18 April 2015

Tips Penting Bisnes


1. Depani ketakutan. Hadap ia dengan watak berani. Tangguhkan penilaian.

2. Bangun awal pagi. Awal dari dahulu. Tidur awal jam 10 malam. Bangun jam 3 pagi. 3 jam awal adalah untuk belajar ilmu agama dan beribadah kepada Allah.


3. Beri tanpa nanti. Kongsi tidak berhenti. Hulurkan tangan, ringankan beban. Simpan Log Budi. Usaha balas budi sebelum mati.

4. Ambil berat. Senyum dan tebarkan salam. Hati bening memantul.

5. Terus melangkah walaupun luka berdarah, kepala terhantuk pecah. Tulis "jibunsyi" - jurnal diri kisah hidup peribadi menangani kesusahan diri. Simpan untuk tatapan anak cucu - formula untuk mereka bingkas bangun nanti.

6. Terobos dunia huru hara. Tenang dalam belantara berpuaka.

7. Memimpin walaupun seorang diri. Serlahan terang akan menarik orang.

8. Labur untuk diri. Hujung minggu waktu belajar.

9. Sentiasa "rasa bodoh" untuk penuhi RIT "Rasa Ingin Tahu".

10. Dapatkan hasil tatkala boleh beri alasan sebagai pilihan.

11. Cari penjelasan untuk diri masa kita disuapkan "fakta".

12. Belajar "minta maaf" bukan sekadar pandai "minta kebenaran".
Redah itu adakalanya lebih baik dari "saya yang menurut perintah".

13. Buat buat buat sampai dapat. Buang Ego , buat duit.

14. Berlari laju walaupun berterusan diusik hantu puaka. Usah sekalipun berhenti berjalan walaupun diterpa salakan anjing yang berbunyi tanpa henti.

15. Sentiasa "baik budi" pada orang yang menghina kita. Usah layan ajakan bertumbok. Usah pula ajak orang lain bertumbok. Berdamailah dengan diri.

16. Hadapi "deadlines" yang tidak munasabah dan tambah hasil "unparalleled".

17. Bertanggungjawab pada tindakan kita. Tatakala semua jalan hampir tertutup, tetap yakin Allah ada untuk memohon pertolongan.

18. Tahu Turning Point kita. Tidak Putus Asa. Tawakal "udara" pada Allah yang Esa. Mati mahu berjiran di syurga.


KREDIT : Nota Bisnes Dato' Roslan Ab Hamid

10 comments:

  1. No. 5. Terus melangkah walau kepala berdarah. Wow

    ReplyDelete
  2. panduan untuk semua rakan-rakan online sellers... #efg team

    ReplyDelete
  3. Tidur awal jam 10 tu yg saya perlu perbetulkan diri ni.. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  4. tips yg berguna sentiasa berfikiran positif la maksud keseluruhannya ni kan...

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu