bahejabella: Menahan Rindu

Menahan Rindu

/
5 Comments
May 21, 2017
Ohh angin kau kirimkan... hihi.. Sabar sabar. Ni bukan nak buat lirik menahan rindu ke apa. Tapi ni cerita anak-anak abuya yang selalu menahan rindu kat abuya. Sesekali diorang cuba melepaskan menahan rindu diorang tu dengan cara yang penuh keterujaan. Macam setahun tak jumpa abuya



Ni laa gayanya. Abuya bukan nak pegi jalan jalan pun. Baru je balik kerja, belum pun masuk parking lagi, budak-budak dah berkejaran mengekori kereta abuya. Terpaksa la stop dan masuk parking sekali dengan diorang. Dah parking tu taknak turun pulak. Nak lepak lama-lama dulu dalam kereta. Rindu sangat ler tu agaknya.Rasanya diorang mungkin berharap abuya pergi keluar jejalan..hehe



Ni pun cara diorang melepaskan rindu jugak ni dengan mengepaww abuya. Walaupun mainan yang sama tu aku rasa dah pernah beli dulu, tapi yang tu jugak la diorang nak. Pastu tak lama, ghaib entah ke mana, kan. Ermm.. tapi hujung minggu je la boleh paww paww abuya pun. Tak pun hari gaji atau bonus shaklee. Hari lain kadang-kadang kalau tak jadi singa, abuya jadi naga sakti.. haha


You may also like

5 comments:

  1. rindu itu menyiksakan tapi membahagiakan juga kan

    ReplyDelete
  2. hahaha...sama la...barang mainan bertahan 2 3 hari je pastu ghaib...salam kenal BW here...

    ReplyDelete
  3. Menahan rindu dengan mengepau Abuya tu sgt win..buat selalu ye kak long n kak ngah...

    ReplyDelete
  4. Alolololo ao sweet hahaha.. comel jer diaorang ni

    ReplyDelete
  5. Mainan tu macam biskut la Abuya, Kejab ada kejab tak ada.

    ReplyDelete