29 April 2015

BAHAYA MAKAN SHAKLEE

WANITA DIBUANG OVARI SEBAB SUPLIMEN SAMPAH SHAKLEE?

Isu hot lagi hari ini ,  dari awal pagi sampai je kat sekolah , ramai betul yang duk tanya itu ini ,  tak terdaya nak layan , kebetulan kelas pun banyak hari ni. Macam ni la ringkaskan cerita , anda baca isu atau blog mana-mana tajuknya agak panas , baca dulu sampai habis ye , kemudian baru buat kesimpulan. Wanita tersebut kena buang ovari BUKAN sebab makan shaklee , ni bukan taksub atau nak cover shaklee , tapi dia memang makan benda lain. Saya tak mahu buruk-burukkan mana-mana produk (walaupun dalam lubuk hati perasaan membuak buak nak bagitahu). Hangpa cari lah sendiri. Ni aku curi masa sikit tulis entry sementara nak tunggu sambung kelas petang

Bersempena cuaca dan iklim media sosial yang tak berapa nak ceria sejak semalam , saja saya nak ulang balik entry yang saya buat beberapa bulan lalu. Biasa saya sembang dengan klien , cool sahaja , rilax , banyakkan solawat dan doa. Dalam banyak-banyak ayat klien , saya memang teringat-ingat satu ayat klien ni masa saya sembang dan cadangkan shaklee dengan dia . Ni ayat dia : 

" takut la nak makan shaklee , bahaya untuk jangka panjang " 

Waaa , sentap juga membacanya , urut dada. Saya jawab sikit je dan terus dia tak respon. Tapi bagus juga tersembang dengan dia ni , ada idea saya nak buat entry blog 

Nak makan suplimen shaklee , takut , takut jangka masa panjang.? Jangka panjang memang
ada kesan. Ya , tapi kesan terhadap kesihatan yang lebih baik.  bukan nak panjangkan umur , tapi untuk kelangsungan kesihatan. Ajal maut memag takdir Tuhan. Tak siapa mampu lawan

Ada juga mesej sinis , " Eh eleh , cakap macam tu sebab kau jual shaklee kan ". Nak suruh beli shaklee la tu. Yes , memang aku jual shaklee , so what? Saya tahu produk yang saya sebar luaskan infonya sahaja , produk lain saya tak tahu.

Setakat pengetahuan saya , belum ada lagi orang mati makan shaklee ( terutamanya yang dapatkan shaklee dengan saya atau anak-anak buah pasukan saya ). Yang memang diketahui tertubuh sejak lebih setengah abad lalu. Kalau korang nak kata makan shaklee bahaya , ingat apa yang korang makan hari-hari tu tak berbahaya ke? Pernah tak cek apa kandungan makanan yang korang ambik setiap hari , banyak mana dadah , banyak mana kimia, pewarna sintetik

Makan maggi/mee segera bukan lagi sajian ketika terdesak atau sesak , tapi maggi kadang-kadang menjadi menu utama setiap hari dengan ramuan dan bauan yang menggoda. Burger drive thru? Teh tarik, buah buahan suntik , sayur-sayuran beracun , ayam hormon cucuk , kek di majlis hari jadi/party? Dann... baaaanyaakkk lagi makanan yang tak sihat yang masuk dalam badan, tak risau ke?



health tips
health tips



1 - MEE SEGERA / MAGGI 

Mee separa masak , dan di salut minyak dan lilin ( wax ) untuk pengerasan , bayangkan berapa banyak lilin dah masuk dalam badan, sejak kecil? Paling parah lagi bila mee segera yang jenis boleh dipanaskan dan dimakan terus dari mangkuk/cawannya. Ia mampu meningkatkan risiko kanser


bahaya makan mee segera
mee segera lilin


Antara ramuan bersama dengan mi segera ialah ( ni mesej lama yang viral ) : -


1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



bahaya makan mee segera
kandungan mengerikan dalam mee segera


2- BUAH-BUAHAN & SAYURAN

Kalau nak beli buah-buahan di pasar raya , mesti nak beli buah-buahan yang berkilat-kilat , nampak segar , cantik dan menawan, kan. Tapi yang sebenarnya, buah-buahan tersebut telah banyak guna bahan untuk cantikkan rupa luaran, tapi khasiatnya kurang

Epal-epal yang diimport pula ada yang dah disimpan terlalu lama , hampir setahun, tapi tetap nampak cantik sebab disalut dengan lilin ( wax ) , kenapa salut dengan lilin? untuk bertahan lama dan cantik laa!


epal wax
epal wax

epal wax
epal wax

tomato suntik gmo
cantik kan tomato ni

suntik tomato untuk nampak merah sempurna
tomato suntik untuk nampak merah dan masak sempurna

Secara asasnya , padi yang kita makan yang jadi beras itu pun dah diubah secara genetik. Penanaman sayur sekarang hampir kesemuanya diletak bahan kimia dan nutrisi untuk nampak cantik dan gemuk. Saiz pula sama sahaja, kebanyakannya sudah di kawal pembesaran


3- MINYAK MASAK RECYCLE 

Ya, kita semua nak jimat , sekali masak , kita selalu simpan dulu minyak masak yang telah digunakan dan akan menggunakan sekali lagi minyak tersebut pada esok hari dan seterusnya. Berapa lama agaknya minyak masak yang kita simpan? Berapa kali kekerapan yang telah kita gunakan minyak tersebut? Kadang kadang warna minyak dah bertukar kehitaman , tiada beza dengan bahagian belakang kuali, kan


minyak masak recycle
minyak masak dah jadi hitam legam pun masih nak guna lagi
Amaran dari Pusat Racun Negara , minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser

Minyak masak sepatutnya tidak digunakan lebih dari sekali. Ya, kebenaran memang pahit untuk ditelan, kita pilih la , nak jimat atau nak sihat



minyak masak recycle berbahaya
laporan akhbar

bahaya minyak masak recycle
tiga kali guna , jadi racun

Tu belum lagi kes-kes minyak masak recycle yang dijual dalam paket-paket dengan harga murah
Yang ni selalu digunakan oleh restoran , gerai-gerai dan kantin-kantin sekolah. Ye lah, minyak murah , untung berganda , siapa yang taknak


sindiket minyak masak kitar semula
laporan akhbar sindiket minyak masak kitar semula



4 - MAKANAN PROSES 

Apa saja makanan yang dikotakkan, diletak dalam bungkusan plastik, tin atau balang kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik

Apa yang selalu kita makan selain mee segera tadi? Burger , sosej , pizza? lebih lebih lagi
sekarang lebih mudah main order sampai depan rumah dan drive thru


makanan proses berbahaya
contoh makanan proses yang kurang menyihatkan

makanan proses dalam tin berbahaya
lambakan makanan dalam tin dan kotak

Antara bahan-bahan terkandung dalam makanan proses :-

· Pewarna – memberikan warna kilauan neon pada soda oren.
· Penstabil – kuah yang dimakan kurang berair
· Peluntur – menyahjangkitan bakteria.
· Pengemulsi – siapa kata air dan minyak tidak boleh bercampur?
· Melembutkan – dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.
· Pengawet- membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan.
· Pemanis – gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis.
· Perisa – memberikan rasa seperti buah strawberi.


lambakan makanan proses
lazatnya

Penyakit Akibat Makanan Diproses :- KANSER , OBESITI & JANTUNG


bahan pewarna berbahaya dalam makanan
bahaya bahan pewarna dalam makanan ringan

bahaya makan makanan proses
mana satu pilihan anda , kanan ke kiri


5-AYAM / LEMBU & HAIWAN2 TERNAKAN

Kebanyakan ayam yang kita makan zaman sekarang dah tak sama macam ayam zaman dulu kala
zaman tok nenek moyang. Ayam sekarang ayam express. Diternak di ladang-ladang komersial , disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran. Suntik-suntik dan cucuk-cucuk hormon ni nak bagi ayam cepat membesar dan tahan dari sebarang penyakit. Ini kerana permintaan di pasaran terlalu tinggi dan pantas. Seiring dengan peredaran zaman , penduduk makin bertambah, mana la sempat nak tunggu ayam sekor-sekor betul-betul membesar 


perbezaan ayam dahulu dan sekarang
beza proses tumbesaran ayam tahun 1950-an dan zaman millenium


ayam suntik cepat besar
ayam suntik untuk cepat besar


DAHULU DAN SEKARANG


Dulu orang tak makan suplimen , boleh sihat

Dulu , tok nenek kita makan sayur , pucuk kayu ditanam sekitar rumah dan sekeliling kampung sahaja , petik je dah boleh makan , sekarang kita makan sayur-sayur beracun

Dulu tok nenek tak makan ajinamoto, sekarang , mampu ke nak elak? Kalau masak kat rumah , boleh tahan lagi, kalau selalu makan kat luar?

Dulu , tok nenek jarang jumpa fast food , sekarang fast food merata-rata

Dulu tok nenek tanam sendiri , sayur , buah , cili , sekarang tanam pun, nutrien tanah itu sendiri pun dah tercemar dan tak sesihat dahulu 

Dulu-dulu tok nenek tak jumpa lagi shaklee, kalau lah tok nenek jumpa masa tu , In sya Allah tok nenek kata shaklee best

Kita ambil suplimen waktu kita sedang sihat, kita terpaksa telan ubat , waktu kita sedang sakit
Suplimen seolah-olah baja. Baja yang kita nak letak dalam satu-satu tanaman. Kita nak tanaman membuah hasil yang sihat dan baik. Baja ni bukan kita letak masa tanaman-tanaman kita dah sakit. Kita letak baja sebab nak tanaman-tanaman sihat , subur dan cemerlang

Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan ( ni ayat doktor )

Suplimen bertindak mencegah terhadap punca penyakit. Suplimen bertujuan untuk menambah baik . mencukup dan melengkapkan

Ini semua bukan ayat bertujuan melariskan produk. Ini fakta dan berdalil. Tak wajib dan tiada paksaan ambil shaklee. Aku dan engkau sama-sama kita jaga sihat , tubuh badan kan amanah Allah. Tepuk dada , gosok perut



keburukan makanan segera
laporan bahaya makanan segera

End!


30 comments:

  1. Ekceli, ape2 pon klu diambil berlebihan mmg boleh memudaratkan kesihatan..

    Nice entry :)

    ReplyDelete
  2. Kesian shaklee kena tempias. Biasalah orang kita, baca tajuk je terus buat analisis sendiri..

    ReplyDelete
  3. N3 SEMPURNA TENTANG DIET KITA NI...PERLU HATI2 MENYUAP APA SAJA KE MULUT DEMI KESIHATN YG BAIK.

    ReplyDelete
  4. apa pun kesihatan diri kita di utamakan 😄😄 entri yg baik ... itulah org lebih baca tajuk dan menghukum

    ReplyDelete
    Replies
    1. achik.. cer tengok kat sebelah , top posts.. hehe

      Delete
  5. Kita zaman la ni..memang suka sumbat macam2 dalam badan.. bila bab makanan kesihatan.. mcam2 alsan kita kluarkan untuk tolak... nice entry bro Nizam

    ReplyDelete
  6. wahhh...gigih Nizam up entry ni..
    bagusss... banyak info dan gambar2 menarik untuk difikir-fikirkan.... :)

    apapun.... bab makanan telah diproses tu memang kena kurangkan.. pilih lah yang semulajadi.. lagipun makanan terproses ada GST... lalalalalalaaa.... :p

    ReplyDelete
  7. nice entry..dan banyak info yang bermanfaat

    ReplyDelete
  8. good info abe nize! tu lah risau zaman skrg ni.nak cucuk2 suntik2 aje

    ReplyDelete
  9. kesian kt shaklee..ami pon mkn shaklee masa form 3..skrg mkn jamu je..hahaha

    ReplyDelete
  10. waa form 3 dah makan... kaget

    ReplyDelete
  11. apa pn cn tetap setia dgn shaklee

    ReplyDelete
  12. tq atas pencerahan ;-)

    ReplyDelete
  13. Anonymous20 July, 2015

    Tq info

    ReplyDelete
  14. Perghhhh....padat info! Keep it up 😁

    ReplyDelete
  15. tq for this sharing!!! yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

    http://www.yayacendana.com/2015/09/resepi-yayac-agar-agar-tembikai.html

    tq.... :)

    ReplyDelete
  16. Yup, kadang-kadang orang lebih takut amik suplemen dari makan makanan segera...

    Mereka kurang lihat kepentingan agaknya

    ReplyDelete
  17. nice sharing untuk ahli shaklee yang baru macam saya ni. Anyway saya berpuas hati dengan shaklee sustained release vita c plus. alhamdulillah jarang da demam sekarang ni.

    Jemput singgah dan follow blog saya ye..tq

    http://qiyabeauty.blogspot.my

    ReplyDelete
  18. t kasih atas info, apa-apa pun berpeganglah pada ajaran Islam, bersederhana dalam apa jua yang kita lalukan, x perlu terlalu mengagungkan apa-apa ciptaan manusia, setiap ciptaan manusia pasti ada kelemahan..

    ReplyDelete
  19. Org zaman skrg ni degil. Dah kata jangan nnti kata mak aku mkn ok je.. cth ajinomoto. Kebanyakan degil tetap nak guna gak.. x guna katanya x best. Tapi best ke kalo penyakit bertimpa2 dtg? Ajinomoto ni MSG nye tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. sekarang ni kat mana2 restoran mesti lah guna ajinomoto. kat rumah jelah tmpt utk makan mknn yang bukan letak ajinomoto. healthy

      Delete
  20. Amalkan makanan sunnah...itu lebih sihat

    ReplyDelete
  21. Bagus info ini...cegah dari awal...alhamdulillah

    ReplyDelete
  22. betul tuu. setuju sangat2. dulu dan sekarang memang berbeza. dan menakutkan

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.