja mewarna untuk hari itu kan.. semuanya nak merasakan keberadaan mak bapak disisi mereka


Walaupun balik lewat dan penat. Kenalah melayan kan. Takkan lah terus nak bukak laptop sibuk buat kerja (walaupun kerja menimbun tak habis). Apatah lagi budak-budak membesar dah ada perasaan, dah faham itu ini. Bukan baby yang tak tahu apa lagi


Ni abuya baru lepas bergolek-golek, jadi kuda, jadi motor, jadi kapal terbang, jadi boboi boy kuasa itu ini macam-macam kuasa keluar. Jangan tak tahu kadang-kadang abuya terpaksa jadi wan peah yang menyeramkan itu.. kihkih

Yang kurang syok sikit tu bila dah ralit sangat, mula la kemain susah masing-masing nak suruh pergi mandi petang. Selalu nak suruh kita kejar diorang je satu rumah. Geramm abuya

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
04 April, 2017 delete

Anak-anak memang telatah diorang macam tu lah kan, penat pun kita kena melayan juga. Nak jaga perasaan anak

Reply
avatar
Dedaun Comel
AUTHOR
04 April, 2017 delete

Hebat betul penangan wan peah ni kan.. sampai jadi sebutan kat blog2.. haha

Tapi biasalah kan budak2 masih dalam tempoh pembelajaran.. aktif semacam je hehe

Reply
avatar