12 April 2015


Katanya....  " duit bukan segala-galanya"...
Aaaahh... kejar dunia semata , mata duitan , tak ingat mati , tak ingat akhirat!!!
Tapi jauh dalam lubuk hati paling dalam , sebenarnya terpaksa mengakui :-
nak buat itu kena duit , nak buat ini kena duit ,, kalau ada emergency ...??
Memang duit bukan segala-galanya , tapi tak ada duit juga bukan segala-galanya..
Mengeluh , beralasan ( sebenarnya malas ) , berpeluk tubuh begitu sahaja pun 
bukan segala-galanya juga.. kan
Kalau orang bagi kau  free free 2 JUTA.. kau nak?? Aku nak..!!!

***

Kurus bukan segala-galanya.. 
Tapi jauh dalam lubuk hati paling dalam , sebenarnya terpaksa mengakui :-
gemuk nak bergerak pun termengah-mengah , gemuk tak best , gemuk lebih berisiko penyakit...
selalu jer ada bisikan jujur dalam hati " bila laaa aku nak kurus ni "... kan!
Memang kurus bukan segala-galanya , tapi gemuk juga bukan segala-galanya...
Kita bukannya nak kurus cekeding macam anaroxia... kita nak sihat sihat je... 
sekurang-kurangnya fit macam ronaldo dah laa.. boleh main bola , cergas & sihat...
ajal maut tu tak siapa mampu sekat...

***

Putih bukan segala-galanya
Tapi jauh dalam lubuk hati paling dalam , sebenarnya terpaksa mengakui :-
gelap mendung kusam sangattt kulit aku ni.... bila laa nak putih cerah bersinar...
selalu jer ada bisikan jujur dalam hati " cantiknya siti nurhaliza "... ermm kalau lahh...
Memang , putih bukan segala-galanya , kalau dah jodoh , dengan orang asal dari mana sekalipun , 
itu memang dah jodoh... Ahamdulillah..
Tapi kulit kusam & tidak sihat & berpenyakit  kadang-kadang bukan juga segala-galanya..!!

***

Siapa kata Allah jadikan sesuatu untuk kita terus mengalah & pasrah tanpa buat apa-apa.. senang lenang tanpa usaha & ikhtiar... Hak Allah mentakdirkan sesuatu ..kun fayakun...
 hak makhuk kena berusaha... takkan nak duduk diam-diam then dapat rezeki turun sebegitu sahaja dari langit?  Harapkan keajaiban? Kita wali Allah taraf mana..? Tepuk dada , gosok perut...!!


8 comments:

  1. selamat berhujung minggu..ada duit hatipun senang...

    ReplyDelete
  2. Betul la duit bukan segala-galanya...tapi tetap duit tu penting sekarang ni. Yg penting usaha....kadang2 rezeki x datang dlm bentuk duit, maybe dtg dlm bentuk makanan terus contohnya mcm ada org belanja makan.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat Mia, apa yang penting kita berpegang pada satu prinsip nie :
    Bertanya Allah Dulu (B.A.D)
    Setiap apa yang kita perlukan/hendakkan semuanya milik Allah. Nak duit, nak putih, nak kurus, semuanya atas izinNya... Tanpa izinNya, semua xkan menjadi. Setuju tak?

    ReplyDelete
  4. Salam singgah dari #exchangefeedgroup ..Duit bukan segalanya..Tapi kena fikir jugak zaman sekarang ni kalau takde duit semua tak leh buat ..Nak masuk tandas pon kena pakai duit huhuhu.......

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang , nak mati pun kena siap2 sediakan duit.... tak cukup seringgit takleh beli kain kapan

    ReplyDelete
  6. alamakkk...terasa la pula..!! hahahahahaaa...

    but this is so true Nizam...!! :)

    ReplyDelete
  7. betul duit bukan segala-segalanya. tapi duit diperlukan untuk memenuhi keperluan

    kena terus berusaha ke arah lebih baik

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN